Monday, January 03, 2011

Home » » Hari Pertama Sekolah 2011

Hari Pertama Sekolah 2011

Bermulanya sessi persekolahan tahun ini. Aku paling sibuk di waktu pagi, menyiapkan anak-anak, sarapan mereka dan bekalan untuk mereka ke sekolah. Semua gembira bangun pagi kerana hari ini hari pertama sekolah.

Abid paling suka kot..:). Gambar yang sempat di ambil SRD pagi ini sebelum mereka bertolak ke sekolah.

Gambar 1: Di depan pintu rumah, masing-masing baru nak pakai kasut.

Gambar 2: Sebelum masuk kereta abah posing dulu. Aqil mengantuk lagi nampaknya....

Gambar 3: Alia di dalam kelasnya

Gambar 4: Monyok je muka Alia, oklah tu sebab dia tak menangis kan.
Balik dari hantar Alia ke sekolah, buat pendaftaran Abid ke tadika pula. Abid akan mula sessi persekolahan Rabu ini. Balik semula ke rumah dengan muka ceria. Yea! Belum mula sekolah...:D.

Aku sendiri, tak boleh bersenang lenang depan pc lama2 lagi. Baru selesai menyidai kain. Selepas ni nak masak pula. Dan bermulalah semula kerja aku sebagai 'driver' anak-anak aku ke sekolah.

Bermula juga mereka mengaji Quran di tempat baru tahun ini. Selama kami berpindah ke sini tahun lepas, mengaji di rumah asyik mengelat saja mereka ni. Guru baru garang nampaknya. Bagus!


Nota kaki: Aqil 3 Terbilang, Alia 1 Terbilang
               Sekolah agama: Aqil 3 Tarmizi, Alia 1 Ali
               Abid Tadika Al-Huda.

~ يوس ~

23 comments:

  1. wah kak yus sibuk menyiapak anak2.. sue biler nak merasa cam kak yus nie...

    ReplyDelete
  2. seronoknya pegi sekolah... hehe

    ReplyDelete
  3. wah..seronok nok gi skoloh yer...bagus..blaja rajin2 deh..

    ReplyDelete
  4. selamat bersekolah ye anak2...

    anak sy tadi selamat ke tadika alraudhah...

    ReplyDelete
  5. excited semua nak ke sekolah kan..

    ReplyDelete
  6. Yus.. hari pertama sekolah semua excited nak bangun pagi... harap2 sampai ke hujung tahun macam tu... akak pun dah memulakan tugas jadi drebar...
    Hehehe

    ReplyDelete
  7. salam yus..hari pertama sekolah..semua tak sabar nak kesekolah.
    anak akak dah nak pmr..tak lena tidur dia malam tadi..bulan tahun satu..tingkatan 3..

    ReplyDelete
  8. bermulalah hari-hari busy kita ye...

    ReplyDelete
  9. hari ni banyak blog citer pasal anak2 masuk sekolah. sonok baca kesah mereka... mcm2 ragam ek.

    akak, hepi new year!!!

    ReplyDelete
  10. salam..hehe seronok tengok anak2 depan pintu tu..saya masih belum merasa lagi pengalaman menghantar anak ke sekolah..terujakan..esok baru nak hantar ke tadika..

    ReplyDelete
  11. wah busy gak eh menyiapkan anak ke sekolah nih...papa mifz 5 or 6 tahun lg merasa la..hehe

    ReplyDelete
  12. Yus,
    selamat menjalani rutin sebagai driver/ibu. :)

    ReplyDelete
  13. @Ayuni
    siapa yg tomeyy tu?....:)

    @Hidup Ini Adalah Kenyataan
    Akan tiba masanya nanti...:)

    ReplyDelete
  14. @zino
    Ibu dia pun seronok sekali..hehe


    @sarah-najwan
    Baik cikgu...:)

    ReplyDelete
  15. @~aSHa~
    Semua pun bz hantar anak sekolah pagi ni kan...

    @MULAN
    Betul tu kak Mulan

    ReplyDelete
  16. @aNIe
    Tulah kak, semoga semangatnya terus kekal hingga ke hujung tahun.

    Samalah kita ye kak...drebar..hehe

    ReplyDelete
  17. @kak Erna
    Wah! Baru awal tahun dah tak lena tidur nak PMR. Bagus tu kak....pasti dia lebih semangat nak belajar tu..:)

    ReplyDelete
  18. @Ati Masrif
    Ye..hari2 bz yang seterusnya....

    @NM02
    Siapa ada anak sekolah lebih2 lagi baru masuk darjah 1, pasti seronok nak bercerita..hehe

    Happy new year!

    ReplyDelete
  19. @suri solehah
    Memang teruja suri. Hantar anak ke tadika pun dah rasa teruja kan..betul tak?

    ReplyDelete
  20. @Papa Mifz
    Selamat....lama lagi tu nak merasa...:)

    ReplyDelete
  21. comelnya pic dorang tgh pakai kasut sek tu

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...