[gambar]: ehsan google |
Ini kisah tengahari semalam. Selepas ambil Abid dari sekolah, aku ke pejabat pos bersama Abid dan Arif. Selepas selesai urusan di pejabat pos, kami menunggu Aqil dan Alia habis sekolah di dalam kereta. Sekolah dan pejabat pos sepelaung saja.
Ada lebih kurang 15 minit lagi sebelum waktunya tiba untuk mereka habis kelas. Abid dah mula resah di dalam kereta. Dialog kami berdua di dalam kereta berbunyi lebih kurang begini :
Ibu! Abid nak ber*k ni. Cepatlah ibu.
Ha! Mana boleh. Kejap lagi Aqil dengan Alia dah nak keluar. Abid tahan dulu ye.
Abid dah tak tahan ni. Ber*k kat dalam longkang je lah ibu. Ke dekat rumput pun boleh kan.
Mana boleh. Abid ni. Sini mana ada tandas. Tak boleh ber*k sepah-sepah. Nanti orang marah.
Tapi Abid dah tak tahan ni.
Tiba-tiba aku teringat cerita dari SRD sewaktu dia kecil dulu. Kata SRD kalau rasa nak 'melepas', tapi tak jumpa tandas, atau masih jauh perjalanan, mak jah nya suruh sebut "Bawang putih, bawang merah" berulang kali. Selepas daripada itu, pasti akan hilang rasa nak 'melepas' tu. Aku pun suruhlah Abid sebut....
Abid sebut macam ni tau, dan jangan lupa usap-usap perut Abid tu.
Bawang putih, bawang merah
bawang putih, bawang merah
Tunggu dulu, tunggu dulu,
Tunggu Abid sampai rumah
Abid pun sebut le pantun tak serupa pantun di atas beberapa kali sambil mengusap-usap perutnya.
Sampai satu ketika, dia berhenti. Aku dah risau, terus aku kata dengan dia,
Bawang putih, bawang merah
Bawang putih, bawang merah
Tunggu dulu, tunggu dulu,
Tunggu Abid sampai rumah.
Nak tahu apa Abid kata? Dia kata....
Ibu pun nak terber*k ke?
Kenapa ibu sebut tu.
Abid dah tak rasa nak ber*k pun.
Ibulah yang nak ber*k tu.
Kenapa ibu sebut tu.
Abid dah tak rasa nak ber*k pun.
Ibulah yang nak ber*k tu.
Bertuah punya anak.....
~ يوس ~
kekekekekee
ReplyDeletekalu saya, kepala buntut kepala buntut... hehehe
ReplyDeleteMenjadi juga petua tu ek? Ada orang kata, pintal hujung baju tanpa henti pun boleh 'melegakan'. :)
ReplyDeletehehe..saya xpernah tau akn hal ini
ReplyDeletesalu jugak anak3 saya tu nk terberak time dlm kete yg bergerak..
nati nk applylah petua yg awk, kakcik dan NM02 tu..hhee
haha..boleh macam tu ye..hehe..nnt test..hehe...cute btull
ReplyDeletewah bagus petua ni.. boleh apply klu kena nasib mcm tu.. hi..hi.. masa kecik dulu selalu dok pintal2 baju tu aje.. pengaru psikologi kot.. sbb selalunya menjadi..
ReplyDeletekahkah..klaka la si abid ni..
ReplyDeletekak, siyes saya x pernah tau pun pasal petua ni...ngehngeh..nak try la...selalu je si abang tu x tahan berak...kak, kalau nak kencing pun sebut mcm tu jugak ke?
hahaha kelakar..petua yang bagus tue..nanti nak trylah..
ReplyDeletesalam hehehe..macam2 ye..nanti kalau anak ada buat gini nak kena bg petua ni jugak ni
ReplyDeleteheheheheh.. kelakar...
ReplyDeletecomel:-)
hehe..lawak jelah si abid ni,berkesan jugak pantun tu yer
ReplyDelete@Wanita Bertudung Hijau
ReplyDelete:)
@NM02
ReplyDeletelarr....macam tu pulak. Yg ni first time saya dengar ni...:D
hehe3..betuah nye akid..
ReplyDeletebetul ke petua tu kak?
kalu xthn nk memerut nnit nk bole cuba..
@kakcik
ReplyDeletePintal hujung baju tu saya pernah dengar. Ha'ah menjadi juga, alhamdulillah..:D
@sarah-najwan
ReplyDeleteCubalah kak....
Kadang2 menjadi, kadang2 tidak. Tapi biasanya menjadilah..hehe
@atie
ReplyDeleteSila cuba bila hadapi situasi serupa ye...hehe
@Hanis Azla
ReplyDeleteTulah pengaruh psikologi sebenarnya. tapi bagus juga sebab ianya menjadi...:)
@wahida
ReplyDeleteKalau kencing akak tak pernah cubalah. Rasanya susah sikit nak menjadi kot. Wahida cubalah ...hihi
@Cik Jue
ReplyDeleteBoleh cuba lepas ni kan kalau terkena...:D
@suri solehah
ReplyDeleteCubalah suri...petua berguna ni...hehe
@LYAfrina
ReplyDeleteAbid memang selalu buat aksi comel mencuit hati saya...:)
@Dunia Mayaku
ReplyDeletePetua asal bawang putih, bawang merah saja, saya sendiri yg dok tambah selebihnya tu...huhu
@Cma Shiema
ReplyDeleteSaya pun dapat dari suami. Tapi memang menjadilah...
Pembetulan, anak saya nama Abid...hehe
hihii..lawak la abid ni kan..tingat kakak auni semalam "Mama! acuh yak akak ni..."
ReplyDeletehuhu..pes taim buleh bercakap satu ayat, terus perintah kat mama plak..haha
@Mama Zara
ReplyDeleteBila dengar ayat pertama dari anak, memang menyeronokkan...:)