Tuesday, May 24, 2011

Home » , » Mungkinkah ini salah satu sebabnya??

Mungkinkah ini salah satu sebabnya??

Agak lama aku tak update mengenai kondisi mata aku. 

Sebenarnya 18 Mei yang lalu, aku ke klinik pakar 3 lagi di hospital BP untuk pemeriksaan susulan mengenai mata aku. Tapi malas betul aku nak cerita di sini.

Satunya, ada insiden kurang sedap lagi mengenai servis di sana. 

Keduanya, selepas berjumpa dengan pakar optometrist, keputusan yang aku terima, power semakin meningkat tetapi mata masih kabur. Aku sedikit kecewa sebenarnya dengan keputusan itu.Tambah kecewa bila dia kata, masih belum boleh buat spec baru..:(

Kemudian semalam ada pertanyaan dari follower baru blog aku ini. Hasil dari carian google aku kira mengenai retinal detachement telah membawa dia ke catatan aku mengenai perkara ini.

Dua pertanyaan beliau ialah:-

Pertanyaan1 dari entri ini


Pertanyaan 2 dari entri ini
Apa yang boleh aku kata??

Ya dik. Penglihatan akak untuk mata kiri masih kabur. Sedih kan! Apa pun ada sedikit baik dari sebelumnya. Namun begitu kalau mata kanan di tutup, memang tak boleh membaca, tapi masih boleh mengenal apa yang di lihat di depan mata. Objek-objek besar tu, nampaklah...huhu.

Komen dari doc?

Doktor di JB pun ada menjelaskan dulu, semua pun bergantung kepada individu. Tidak semua pembedahan akan membawa kejayaan seratus peratus. Jadi aku sepatutnya memang dah bersedia dengan segala kemungkinan itu.

Komen dari doktor di BP pula selepas pemeriksaan kali terakhir 18 Mei lalu, kemungkinan saraf mata aku ada yang terganggu. Tambahan pula kawasan retina yang koyak dulu sudah hampir ke kawasan sensitif. Rasanya doktor pernah sebut dulu, bendalir yang masuk ke dalam mata akibat retina koyak itulah yang mengakibatkan penglihatan aku gelap separuh. Kini kawasan gelap itu sudah tiada, tetapi penglihatan masih kabur. Semuanya mungkin di sebabkan ada saraf dalam mata yang rosak. 

Aku sedikit kecewa dengan jawapan itu, dan ini juga merupakan salah satu sebab mood berblog aku menurun. Hmmm....

Apa pun semua itu ketentuan dariNya. Aku pasrah dan redha. Teringat pula sewaktu aku menunggu giliran berjumpa doktor hari itu, aku sempat berbual dengan seorang makcik ni. Penglihatan dia juga tidak terang untuk kedua-dua mata akibat saraf mata yang rosak. Sudah hampir 14 kali dia membuat rawatan laser untuk kedua-dua matanya, namun begitu masalah tetap sama. Susah sikit nak pulih mungkin di sebabkan dia ada kencing manis. Tapi penyakit kencing manisnya bukanlah di tahap yang tinggi baru 5 je kata dia, tapi itu juga merupakan punca matanya susah nak sembuh.

Kalau dulu aku selalu terbaca, rawatan laser mata boleh membuatkan penglihatan terus terang, rabun mata hilang. Kini aku tak percaya semua tu! Semua pun bergantung kepada individu dan qada dan qadar dariNya. 

Pesanan dari doktor untuk aku hari itu, jaga mata kanan baik-baik. Kemungkinan untuk mata kanan pun mendapat retina koyak sangat tinggi kerana mata kiri pernah kena. Sentiasa berjaga-jaga kalau ada terperasan seperti nyamuk terbang pada penglihatan. Kalau ada nampak seperti itu, cepat-cepat datang berjumpa doktor.

Harapan aku semoga mata kanan sentiasa sihat. Rabun biasa tu normal lah sebab dari dulu dah rabun. Jangan terkena retinal detachment juga sudah. Setakat ini setiap kali berjumpa dengan doktor, memang kedua-dua mata di periksa. Alhamdulillah mata kanan tiada tanda-tanda retina koyak. Apa pun sentiasa perlu menjaga kesihatan mata.

p/s: Terima kasih kepada semua yang tak jemu-jemu singgah sini dan meninggalkan komen. Aku baca semua komen itu, terima kasih.
~ يوس ~

44 comments:

  1. emm cuba akak makin herba-herba pulak..pemakanan tk dapat membantu ke kak? yana ni bukan doktor tk dapat nk membantu cuma doakan agar akak sentiasa sihat selalu...

    ReplyDelete
  2. harap mata kiri tu akan pulih dan mata kanan akan terus terhindar dari keadaan yg sama.. Sabar yer yus..

    ReplyDelete
  3. moga akak tabah ye...harap2 mata akak makin pulih

    ReplyDelete
  4. kak, harap mata akak cepat pulih..
    akak ada makan apa2 supplement tambahan tak? maksud qema vitamin untuk mata , minta pendapat doktor sebab sekarang ni banyak supplement tuk mata dijual tapi kena yang betul2 ok la.

    ReplyDelete
  5. moga yus sihat2 selalu ye...
    bila dgr pasal mata ni..kdg2 terus rasa risau...

    ReplyDelete
  6. la... ye ke kak? akak tak try cara tradisional ker? cuba ke homeopathy ke...

    ReplyDelete
  7. @Maya Mayana
    Entahlah Yana. Tak tahu akak herba apa nak makan.

    Ada tanya doc, akak kena pantang makan ke? Dia kata tidak...semua boleh makan kata dia..huhu

    ReplyDelete
  8. @Hanis Azla
    Tidak lagi menaruh harapan tinggi Hanis. Cuma sentiasa berdoa mata kanan tidak mengalami masalah serupa

    ReplyDelete
  9. @cik Jue Aka Ibu Farisyah
    Kalau di izinkan Allah, InsyaAllah kan...aminn.

    ReplyDelete
  10. @qemaishak
    takde. Dulu ada lah minum brand innershine tu. Tapi entahlah, takde apa2 pun..huhu

    ReplyDelete
  11. Entah mengapa kakak sedih pulak bila baca N3 ini. Anak-anak masih perlu bimbingan, ibunya pula perlu rawatan susulan sentiasa....

    Kakak doakan mata Yus yg kiri bertambah baik. Kurangkanlah guna mata tertumpu pada skin tv & computer buat sementara. Tak apelah blog tak perlu aktif sangat. Yg penting jaga mata Yus itu.

    Doa kakak moga bertambah baik...

    ReplyDelete
  12. @LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™
    mata memang pancaindera yang sangat penting kepada kita kan.

    ReplyDelete
  13. @NM02
    Tak terfikir ke arah itu lagi...

    Ada ke?

    Mungkin boleh di usul cadangan ni nanti pada suami.

    ReplyDelete
  14. semoga yus cepat pulih ye...
    rase sayu jer bile baca n3 ni...
    walaupun tak mengalaminye mcm tu...tetapi dpt rase ape yg yus rase...sabar ye..yus...byk2 berehat..

    ReplyDelete
  15. haranya mata akak akan pulih kembali.. munna doakan...InsyaALLAH...

    ReplyDelete
  16. pakngah suka dengan pendirian yus bahawa itu semua ketentuan ilahi. kita hanya boleh merancang, dan percangan Dialah yang terbaik.

    pakngah juga suka tengok slideshow dalam entri sebelum ini. nak belajar buat pulak lepas ni. ingat nak buat gambar progres rumah yang diduduki sekarang dari mula buat sampai siap.

    ReplyDelete
  17. alahai yus..akak harap yus terus tabah...yus tggu dan lihat dahulu..dan ikut spt doc ckp..

    akak doakan agar mata kiri yus bertambh baik...

    ReplyDelete
  18. kuatkan semangat ye kak...semoga sumenya baik2 ajer:-)

    ReplyDelete
  19. wani doakan semoga akak cepat pulih :)

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum Yus...

    terkejut juga dengar citer ni.rasa sedih pun ada.Yus,tabah ye.semoga penglihatan Yus akan kembali normal.Banyakkan berdoa ye.take care

    ReplyDelete
  21. Ya Allah kak, saya hanya mampu ckp, akak sabar la ye..jgn frust sgt...ada hikmah tu kak, percayalah...

    ReplyDelete
  22. kak yus, doakan akak terus sabar & mata akak boleh sembuh dgn ketentuan dari Nya~

    ReplyDelete
  23. sedih pulak dee baca kisah yus ni..dee ada cataract..dah operate 2 kali..dah laser sekali..dee faham perasaan yus..dulu sebelum operate..mata kiri dee pun kabur..x nampak apa..tu pun rasa dah gelap dunia..harap yus tabahlah ye..dee sgt2 simpati..dee doa agar mata kanan yus terus dapat berjasa utk yus..jaga diri ye..

    ReplyDelete
  24. kesian akak, koyakkan retina akak hampir sampai ke mucular (tempat sensitif)...sy punye koyakkan dua2 belah mata,tp berlaku bahagian tepi..doktor pun ckp kire awk ni nasib baek belum sampai ke mucular..klau lambat dtg cek, koyakkan tu mungkin akan merebak ke center mucular...Alhamdulillah...tp skang (sebulan lps operation) sy mengalami masalah mcm dulu blk, sy rasa retina sy masuk bendalir lg la kak...tp sy dah buat temujanji dgn Dr. Siow..esok petang sy akan jumpe die...harap sgt xperlu operate lg...>___<"
    p/s : tp sy pernah terbaca testimoni pesakit retinal detachment pernah operate beberapa kali..Ya Allah, besar sungguh dugaanMu pada hambaMu...

    ReplyDelete
  25. assalam yus..semoga mata kanan yus akan kekal sihat..tidak terjadi seperti mata kiri.

    ReplyDelete
  26. kalau dah begitu memanglah mood nak blog menurun. akak doakan miracle mata yus elok semula & sebelah lagi sentiasa ok. berat mata memandang,... moga yus tabah. ramai yg sayang.

    ReplyDelete
  27. ya tuhannn... susahnya bila melibatkan mata nie yus .. ieda pun rabun .. sebol2hnya ieda jaga .. entahlah .. susah kalau kita yg rabun nie ad prob mata kan ..

    hope yus kembali ok dan keep on check up ..

    ReplyDelete
  28. Kita pernah bacakan, mata adalah anggota badan paling bernilai. tentulah tanpa mata, hidup kita berubah sama sekali.

    Saya pun sudah bertahun tahun rabun. Bimbang juga jika terkena retina terkoyak begitu.

    Semoga segera pulih.

    ReplyDelete
  29. @Kakzakie
    dan entah mengapa air mata yus boleh mengalir baca komen akak ni....huhu

    apapun thanks kakzakie.

    ReplyDelete
  30. @al-lavendari
    hehe...slide show tu senang je buatnya pakngah. Yang penting pakngah ada picasa albumlah. Tapi boleh juga guna slide.com

    ReplyDelete
  31. @deeja,
    @wahida dan
    @Izan Ishak
    terima kasih atas doa semua....terharu ni

    ReplyDelete
  32. @Dee
    oo Dee pun pernah operate mata ya...

    Sedih kan bila dah operate mata masih kabur..huhu.

    Moga yus juga sekuat Dee...thanks ya.

    ReplyDelete
  33. @Laila
    tulah Laila. Kawasan koyak akak ada 3 tempat tau. Tepi, sedikit tengah dah satu lagi memang dah dekat sangat dengan kawasan mucular tu.

    Kalau ikutkan dari check-up, dah tiada koyak lagi. Semua dah kelihatan rata, tapi tulah, masih kabur.

    Akak pun pernah baca macam tu, tak mahu kena operate lagi juga..huhu

    ReplyDelete
  34. @Liza @ Adzriel AB
    tw kak Liza. Pertama kali akak singgah sini kan....

    Terharu dengan doa dari semua sebenarnya..:)

    ReplyDelete
  35. @ieda
    benda ni tak tahu apa puncanya sebenarnya ieda.

    Doc kata biasa yang rabun boleh mendapat retina koyak. Satu lagi yang suka pakai lens, tapi yus tak pernah pakai lens. Entahlah..dah nak terjadi kan.

    Apa pun terima kasih..memang kena ikuti check-up seperti yang di suruh sentiasa..

    ReplyDelete
  36. @azieazah
    betul tu kak...

    mata memang pancaindera yang paling berharga. Tidak ternilai, kalau ianya tiada gelaplah dunia...

    tq.

    ReplyDelete
  37. semoga cepat pulih kpd sedia kala

    bab2 kesihatan tubuh badan ni
    mmg sangat penting bagi wanita
    seperti kita ni..lagi2 hse wife kan yus

    ReplyDelete
  38. kak yus...
    sedih cma baca..
    semoga mata kak yus cepat sembuh ye..

    ReplyDelete
  39. insyA yus.. kami doa moga cepat sembuh seperti sebelumnya...

    ReplyDelete
  40. harap mata akak cepat sembuh seperti sedia kala yer...amin....

    ReplyDelete
  41. @~ yus ~
    Salam kak...lama sy xmelawat page akak ^^...klau nak diciterkn mmg pjg kat sini...Alhamdulillah sy selamat buat surgery kali kedua 27 May aritu...perit sungguh bile jumpe Dr. Siow aritu, lepas diteropong2 :

    Dr. Siow : "Arifah, retina awak koyak balik la...*mengeluh*...mcm mana boleh koyak blk aa..hmm...*geleng kepala"...

    Saya : "Koyak balik ke doktor? pastu kene operate lg ke?"

    Dr. Siow : "..*fikir pjg*...mata awak mmg kene operate blk la arifah...tp mata kanan awk pun terbukak koyak tu tp agak kecil la.."

    Saya : "Kene operate dua2 ke doktor?? sy dah xleh tangguh final exam sy ni..."

    Dr Siow : "Mcm ni lah, kita operate mata kiri awk tu dulu...yg mata kanan tu nanti dulu.."

    Saya : "Xpe ke doktor operate byk kali ni? dah la bru je sebulan sy operate aritu dah kene operate blk..."

    Dr Siow : "..*fikir pjg lg* ..agak sukar jgk la... sbb mata awak dah berparut..tp mmg kite terpaksa buat jgk la..lps seminggu dr tarikh operation, mata kanan awk tu kene laser sket la..."

    Saya : "Laser?? ...erk! sakit x doktor?"

    Dr Siow : "xsakit la...cuma a little bit uncomfortable sbb kene letak kanta pada bola mata awak..."

    Dipendekkan cite...Alhamdulillah sy selamat menjalani pembedahan mata kiri saya sekali lg 27 may, dan laser pd 1 jun...>____<"...dan skrg sy berada di utm sementara menunggu mata sy sembuh..dan bersedia utk peperiksaan akhir sy yang tertangguh aritu...Alhamdulillah jgk setakat ni, mata sy beransur pulih...tp mata yg penah masuk air tu mmg akan kabur la kak, sy ade tya doktor nape jadi mcm tu...die senyum geleng2 je...die kata power dah terlalu tinggi bhgn tu...dah xboleh nak buat ape2...T___T...

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...