Ok. Hari ini mood aku nak ambil award ni dah datang.
Ucapan anda?:
Pertama sekali, ucapan setinggi terima kasih kepada yang memberi award. Ada dua blogger yang memberi aku award yang sama. Pertama mommy jue dan kedua Papa Mifz. Terasa wujud rupanya aku ni di dunia blog ni. Ramai juga yang kenal.Gembira ok! Terima kasih banyak-banyak ye .
Berikan 4 ciri lelaki/wanita idaman anda untuk anda jadikan suami/isteri:
Soalan ini pun kena jawab ke? . Aku dah jadi isteri orang dah pun, anak pun dah 4 kan. Sudah tentu pilihan suami aku ialah SRD. Kenapa aku pilih dia?
1- Dia seorang yang kelakar, pandai buat lawak, mudah tersenyum.
2- Masa mula aku kenal dia, aku suka sebab dia pandai mengaji, tak takut memperdebatkan apa yang dia tahu dengan orang lain, menjaga solat dan bijak orangnya. Aku ingat, paling aku suka masa tu, dia bantah dan terangkan balik pasal agama dengan guru bahasa inggeris yang mengajar kami di English course tu. Kami budak2 mrsm masa tu, kena pergi english course sebelum keputusan SPM kuar. Guru kami tu bangsa india, memang dia salah tafsir, dan hanya SRD seorang yang berani cakap balik dengan guru tu. Aku sebenarnya tak ingat apa yang di bahaskan, tapi sejak tulah aku suka dengan SRD...hehe
3- Bertanggungjawab dan tahu hormat orang tua.
4- Tak panas baran, suka pada kanak-kanak dan rajin menolong di dapur.
Berikan 1 tips ringkas untuk kekalkan hubungan dengan pasangan anda:
Jujur dalam perhubungan, menghormati antara satu sama lain, berterus terang. (erkk mcm lebih dari satu je)
Pernah anda jumpa doa perdekat jodoh & putus cinta ?
Ermmm....macam tak pernah aje.
Letakkan 10 link blog pilihan anda dan beritahu bahawa mereka telah memenangi award ini:
Semua follower aku rasanya adalah best follower. Tapi nak letak semua link banyak ler pula kan. Tapi pada yang aku tak letak link pun boleh buat kalau sudi.
Ini aku pilih secara rambang saja. Semua yang singgah blog ini, walaupun bukan follower adalah pembaca blog aku yang best. Yang sentiasa menyokong aku. Tanpa kalian, blog ini mungkin sepi, hanya untuk catatan sendiri. Terima Kasih semua....
~ يوس ~
alamak atie kena tag..hehe..terima kasih yus..nnt atie wat..
ReplyDeletetq kak...terharu sgt nih....:D
ReplyDeleteinsyaallah, kalau ada masa saya buat ye kak...akak pun best jugak...
ReplyDeleteThanks k.yus..terharu nih, org first bagi award.tocei tocei:)
ReplyDeleteYus !
ReplyDeleteterima kasih sebab tak dipilih.
fuhhh..lega..
takut banyak sangat hutang..
hehehe..
yus..terima kasih..mungkin nanti akak ambik award je dulu ye..
ReplyDelete@atie
ReplyDeletehehe..cepatnya, lom sempat yus beritahu dah tahu..
ada masa buat ye, tak pakse ..:D
@Mrs.Eady
ReplyDeleteterima kasih juga sebab dengan cepatnya izwa dah ambil award ni..
@wahida
ReplyDeletetakde paksaan....kena tgk masa gak kan. Akak ni pun hampir seminggu baru buat, ke lebih..huhu
@qemaishak
ReplyDeletesama2...:)
@a.z.r.i.n.a.03.07
ReplyDeletehihi....adakalanya saya pun rasa begitu...:)
Lega tak di pilih sbb takut tak terjawab dan mengecewakan si pemberi..
apa pun tiada paksaan kan...hepi2 blogging...:)
@kak Erna
ReplyDeleteBoleh saja kak...jangan rasa satu beban pula..
Akak the best, selalu jengah blog yus ni..:)
tq kak :)
ReplyDelete