Ingatkan bila cuti aku ada lebih banyak masa. Rupanya tidak. Cuti untuk abah dan anak-anaknya sahaja. Ibunya tetap sama. Mana ada cuti kalau dah jadi SAHM ni kan. Bila semua ada di rumah, lagi ramai yang perlu di layan...hehe.
Dua tiga hari ni bila bawa kereta aku tu, aku dengar bunyi lain macam saja. Macam berdengung. Bila SRD bawa pun sama. SRD suspek, ada problem pada tayar. Terlanjur hari ini cuti, maka hari ini SRD bawa BKB untuk pergi check apa yang rosak sebenarnya.
Bila tiba di kedai servis, tahulah kami rupa-rupanya bearing tayar kereta yang rosak. Melayang RM700 untuk tukar bearing tayar tu. Huh! Mahal juga ye. Itu untuk satu tayar saja. Kalau semua rosak, adeh!!.
Gambar 1: Bearing tayar yang inilah yang rosak. |
SRD balik dari tukar bearing tayar, aku pun dah siap masak, kami semua makan tengahari. Lepas lunch, konon2 nak baring rehatkan badan lah kan. Sudahnya terus terlelap...hehe.
[gambar]:ehsan google |
[gambar]: ehsan google |
Lepas baring-baring rehatkan badan, bangun tu terus rasa boring aje. SRD mengemas di luar rumah tu. Ada barang-barang yang tak di pakai di tepi rumah tu. Lama dah terperuk kat situ. Baik di kemaskan, aku pula ambil peluang update blog sekejap.
Selepas ni plannya nak ke Parit Raja, jalan-jalan cari barang. Apa pula rancangan petang anda?
~ يوس ~
salam yus..tak sempat nak rancang apa2 kalau waktu kerja..he he..
ReplyDelete@kak Erna
ReplyDeleteMestilah lepas kerja plan balik rumah kak...hihihi
tumpang lalu hehe
ReplyDelete@zino
ReplyDeletesila-sila...hehe
rindu nak ke Parit Raja jugaaaaaak.. Nak beli kerepek... hehehe
ReplyDelete@Ajzie
ReplyDeletehaha...teringin kerepek ke?