Wednesday, January 05, 2011

Home » , » Hari Rabu yang baru....

Hari Rabu yang baru....

Salam pagi Rabu semua.....

Hari ini adalah hari yang baru buat aku. Kenapa aku kata baru? Kerana hari ini Abid dah mula sekolah. Dua hari lepas dia masih di rumah. Jadinya, suasana  pagi aku ada perubahan sedikit tanpa Abid di sisi. Lainnya rasa:(.

Pagi ini rasa sedikit kelam kabut. Semua walaupun di kejut seawal 6.10 pagi, bersiapnya terhegeh-hegeh. Mulalah aku angin. SRD pun ada kelas pukul 8. Jadinya, aku kena juga ikut hantar Abid ke sekolah. Takut dia menangis ke apa ke? Abahnya nak cepat kan. Tapi dia nak ikut hantar juga...:P. Hantar depan pintu sekolah saja, lepas tu, kenalah dia bergegas untuk ke kelasnya. Kang sibukkan anak masuk kelas, kelas sendiri takde yang mengajar pula.


Gambar 1: Dari mula sampai Abid duduk je kat depan pintu tu.Suruh ke tepi sikit pun tak nak.

Gambar 2: Tengoklah tu, orang lain lalu lalang, dia kat situ juga
Alhamdulillah dia tak menangis pun. Sebelum aku balik, aku tengok dia elok je duduk bersama-sama kawan-kawannya yang lain. Baju belum dapat lagi, pakai le dia baju melayu. Aku ingat nak tunggu lama sikit. Tapi cikgunya garang pula. Tepat saja pukul 8, semua ibu bapa di suruh balik. Kata gurunya, " Ni anak yang nak belajar ke mak abahnya nak belajar ni. Takpe, balik ye!".

Aku pun mulalah start enjin kereta. Tapi aku lihat, walaupun pintu sudah di kunci, ada lagi dua tiga ibu bapa yang mengintai dari tingkap. Aku pun matikan enjin semula, ikut intai juga..:P. Dah ada dua tiga orang budak yang menangis. Tapi Abid tetap cool. Tak sempat nak ambil gambar sebab tengah dukung Arif. Arif pula tak duduk diam Aku tengok dia ok, baru aku balik.

Di rumah, aku seperti biasa rutin pagi. Basuh baju dulu baru berblog sekejap :P. Tak sempatlah pula nak BW semua blog yang aku follow dan yang ada dalam list ni. Jawab komen pun curi-curi. Tapi update, harus update. Nanti kalau mula malas update, terus bersarang blog ni..hihi.

Oleh kerana pagi aku berteman Arif saja sekarang ni.  Arif jugalah yang bantu aku kan. Bantu mengacau dan melalak...:P
Gambar 3: Arif tengok aku masukkan baju dalam mesin tu. Snap gambar dia sekejap.

Gambar 4: Lepas tu dia pula nak main dengan bakul merah tu. Dah pandai bergerak guna walker tu tau dia.

Ok dah. Nak sambung kerja yang lain pula.....;)



~ يوس ~

12 comments:

  1. wah...Arif dah naik walker ye?si Firas blom dibelikan walker lagi

    ReplyDelete
  2. selamat ke skolah abid... be a good boy!!

    ReplyDelete
  3. @Ina Hashim
    Ye kak ina. Ada yus masukkan dalam blog ni cerita dia dan walker hari tu. Mesti kak ina tak perasan kot..

    Senang sikit saya nak buat kerja bila dia dalam walker.

    ReplyDelete
  4. @LYaFRINA
    hehe..TQ auntie Lya..(jawab Abid, ke ibu dia yang jawabkan ni...hahahah)

    ReplyDelete
  5. nampaknye kena la ready tuk adik si arif plak..lepas ni bila arif dah mula sekolah nanti...waktu pagi lagi sunyi...jadi maknye apa lagi..eheheheee..

    ReplyDelete
  6. bagus dapat anak di tinggalkan tak melalak..agak rimas bila gi sekolah masih ada lagi anak yang menangis di darjah satu

    ReplyDelete
  7. ligat la Arif nanti bergerak dalam walker. Aniq tak masuk walker lagi. dan rasanya memang tak masuk la kut..hihi..kakak dia dulu pon tak masuk walker jugak.

    ReplyDelete
  8. minggu pertama nih..ginilah keadaan anak kita..heheh

    dan kita lak..kalut je alayan anak..akak pom sama..penat sgt2..

    ReplyDelete
  9. @~aSHa~
    Huhu..lama lagi tu Asha. Tapi memang saya dapatkan Arif sebab tahu nanti sunyi bila Abid dah ke sekolah. Tunggu waktu yang lebih kurang sama jaraknya untuk dapat sorang lagi..hehe

    ReplyDelete
  10. @kak ina kl (1)
    Arif kalau lama sangat melalak juga kak ina. Alhamdulillah semua anak saya tak menangis..:)

    ReplyDelete
  11. @Mama Zara
    Boleh tahan ligatnya si Arif tu. Anak2 akak semua masuk walker, kalau Arif tak masuk nanti die jeles pulak..hehe

    ReplyDelete
  12. @sarah-najwan
    Memang masih kalut lagi ni kak....akak yang bekerja kalut dengan kerja lagi ye tak?

    Tapi saya pun banyak gak kerja kat rumah ni....huhu

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...