Satu ketika dulu kita di kejutkan dengan banyak kematian kanak-kanak yang di sebabkan oleh penyakit ini kan.
Penyakit kaki tangan dan mulut atau Hand Foot and Mouth Disease (HFMD) adalah penyakit yang biasa berlaku di kalangan bayi dan kanak-kanak. Biasanya terdapat lepuhan di mulut, tapak tangan, jari-jari tangan dan tapak kaki.
HFMD di sebabkan oleh virus enterovirus. Virus yang biasanya menyerang adalah coxsackievirus A16.
Tanda-tanda dan gejala penyakit:-
- Demam yang ringan
- Rasa tidak sihat (letih dan lesu)
- Sakit tekak
Kenapa aku sibuk-sibuk nak bercerita pasal penyakit ini??
Semuanya bermula bila Arif demam malam Jumaat 29 April itu. Malam itu, SRD belanja kami sekeluarga makan pizza. Biasalah tu, memang restoran kegemaran sekeluarga. Arif tidak senang duduk. Asyik meragam saja. Tak tahu kenapa.
Malam itu, kami tak tidur. Serba tak kena di buatnya. Semua yang aku beri pada Arif dia menolak. Aku BF dia tak mahu. Aku beri botol pun tak mahu, air masak pun tak mahu, tidurkan di buainya pun menangis juga. Semua dia tak mahu melainkan melalak saja. Sampai ke pukul 4 pun dia masih tak lena tidur. Badan dia tidaklah panas sangat, biasa2, tapi memang di kira demam sikit lah. Aku tak tahu nak buat apa, hanya berdoa saja supaya dia dapat lena tidur.
Sampai ke pagi pun serupa. Bila dah pagi tu aku perasan ada tanda-tanda ruam, bintik-bintik pada siku, tapak kaki, kaki, dan tapak tangannya. Di mulut aku tak perasan, tapi dia memang tidak mahu makan atau minum apa pun. Selalu kalau dapat BF seronok dia, ini itu pun dia tak nak. SRD ingat dia demam urat sebab semalamnya tu dia memang asyik jalan jatuh saja. Orang baru nak belajar jalanlah katakan.
Kami pun bawa dia berurut di rumah bidan mak long. Melalak sakan Arif di urut mak long. Mak long kata urat-urat di kepalanya berbiji-biji. Yalah, dia memang lasak sekarang ni. Mak Long suruh aku belikan air kelapa. Dia rasa, Arif nak kena campak kot. Sebab bintik-bintik merah tu semakin ketara.
Aku?? Masih keliru, betul ke Arif kena campak, atau lain. Kemudian kami bawa Arif ke Klinik Sejahtera. Telinga Arif memang berair semula seperti sebelum ni. Dah biasa dah, kalau demam atau selsema sikit, telinga dia pun berair semula. Aku tunjukkan bintik-bintik merah pada siku, tangan dan kaki Arif pada doktor. Aku tanya doktor campak ke ni?
Doktor periksa semuanya. Bila aku kata dia tak mahu makan atau minum satu apa, doktor periksa mulutnya pula. Ada bintik-bintik merah dalam mulut juga, dan doktor pun menyatakan, " Ini bukan campak. Ini penyakit kaki tangan dan mulut."
Berderau jantung aku masa itu. Tak tahu nak kata apa. Aku pernah dengar dulu penyakit ini banyak mengakibatkan kematian. Siapa tak takut kan.
[sumber image : google] Beginilah rupa bintik-bintik merah pada Arif hari tu. Tak ingat pun nak ambil gambar Arif masa tu, takut punya pasal... |
Doktor menambah lagi, kalau selepas di berikan ubat sapuan di mulut, Arif masih tak mahu minum susu dan makan apa-apa, aku perlu segera hantar dia ke hospital. Dum! Memang takut sangat masa tu. Ya Allah, kenapa dengan anakku Arif...
Aku tanya doktor bagaimana agaknya virus ni boleh menyerang? Doktor kata, mungkin di sebabkan benda-benda kotor, atau persekitaran yang kurang bersih.
Bila doktor berkata begitu, terus teringat, akhir-akhir sebelum dia demam, dia suka sangat bermain dengan bakul sampah dalam rumah ni. Pantang nampak bakul tu, habis di selongketnya. Siap lagi di tarik plastik sampah dalam bakul tu, dan ambil segala apa ada di dalamnya. Pergerakkan dia sudahlah semakin pantas. Tak sempat nak kejar, dah habis bakul tu di telangkupkannya. Mungkinkah itu menjadi punca dia terkena virus ini??
Balik dari klinik, terus beri Arif ubat sapuan di mulut dan antibiotik yang doktor beri. Dalam pada tu, tak putus-putus, aku beri dia air masak, walaupun dia menolak. Aku suakan juga ke mulutnya. Doktor dah pesan, beri dia banyak air masak kalau dia tak mahu susu.
Alhamdulillah, selepas itu, dia mula nak minum. Mungkin di mulutnya belum berapa banyak bintik-bintik merah tu, jadi cepat hilang.
Sehingga petang Sabtu itu, Arif mula tunjukkan perkembangan positif. Makanya malam itu baru kami bertolak balik ke rumah emak di Melaka. Mulanya takut nak berjalan, sebab Arif tak sihat.
Esoknya, Abid, lepas tu Alia, dan Aqil juga mula sakit di mulut. Semua mulut mereka pecah-pecah. Sudah! Penyakit ini aku tahu mudah berjangkit, tak kan semua nak kena. Risau dah! Aku nak ikut SRD ke Shah Alam. Boleh ke mereka semua sembuh.
Cuti hari buruh tu memang semua kena kuarantin. Semua aku suruh minum air dengan banyak. Mereka lupa je aku sua dengan air. Alhamdulillah, semua ceria, walaupun ada lagi pecah-pecah di mulut tu. Semua memang nak ikut abahnya, sebab nak main air di swimming pool di hotel. Itu aje sebenarnya anak-anak aku ni.
Apa pun, kalau terdapat tanda-tanda serupa, eloklah berjumpa dengan doktor segera. Takut juga kalau di biarkan akan membahayakan kan.
Boleh baca lanjut mengenai penyakit HFMD di sini.
~ يوس ~
hari tu kawan cheqna punya anak pun terkena penyakit ni
ReplyDeleteharap arif semakin sembuh a
takut gak wabak ni..
ReplyDeleteskrg ni musim demam batuk selesema..cuaca panas sgt dan hujan tetiba aje..
musti byk minum air musim ni
bahaya gak ni..anak makin melasak habis ceruk ditelajahnya, kena lbh perhatian la kan..terima kasih kasi info ni kak..
ReplyDeleteCuaca panas berangin cepat je virus membiak huhu
bahaya gak kan kak..takut aje saya baca..Alhamdulillah Arif & abg2x & kakaknye dah sembuh..;-)
ReplyDeleteadoii dikk suspen akak dgr .. alhamdulillah nasib baik x berlarutan kan .. risau jugak .. budak kecik lagi kan huhuhu
ReplyDeletelepas ini kita kena betul2 perhatikan dia sbb semakin membesar semakin lasak , nak2 anak lelaki nie :)
moga anak2 kak yus cepat sembuh..
ReplyDeletePernah dgar ttg pnykit ni tp tak tau dgn details...
ReplyDeleteSemoga anak2 akak cpat sembuh..k
mmg takut kan dgn HFMD tu.. anak2 saya tak pernah kena.. tapi anak buah pernah kena.. berjangkit dgn kawan2 kat taska..
ReplyDeleteyg penting kebersihan la rase nyer,...biase kat taska yg selalu & kerap kene sakit nie...
ReplyDeletemintak2lah anak2 kita dijauhkan dari segala penyakit ye yus~
ReplyDeletebudak2 mmg mudah kena penyakit....mudah kena mudah baik..insyaallah....
ReplyDeleteharap2 arif sihat2 selalu ye...
Nasib lepas urut tu terfikir pergi ke klinik. Ligat betul si comel Yus kan. Baru mula dapat kaki kita tak boleh leka sikit.
ReplyDeleteSesekali tunjuklah keletah dia. Kakak membayangkan dari cerita Yus je nie...
entry yg menarik la kak....harap x kene kat Mifz....
ReplyDelete@cheqna
ReplyDeleteanak kawan saya pun ada yg kena penyakit ni sampai di tahan di wad. Alhamdulillah kami sedar awal, dan Arif cepat sembuhnya...
@sarah-najwan
ReplyDeletememang musim panas sekaran ni kan kak...senang gak dpt penyakit..huhu
@qemaishak
ReplyDeleteitulah qema, anak2 makin lasak, kita pula makin slow..huhu.
kena lebih berhati2
@Umie
ReplyDeletealhamdulillah....
@ieda
ReplyDeletebetul tu ieda..
p/s: mesti lupa lagi kita ni sebaya..hehe
@Nadiah Sidek
ReplyDeletealhamdulillah dah sembuh Nadiah...
@Rin_Aff
ReplyDeletealhamdulillah mereka semua dah sembuh..thanks rin
@Hanis Azla
ReplyDeletedoc yg periksa Arif pun ada cakap, biasa kalau tinggal di taska lagi senang kena. Ni anak yus jaga sendiri pun boleh kena..huhu, Rasa macam yus tak jagai dia dengan baik....:(
@♥ Mrs.Eady ♥
ReplyDeletetulah mmg perlu pastikan rumah sentiasa bersih dan anak2 tidak main benda2 yg kotor kan
@Izan Ishak
ReplyDeletebegitulah izan...kita doa sama2 untuk anak2 kita..aminn
@~aSHa~
ReplyDeletealhamdulillah cepat baiknya dia. Budak2 ni memang lasak kan asha, kalau tak gitu bukan budak2 namanya kan...:)
@Kakzakie
ReplyDeleteInsyaAllah nanti akan cuba upload video dia jalan jatuh ni. Memang ligat dia sekarang kak...:)
@Papa Mifz
ReplyDeletemana yg baik kita kongsikan bersama....
Cian Arif. Arif dah sihat ke kak Yus? Abid, Alia dan Aqil dah ok? Bahaya bila anak kecil dah start meng-explore rumah ni ya. Dulu time anak Yati fasa tu, habis semua tempat dipagar, supaya tak leh masuk oleh baby kecik yang nak jalan tu. Pagar dengan kusyen sofa, dengan kerusi meja makan yang diterbalikkan, macam-macam lagi la, hehhee....
ReplyDeletedhia dah 2 kali kene sakit kuku tangan dan mulut ni..dhia duk taska, mmg senang kene jangkitan gitu..
ReplyDeletemandikan dengan air rebusan daun semambu dan tak lupe buh ubat yg klinik bg..
@Yati
ReplyDeletealhamdulillah Yati. Mereka semua dah sembuh.
Tulah, Arif mmg dah mula explore sekarang, tp nak buat mcm Yati tu tak boleh rasanya. Dia kuat jerit, huhu bingit dengar dia jerit tau, bila apa yg dia nak tak dapat..huhu
@.:Mama Dhia:.
ReplyDeletedaun semambu tu macam mana ya? Akak ni tak kenal lah..huhu
Tapi alhamdulillah dah sembuh Arif...
kak..arif kene sakit ni ke?dah sihat dia?daun bambu tu elok..kalau x tau,akak tnye jiran2 india..dorang kenal daun ni..
ReplyDeletetq share info tu..
@Cma Shiema
ReplyDeleteiya arif kena. Alhamdulillah dah sihat dia. Takde jiran india yang berdekatan lah...huhu.