Saturday, January 08, 2011

Home » » Biar betul???

Biar betul???

Selamat malam semua.....

Bersiaran dari rumah MIL di Muar. Huh! Berjalan saja kami ni kan. Tak tahu letih agaknya?

Letih sebenarnya. Tapi tadi kan dah berurut, kuranglah sikit letihnya.

Bertolak dari rumah tadi sudah hampir pukul 5 petang. Tiba di Sungai Sarang Buaya tu, kami pun singgah untuk makan di medan makan Sg Sarang Buaya.

Apa yang kami makan? Untuk keluarga kecil kami, makanan yang kami order ialah :

1 nasi goreng ayam berlada
1 nasi goreng ayam
1 kuew teow goreng
2 soto ayam
3 horlick ais
1 milo ais
1 lai chee kang

Selesai makan biasalah masa untuk bayar kan. Cuba kawan-kawan semua teka berapakah jumlah yang kami bayar untuk makanan di atas?

















Dah teka? Adakah tekaan anda tepat? Mesti semua tak sangka kan.




Untuk semua yang kami order itu, jumlah keseluruhannya ialah 16 ringgit 40 sen sahaja. Kami terkejut. Murahnya.

Sebelum keluarkan duit, SRD pandang aku, aku pandang dia. Betul ke ni? Dia kira di situ dan tanya semula apa yang kami makan tau. Sempat lagi SRD tanya dia, " Betul ke adik kira ni? Murah noooo!!". 

Dia jawab, "Betullah!!".

Lain kali harus kami makan di situ lagi. Makanan pun sedap, amaun pun tak kurang. Sedap2 perut aku kenyang.....hehe.

~ يوس ~

14 comments:

  1. mmg suka
    makanan sodap
    rega murah

    lenkali bole singgahkan..

    ReplyDelete
  2. salam yus...
    besttt tu yus, murah betul. kat seremban tak dapat tu...

    ReplyDelete
  3. sangat murah tu.. boleh singgah selalu...

    ReplyDelete
  4. akak dpt award dr papa mifz k...ikhlas punyer..:)
    http://budakspectacle.blogspot.com/2011/01/best-follower.html

    ReplyDelete
  5. salam yus..memang murah..semoga bertambah murah rezeki peniaga tu..

    ReplyDelete
  6. salam yus

    murahnya yus..kita duk kira harga standad munkin dalam 28 tu huhu

    ReplyDelete
  7. @sarah-najwan
    Tulah kak. Tapi mcm tak percaya aje. Takut lain kali singgah orang lain kira, lain pula harganya..huhu

    ReplyDelete
  8. @n.hasleena
    Kat Senggarang ni pun tak pernah dpat rege mcm tu....rasannya tak pernah lah sebelum ni dpat harga macam tu...:)

    ReplyDelete
  9. @zino
    Mmg sangat murah, dan InsyaAllah akan singgah lagi lain kali..:D

    ReplyDelete
  10. @Papa Mifz
    Oh! TQ. Nanti akak terjah tgk ye.

    ReplyDelete
  11. @kak Erna
    Ye kak, semoga bertambah murah rezeki dia...aminnn.

    ReplyDelete
  12. @suri solehah
    Tu ler, balik tu dok citer dgn adik2 semua dok kira. Memang semua rasa harga lebih kurang mcm yg suri cakap, tapi kami dpt murah sangat kan..

    ReplyDelete
  13. Memang sungguh tak percaya... murah giler tu...

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...