Thursday, January 06, 2011

Home » » Anugerah Juara Lagu ke 25

Anugerah Juara Lagu ke 25

Salam pagi Khamis....

Aku nak cerita pasal anak aku lagi, tapi boringlah pulak kan. Tapi satu je nak catit di sini, Abid menangis hari ini. Melalak sakan, siap kejar abahnya ke kereta...huhu. Semalam ok, hari ini buat hal pula dia. Nasiblah..apa cikgu dia buat untuk pujuk. Abah dan ibu dia langsung tak heran, tinggalkan saje...:P

Oh! Baru teringat, semalam semasa tengok Buletin Utama tu, akhir sekali ada cerita pasal AJL 25. Ramai sungguh yang beratur kat Seri Pentas tu untuk dapatkan tiket free. Aku tengok pun terkujat. Sanggup tu semua beratur dari pagi nak dapatkan tiket. Dan khabarnya 900 tiket percuma AJL 25 tu habis dalam masa 15 minit. Hmm...kalau pasal hiburan memang laju je kan, ramai betul peminatnya.

Aku dah tak mengikuti sangat AJL ni. Aku suka AJL atau muzik-muzik ni, masa zaman aku muda remaja dulu kot. Akhir 80-an dan awal 90-an. Masa tu memang tertunggu-tunggu bila ada Muzik-muzik atau AJL akhir. Sekarang ni, lagu yang masuk pun aku tak tahu. Tapi biasa bila siaran langsung tu aku tengok juga. Masa tu barulah perasan, oh! lagu ni, ini ke penyanyinya. ..:)).

Tadi saja google serba sedikit pasal AJL tahun ni. Jumpa klip video promo ni. Baru ku lihat, kalau tidak tak perasan pun kat tv tu. Yang pertama je pernah perasan ada tersiar di tv, yang lain tak tahu aku :D.

Mari kita lihat sama-sama.....:p






Video promo 1





Video promo 2





Video promo 3

Bila ekk sebenarnya AJL ni? Hari Ahad ni ke?.....Semalam masa dengar berita tu tak perasan pulak tarikhnya...:D

~ يوس ~

23 comments:

  1. loorr..rupanya iklan JL yek
    ingat iklan apa lah

    ReplyDelete
  2. hihii..sama la kita kak yus

    tak mengikuti sangat dh...

    bila tgok siaran langsung tu kdg baru tau, dia ni yg nyanyi rupanya

    ReplyDelete
  3. xle tgk iklan tu sb line slow..
    tapi akak nk tgk ajl sebab pezal tahir masuk jugak...ai loikkee FT..

    semoga FT juara..yeahh...2 lagu tau..hehe

    ReplyDelete
  4. Muzik-muzik tiap2 minggu tu x tgk tapi bile AJL akhir je baru nk tgk..

    ReplyDelete
  5. vdeo promo 1 tu x pnah tgk pon.. y k2 & k3 tu slalu la tgk..

    utk ajl thn ni.. lagu x bape best.. lya kalo suka pon lgu sofea jane y black nyanyi tu la

    ReplyDelete
  6. yus

    akak tag yus kat sini..

    http://ourdreamsoflife.blogspot.com/2011/01/ulang-tahun-pertama-blog-sembang-hari2.html
    jom join

    ReplyDelete
  7. ahad ni kak yus... hanya di tv3. ahaksss

    ReplyDelete
  8. owwhhh ajl ahad ni kan...

    yus, kalau org bukak je blog kita, masuk duit ke? saya yg buta nuffnang ni.. nak gak masuk $$ walaupun sikit2.. ngeh ngeh.. kena update blog hari2 ke?

    ReplyDelete
  9. suka tgk masa dah final jer...masa separuh akhir mmg x layan...heheh...

    ReplyDelete
  10. @Mama Zara
    Ingatkan wani mengikuti...sbb umur masih muda lg..:D

    ReplyDelete
  11. @sarah-najwan
    Wah ! Akak peminat Faizal Tahir ye. Lagu Selamat Malam tu ke?

    ReplyDelete
  12. @Ina Hashim
    Alamak.Kena tag lg..hehe. Nanti yus jengah ye

    ReplyDelete
  13. @NM02
    Akan ku tunggu, kalau tak lupa...ahaks..:)

    ReplyDelete
  14. @MULAN
    Kalau ada BE barulah dpt earning walaupun takde orang klik. Tapi kalau takde BE, kena tunggu orang klik iklan tu baru ada earning. Itu yg Yus faham lah.

    Register je dan letak je iklan tu. Nasib2 gak , dari takde, ada gak hasil ciput dari blog kan.

    Bila rajin update, rajin jugalah orang dtg jengah kan, so, possibility earning bertambah ada lah. Kalau lama bersawang, mesti tak ramai yg singgah blog kita, betul tak?

    ReplyDelete
  15. @wahida
    Akak biasa pun tgk yg final je.

    ReplyDelete
  16. ala, siannya abid nangis lg hari ni.. tp mmg mak ayah kena buat hati keras sikit bila anak buat perangai baru2 sekolah ni.. klu tidak kita pun tak sanggup nak tinggal..

    saya pun selalu tgk masa AJL final aje.. itu pun tang lagu yg kita suka aje..

    ReplyDelete
  17. salam yus..kitapun dah tak tengok semua benda tu..satunya dah tue..dan utamanya anak2 asyik tengok katun je..tak dapatnya..

    ReplyDelete
  18. @Hanis Azla
    Memang perlu keraskan hati. Dia pun saja je sebenarnya. Elok kita beredar, sekejap je dah ok dah kata cikgu dia...

    ReplyDelete
  19. @suri solehah
    Betul kan, hampir 24 jam kartun saja. Nasib baik juga sekarang dah sekolah semula, kalau tidak memang takde can nak tgk siaran lain.

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...