Seperti entri aku semalam, hujan yang turun tak berhenti-henti di Johor ni buat aku cuak juga. Lebih-lebih lagi bila aku baca blog izawati, rumah dia di Segamat dah banjir.
Kerana hujan yang tak berhenti-henti turun ni, semua kain baju yang aku jemur tak kering walaupun di letakkan di beranda, Sudahnya malam tadi aku bawa masuk ke dalam rumah. Biarkan di ruang tamu, pasang kipas kuat-kuat, pagi ni tengok alhamdulillah dah kering walaupun baju tu rasa sejuk aje.
Selagi kain dan baju di ampaian tak kering, macam mana aku nak basuh baju kotor yang lain kan. Nanti takde tempat nak sidai pula.
Hujan kat luar masih lagi renyai. Aku ni risau le kalau hari ini pun panas tak menjelma. Selasa atau Rabu nak balik kampung. Risau pula tinggalkan rumah macam ni.. huhu.
Uolls ada masalah macam ni tak? Asyik le takut dan risau tak bertempat ni. Apa pun kita doa pada Tuhan yang terbaiklah kan. Semua yang berlaku adalah qada dan qadar dariNya. Hujan ni pun satu rahmat dariNya, nanti kalau dah kemarau kita bising juga.Hmm..nilah manusia.
Anak aku pula dari semalam dok nyanyi lagu,
Hujan oh hujan
Kenapa engkau turun
Macam mana aku tak turun
Katak nak makan aku....
(smbg sendiri ye....)
p/s: Hujan-hujan ni, aku asyik nampak tikus mondok bersembunyi berhampiran mesin basuh aku kat luar tu. Mana dia datang weh! SRD kata rumah dia masuk air tu pasal dia muncul. Takut aku dibuatnya. Tolong jangan datang lagi ye....
~ يوس ~
Hai Yus...
ReplyDeletesama la kiter gak Yus oiiii,selalu sidai baju kt ruang tamu.Abis atas krusi jd tmpt sidai kain.Siap pasang tali g tuk sangkut hnger bulat...huhuhu.Asal kering udah le.
kak, kat kajang pun dari semalam hujan xbenti2 sapa hari ni, umah saya cam bundle baju dah bersidai2 lam umah huhu
ReplyDeletenampak gaya blk kg, tinggal baju kotor la nak basuh takut xkering nanti berbau lak
Tikus tu mmg kalu musim banjir ada kak, tapi xleh nak bebel nanti dia bt kacau hehe saya dilahirkan tahun tikus kalau ikut kalendar kuda tapi xdela peragai cam tikus gak haha
sama la kat sini..hujan x berhenti..last2 baju ato dobi j:-)
ReplyDeleteRumah kakcik pun dah jadi macam kedai dobi ....
ReplyDeletekat sini pun hujan tak berhenti2 tau..ari ni pun mendung lagi...
ReplyDeleterasanya semua rmh dah jadi mcm tu ..hihi
ReplyDeletekita jemur dlm bilik atas ..penuh brg2
tp org tak de..huhu
dulukan rmh kak ati pernah juga
ReplyDeleteada cik ti tersesat..
berhari ketakuta dan fobia
hubby psng perangkap
bila dpt tangkap..baru rasa aman..hihi
@deeja
ReplyDeletehai deeja..
tulah kan, kalau tak kering lagi lemas kita di buatnya kan..
@qemaishak
ReplyDeletepernah dgr gak tak boleh bebel, nnti dia kacau...tu yg lagi takut ni.
Nampak dia kat kwsn luar rumah je ni, sbb mesin basuh akak letak luar, jgn dia masuk dlm sudah..lg akak takut..huhu
@LYAfrina
ReplyDeletedulu2 masa belajar pernah le hantar dobi...:)
Mana2 pun hujan skrg kan, tgh musim hujan nak turun...huhu
@kakcik
ReplyDeletehehe....terpaksalah kan kak, dobi baju sendiri ...
@Cik Jue
ReplyDeletetulah, mana2 pun sama ni. Sini hujan masih lagi turun walaupun tak berapa lebat...:(
@Ati Masrif
ReplyDeletekak ati, rumah yus takde tingkat atas, kalau tidak ke atas juga tu kot..hehe.
Ruang tamu tu je yg kosong, kalau ruang tamu kedua tmpt tgk tv tu mmg tak bolehlah, takut kain2 tu di main anak2 pulak..hehe
Eii..yus mmg geli dgn cik ti ni. Janganlah dia buat perangai. Setakat ni nampak dia kat luar rumah tu je, kat kws mesin basuh tu, kalau dia dah masuk lg takut..huhu
samalh kita yus...
ReplyDeletekat depan umah akak da jadi cam pasar malam tu..
dah la esok nk blik klate..
napok gayo..ampaian msuk dlm rumah la sb nk blik klate sapa ari sabtu..tgk cuaca mcm hujan xnk henti tu..huhu..xpe..ujan rahmat..
**cik T tu xdok pulok..jgnlah ade..xnak...
wah, dah banjir ya di Segamat. Bahaya tu. Kat Seri Iskandar, Perak ni, hujan turun petang je. Takde la sepanjang hari. Jadi baju sempat kering. Sape banyak baju tak kering, mai la sini. :)
ReplyDeleteElok pasang perangkap. Nanti kalau cikT masuk, bahaya.
kat cni pom masih ujan renyai2 kak..cma mai keja td pun lembab ckit baju dek ujan ni..
ReplyDeletekat umah kami panggil menatang tu hamster gabak..coz sepisis besau..hehe3...
moga rahmat yg ditrunkan allah ni tdk membawa bencana..
risau juga bila hujan x henti2..
@sarah-najwan
ReplyDeleteyus pun tak suka bila ada cik T. Risau je kan
@Yati
ReplyDeleteMemang tak sempat kering apa pun Yati. Tak nampak panas pun, mendung aje. Ni pun masih renyai2 di luar tu..huhu.
Saya takut juga kalau dia masuk. Tp kalau nak perangkap pun, biar cik abang yg buat, saya tak berani...huhu
Ok la tu kak. sidai bawah kipas. hehe.. kita pun sidai dlm rumah, dah mcm rumah setinggan. haha.. kalau letak kat luar baju jadi ais. ekekeke..
ReplyDelete@Asmara
ReplyDeletehehe..teringat dulu masa kat UK sidai baju dekat heater..hehe..
Mcm tak biasa pulak kan As...hahahah
hari ni hujan..semalan hujan..semoga hujan ni memberi rahmat pd kita..bukan bencana~InsyaAllah
ReplyDeletekitorang dekat sini dah tak ada fikir baju lagi, fikir nak nampak jalan tar aje. risaulah sebab hujan masih tak stop juga walaupun rumah dah macam sunway lagoon!
ReplyDeleteanyway tiket Segamat Lagoon ini akan mula dijual kepada orang awam sebaik saja persetujuan diberi oleh ibu bapa kami. hehe.