Monday, January 10, 2011

Home » » Di mana tawa dan suaramu Arif

Di mana tawa dan suaramu Arif


Aku susah hatilah. Dari hari Sabtu selepas balik berurut tu, Arif langsung tak ketawa macam selalu.Dia seperti orang yang baru. Tak tahu kenapa. Suaranya pun susah nak keluar. Kalau tidak dialah yang paling ramah-tamah.

Aqil pun dah pelik. Malam tadi dia cakap, " Ibu, kotak suara Arif dah hilang ke?"

Huhu, aku pun risau. Dia cuma keluar suara sikit-sikit. Itu pun suara tangis bila nak tidur. Kalau tidak muka dia kelat saja.

Badan dah tak panas. Tapi kenapa perangainya berbeza. Mana gelak tawa dia pagi2 bila di agah? Langsung takde. Aku agah dia pun, dia tengok je muka aku, kemudian berpaling.

Ibu risau ni Arif. Bila nak kembali normal ni.

SRD kata, " ibu tu, anak dia kecoh2 dia bising, anak dia diam pun dia bising, "

Huhu..biarlah Arif bising seperti selalu, daripada diam tak tengok muka ibu. Lagi tak keruan ibu tau!!

Mungkin ambil masa setelah baik demam agaknya. 

Mungkinkah mak long tu dah picit urat saraf ketawa dia. Terus dia tak ketawa....:D. Senyum pum macam di paksa saja...:(

~ يوس ~

24 comments:

  1. bawa berurut utk apa tu?
    kalo tetiba anak tak riuh... memang riso.. riso sgt2...

    ReplyDelete
  2. alaaa ... ciannya arif. mmglah kalo anak tetiba diam tak riuh mcm selalu mesti risau sgt kan ...

    ReplyDelete
  3. alamak... biar betul kak. saya pun risau pka dgr citer akak ni

    ReplyDelete
  4. Dah bawa dia berjumpa doktor? Jangan biarkan lama sangat, kita tak tahu apa yang terjadi, kan? Semoga Arif akan sembuh sepenuhnya dan bersuara dengan ceria semula.

    ReplyDelete
  5. yelah, rindu dgr suara riuh Arif.

    ReplyDelete
  6. salam yus..

    nape jadi cam tu..harap-harap tak ada apa lah tu..insaya allah

    ReplyDelete
  7. tengoklah sehari dua lagi .. pakngah tentulah sokong apa srd tu cakap ! hehe

    dah masuk iklan tu, mengacaulah pulak .. pembaca tak fed-up ke nanti ?

    ReplyDelete
  8. penah begini tak?
    risau jugak kan..
    demam ke?

    harap2 arif kembali mcm biasa
    jgn risau..xde ape2 tu..

    ReplyDelete
  9. hahaha..lawak la akak ni, picit urat saraf ketawa? hehehehe...
    dia x de mood tu kak..sok2 dia ok lah tu..anak saya pun pernah cenggitu, mmg mula2 risau sgt...huhuhu...

    ReplyDelete
  10. takde la.. budak kecik mmg gitu.. insyaAllah takde apa..

    ReplyDelete
  11. @kakyong
    bawa berurut sebab dia demam tapi tak baik2. Rasa kaki dia sejuk, badan panas, org tua kata, kalau mcm tu demam urat. Tu yg bawa berurut tu...

    ReplyDelete
  12. @Cyda Acme
    Ha tulah. Rasa dia dah jadi orang lain pula...tu yg risau.

    ReplyDelete
  13. @NM02
    Rasanya ni dah bertambah ok kot. Dah mula nak bersuara semula, masih aktif, cuma riuhnya kurang..

    ReplyDelete
  14. @kakcik
    Dia takdelah tak bersuara langsung kakcik. Cuma tak riuh mcm selalu, suara tu mahal sgt nak keluar. Tu yg risau saya...

    Lepas baik demam ni, takde bawa jumpa doktor lagi..

    ReplyDelete
  15. @Misz Sephia
    Rindu kan..

    Dia dah mula balas senyumam bila di agah, tapi suara masih tak berapa nak kuar...

    ReplyDelete
  16. @suri solehah
    Tak tahulah kenapa, merajuk dgn saya ke? huhuhu

    ReplyDelete
  17. @al-lavendari
    dah mula ada saura tadi pakngah, cuma kurang riuh berbanding biasa...

    hehe..baguslah dia mengacau pakngah, nnti mesti ada orang klik sbb asyik mengacau...hihi.

    ReplyDelete
  18. @sarah-najwan
    baru baik demam, tapi tulah dia berubah sikit jadi pendiam...huhu.

    ReplyDelete
  19. @wahida
    hehe..lawak ye. Yelah kot ada urat saraf ketawa tu kan, kalau tidak kenapa dia tak ketawa macam selalu...hihihih

    Oo pernah juga ye. Akak pun dah kurang risau ni. Ada dah dgr suara dia, cuma dia belum ketawa terkekeh2 mcm selalu..

    ReplyDelete
  20. Kak, risau kan kalau anak yg selalunya riuh tetiba diam je..kot Arif nak dapat menda baru kot kak maksud qema nak ubah peragai ada gak baby yg demam kalau nak dapat perkembangan baru harap2 xde ape2 la kak.

    ReplyDelete
  21. yus..sian nya ariff..akak pun tumpang risau..
    agaknya ada yang tak kena lagi tu..
    mungkin dia belum sihat betul..kalau masih lagi cam tu..jangan lupa bawak klinik lagi yus.

    ReplyDelete
  22. @qemaishak
    Mungkin jugalah. Akak mula ingat dia nak tumbuh gigi ke? Tapi tgk takde pula gusi yang bengkak.

    ReplyDelete
  23. @kak Erna
    Rasanya dah bertambah baik hari ini kak. Dah mula ada bunyi walaupun tak seriuh biasa. Yus akan tgk lagi dua tiga hari...

    Thanks kak.

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...