Saturday, January 01, 2011

Home » » Allah Selamatkan Kamu

Allah Selamatkan Kamu

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri pertama tahun ini. Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua. Dari malam tadi aku lihat ramai blogger dah buat entri tahun baru. Semoga tahun ini memberi sinar baru kepada semua.

Imbasan tahun 2010, antara perkara penting yang berlaku dalam hidup kami. Pertama, kami selamat berpindah ke rumah sendiri. Alhamdulillah berjaya akhirnya beli rumah. Kedua, kelahiran anak ke 4 kami, Arif Zakwan. Rasanya itu perkara penting yang berlaku sepanjang tahun lepas. Lain-lain sampingan ada tercerita dalam blog ini. Semoga keluarga kami akan terus berada di bawah LindunganNya....Amin. 

Berbalik kepada tajuk, tahun baru dah bermula, maka akan bermulalah sessi persekolahan yang baru. Dari semalam, aku sibuk jahit lencana dan tanda nama pada baju baru anak-anak. Lepas tu gosok baju sekolah mereka semua. Baru dua yang bersekolah, banyak pula rasa baju yang perlu di gosok. Belum baju kerja abahnya lagi...:( :D

Teringat satu cerita pada minggu lepas. Tak ingatlah balik dari mana. Pekan Senggarang rasanya. Ketika itu, kami semua di dalam kereta. SRD memulakan perbualan bertanya kepada anak-anaknya.

"Dah nak naik sekolah ni. Macam mana lagu sekolah Aqil? Ingat tak?", abahnya mengajukan soalan kepada Aqil.

"Erkkk....tak ingat!", Aqil menjawab.

"Macam mana ni? Baru sebulan lebih cuti dah tak ingat. Ok boleh di maafkan, sebab Aqil baru tahun ni sekolah sini. Tahun lepas sekolah Pintas Puding kan. Cuba nyanyi lagu negeri Johor," kata abahnya lagi.

"Apa? Lagu negeri Johor?," kata Aqil

"Yelah, takkan lagu negeri Johor tak tahu ni? Alia pun tahu kan. Cepat cuba nyanyi sama-sama," aku pula menambah.

"Errkkkk.....macam mana mula dia?," tanya Aqil.

"Apa anak ibu ni semua tak ingat ni?," aku mula angin sedikit.

"Ok, ibu mulakan Aqil dan Alia sambung, Allah....," (aku berhenti sampai di situ saja)

"Ha! Aqil ingat dah. Aqil tahu. Allah selamatkan Kamu....," jawab Aqil.

Siapa orang negeri Johor? Adohai anak aku. Kami berdua dah gelak besar :)):)) Ada ke dia nyanyi lagu ni.







Oklah, anak-anak. Oleh kerana semua tak ingat, hari ini ibu letak Lagu Negeri Johor dalam blog ibu ye. Selepas ni semua kena belajar nyanyi. Nasib baik tanya lagu Negaraku dia ingat, kalau tidak....X-(






Allah Peliharakan Sultan
Nugrahkan dia segala kehormatan
Sihat dan ria, kekal dan makmur
Luaskan kuasa
Menaungkan kami
Rakyat dipimpini berzaman lagi
Dengan merdeka bersatu hati
Allah berkati Johor
Allah Selamatkan Sultan

Ibu pernah bersekolah di Johor, Selangor, Sabah dan Terengganu. Sampai hari ini masih ingat 3 lagu negeri yang pertama, tapi lagu negeri Terengganu tak ingat ni....huhu. Rasa macam takde nyanyi aje dulu. Cuba recall balik tak boleh pulak....huhu. Lepas ni kena cari dalam youtube ni...:D


~ يوس ~

15 comments:

  1. yus..akak pun dah siap jahit lencana dengan nama.
    gosok baju sendiri la kan..dah sekolah menengah..he he,

    ReplyDelete
  2. hehe... dulu saya sekolah kat johor gak... ingat2 lupa jer lirik lagu negeri johor tuh... hehehe nasib tak nyanyi lagu pramlee hehehe

    ReplyDelete
  3. @kak Erna
    Kalau dah masuk sekolah menengah, memang dah harus gosok baju sendiri kan kak, walaupun anak lelaki...:)

    ReplyDelete
  4. @Huszaini
    Takpe, sekarang ni senang je nak cari maklumat kalau terlupa, semua di hujung jari betul tak?

    ReplyDelete
  5. selamat tahun baru kak...semoga azam tahun baru akan tercapai...amin...

    ReplyDelete
  6. Allah selamat kan kamu... wahhhhh azi pun hampir terlupa dengar Aqil ckp mcm tuh......hehehhe

    ReplyDelete
  7. selamat tahun baru kak...semoga semua azam tahun nih tercapai yek..;)

    ReplyDelete
  8. kuat betul pengaruh cerita p ramlee nie !

    ReplyDelete
  9. selamat thn baru, semoga thn ini kita semua sentiasa diberkati dan dipermudahkan segala urusan dunia n akhirat :-)

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...