Monday, January 31, 2011

Home » » Arif Zakwan belajar satu lagi step baru

Arif Zakwan belajar satu lagi step baru

Arif dah mula belajar satu lagi step baru dalam perkembangannya. Dia sekarang dah masuk 6 bulan 4 hari. Sudah mula maju ke depan bermula semalam. Hari tu atas katil aje aku nampak dia gerak ke depan. Kali ini dekat lantai pun dah boleh maju.




Sila tengok klip video ye. Tengoklah gaya Arif tu kan. Dah pandai buat gaya macam nak merangkak. Mula-mula kena start enjin dulu. Goyang-goyang kan punggung, tapi tak juga dia maju. Gaya aje yang lebih :D.

Alih-alih, menangis dan menjelar je pulak. Ada ibu yang suka menyakat pulak tu....:)).

Nampak tak dia sudah mula maju. Suka ni, ibu dia yang suka biasalah kan :). Tak sabar nak tunggu dia pandai merangkak betul..hehe.

Go! Arif Go! Ibu tahu Arif boleh lakukannya :banana.
~ يوس ~

20 comments:

  1. best kan tgk perkembangan anak.x lama lg blh berdiri n berjalan.:)

    ReplyDelete
  2. begitulah kita manusia dan makhluk lain. ada fasa-fasa dia yang harus dilalui.

    ada makhluk yang lahir2 sahaja sudah boleh berjalan dan mencari makan sendiri seperti kuda, kambing dan sebagainya.

    ada pula yang melalui pelbagai bentuk seperti rama-rama dll.

    sesungguhnya maha bijaksana Allah yang menciptakannya.

    ReplyDelete
  3. go..arif..go
    hehe best je leh tgk perkembangan anak2 depan mata kan kak.

    ReplyDelete
  4. kejap lagi bila dah boleh merangkak, x terkejar la...macam aqil ni la sekarang...hehehe..penat tapi hepi bila dapat tgk perkembangan ank2 ni kan,kak...

    ReplyDelete
  5. anak ni..jika da kuar je..cepat aje besar..alih2 da meniarap..alih2 da merangkak..berjlan..berlari..

    alih2..ada adik baru..oppsss!!!hehee

    ReplyDelete
  6. tulah...pejam jelik2
    dah besar dah kan..

    senang skit bila dah besar

    ReplyDelete
  7. yus dia bg hint dulu tu...supaya maknya kena bersiap & bersedia apa yg patut...apabila dah boleh bergerak nanti...tak la mak dia kalut dah..hehehehe...

    ReplyDelete
  8. arif, gambare!!

    nnt bole lumba ngan muaz ye..hihi

    ReplyDelete
  9. as salam yus..ala siannya tengok dak comel tu..sajeeee je ibukan..bagi dia nangis macam tu..geram tengok ariff..
    kalau la dapat jumpa..

    ReplyDelete
  10. @azzey
    Gembira melihat perkembangan positif mereka kan azzey..:)

    ReplyDelete
  11. @al-lavendari
    Setuju sangat dengan pakngah. SubhanaAllah....

    ReplyDelete
  12. @qemaishak
    dia kena buli dgn ibu dia tu qema..hehe

    ReplyDelete
  13. @mummiey
    Tulah, bila dah makin laju nnti, mmg sentiasa kena awasi dia kan. Ni pun akak dah takut nak biarkan dia atas katil sengsorang. Silap haribulan jatuh pulak

    ReplyDelete
  14. @sarah-najwan
    hahahah..amboi akak, mentang2 yus kata yus nak tambah lg sorang ye...

    Tunggu dia 2 tahun lah..hehe

    ReplyDelete
  15. @Ati Masrif
    nnti bila mereka dah dewasa kita pulak yg sunyi kan kak ati

    ReplyDelete
  16. @Umie
    hihi...nak lumba Muaz dah sampai Jepun dah, Arif masih di Senggarang ni ha...hehe

    ReplyDelete
  17. @kak Erna
    Ya ampun kak Erna. Ibu dia mmg kuat dengki.

    Kalau la Kak erna dapat jumpa, mesti kak erna join dengki sekali kan..kan...hahahah

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...