Thursday, January 06, 2011

Home » » Tensen bila selalu sangat tong sampah itu di terbalikkan...

Tensen bila selalu sangat tong sampah itu di terbalikkan...

Habis sampah dalam tong tu di terbalikkan.
Aku geram betul dengan anjing  چينا ni tau. Balik2 tong sampah aku juga yang di kerjakan. Kalau terlupa saja letak pemberat di atas tong tu memang habislah di korek-korek oleh dia. 

Sampah tu elok je dalam plastik hitam sebelum SRD masukkan dalam tong hijau tu. Tapi tengahari tadi bila aku nak keluar rumah ambil Abid dari sekolah, sekali lagi dah kucar- kacir jadinya.

Selesai aku bersihkan dan masukkan semula ke dalam tong,  baru saja nak buang plastik pembalut tangan dan basuh tangan, tengok dia dah ada semula di depan. Hampir saja nak di jatuhkan semula tong sampah aku tu.

Eiiii....geram tau!!X-(X-(

Majlis perbandaran ni pun kenapalah tak sama hari setiap kali ambil sampah. Cubalah ambil pada hari yang sama, senang sikit aku nak budget bila patut letak depan..

~ يوس ~

14 comments:

  1. salam..kesiannya..masalahnya anjing...patutnya majlis tetapkan lah hari apa,,berapa hari seminggukan yus,,sabar je lah..

    ReplyDelete
  2. Yus... tong sampah akak pun letak kat tanah macam tu...tapi akak suruh contraktor buat tempat letak dia... bentuk 4 segi muat2 untuk bawah tong tu.. pastu tebing dia naikkan sedikit sertinggi 1 bata tu... supaya tak boleh terbalik... memang berkesan

    ReplyDelete
  3. mau tak tensen... bergelimpangan camtu..!!

    ReplyDelete
  4. @suri solehah
    Biasanya seminggu dua kali. yus perasan Isnin dan Khamis, tapi kadang tu bertukar pula. Tulah yus kompius, ingatkan hari ini dia kutip, tapi dia tak kutip..huhu

    ReplyDelete
  5. @Kak Anie
    Oo..jiran Yus ada buat juga. Tapi yus tengok dia buat mcm tinggi sangat, bentuk bulat. Kalau mcm akak cakap ni, setinggi 1 batu bata mcm senang sikit nak letak sampah ye. Nanti yus nak cadangkan pada SRD.

    ReplyDelete
  6. @MULAN
    Memang tensen kak Mulan. Kita nak bersihkan semula pun kena hati2, sebab bekas anjing korek kan...huhu.

    ReplyDelete
  7. sabar je lah...binatang liar tu memang mcm tu...mau tuan dia tu ikat la..menyusahkan ja...

    ReplyDelete
  8. Yus... tak payah buat bula... buat 4 segi pun okay tapi jgn sempit sgt nanti org sampai nak angkat tong susah...

    ReplyDelete
  9. salam yus.dirumah..dah ditinggikn tak terbalik dah..
    pagi2 tadi sampai opis..depan pintu penuh sampah..rupanya..anjing dah terbalikan..dah keluarkan semua sampah dari plastik yang dah diikat..geram aje..rasa nak tembak..

    ReplyDelete
  10. @LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™
    Tu ler, geram juga kat tuan dia tu tak ikat je. Tapi rumah tuan dia seberang jalan, bukan kawasan taman ni, kawasan kampung nun..huhu

    ReplyDelete
  11. @aNIe
    Belum sempat mencadangkan pada SRD. Ok juga ekk 4 segi pun.

    ReplyDelete
  12. @kak Erna
    Kalau dah tinggi susah sikit dia nak terbalikkan kan kak.

    Oo..sampah kat office pun ada juga anjing terbalikkan?...Mana2 pun ada ye, memang rasa nak tembak kan. Geram je...huhu

    ReplyDelete
  13. semua orang pun bengang kalau jadi cenggitu !

    ReplyDelete
  14. @al-lavendari
    Bengang tahap gaban ni pakngah...:D

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...