Wednesday, May 11, 2011

Home » , » Proxy Server Refused Connection

Proxy Server Refused Connection

Salam bloggers.....

Aku masih tension, tetapi semakin baik. Sejak dari pagi aku tak boleh nak buka internet ni. Bila tengok modem, semua lampu menyala. Elok je. Lihat pada network connection pun cantik. Memang internet dah bersambung dengan pc aku ni. Tapi bila buka browser dia tak dapat masuk!!!

Geram weii!! Dua-dua browser dalam pc aku ni aku buka dapat message yang sama. Mozilla dan IE. Dua-dua keluar message serupa seperti ini.

Ini bila buka mozilla, bila buka IE lain sikit, tapi maksudnya sama lah.
Balik-balik dia kata proxy server refused connection. Apa menatang proxy server ni pun aku tak faham!!!Seingat aku memang aku tiada usik apa-apa pun yang ada perkataaan proxy sebelum tu. Aku telefon 100. Adalah sessi tunjuk ajar sekejap dari pihak TMNet sana. Semua yang dia suruh aku buat, aku buat, tapi tetap dapat message yang sama. Geram dah ni..!!

Oleh kerana semuanya tak jalan, dia kata nanti akan ada yang buat susulan untuk betulkan apa sebenarnya masalah yang aku hadapi. Seorang blogger bila tak dapat buka internet atas sebab yang dia tak tahu, memang sakit hati tau!...X-(.

Ok, aku biarkan saja. Dalam pukul 3 pihak TMNet telefon lagi. Kali ini mungkin technician dia kot. Orang yang lebih arif pasal benda ni. Dia kata tiada kaitan dengan internet connection, tapi mungkin masalah windows atau browser saja.

Dia suruh aku baca apa message yang keluar. Dan aku pun ikut saja arahan yang di berikan. Dengan beberapa klik saja, masalah selesai.

Walaaa!! Suka aku. Terima kasih untuk orang itu. Siapa nama dia aku tak tanya pun, lelaki tapi suara dia lembut-lembut, ala-ala Usop Wilcha pulak......:)).

Apa pun kalau korang ada masalah sama, tadi selepas internet berfungsi dengan baik aku google dan jumpa laman sesawang ini. 

Mamat dalam telefon tu pun ajar cara yang sama. Terima kasih TMNet. Harap-harap lepas ni tiada lagi masalah serupa. Sakit hati di buatnya. 

Hmm..barulah boleh nak balas komen atau BW. Lambat mula aku hari ini jadi nampaknya, tak dapat jalan jauhlah. BW pun boleh jauh dekat ya?? :D

~ يوس ~

24 comments:

  1. ooooo...ada masalah rupa2nya..biasa la kan...blogger2 tegar ni mcm ni la...

    ReplyDelete
  2. apa ke hae nya connection lately.. memang sini pon sama ada kala tersenggok2..

    ReplyDelete
  3. I'm the gilz next door ..hehe.kdg2 ramai pengguna kat sesuatu kawasan...

    ReplyDelete
  4. patutlah senyap...

    ingat gi cuti apa time sekolah ni :)

    ReplyDelete
  5. Patut la tak nampak kalibat akak pagi ni (kalibat ye, cam jiran lak) hehe..
    kadangkala tenet(streamyx) kat opis ni pun jadi camtu kak, saya cabut semua wayar on balik okey juga, kalau xokey gak urusan org lain dah tu hehe

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah dah setel problem yus tu.. bila internet buat hal.. mmg ta tentu arah jg kita dibuatnya kan..

    ReplyDelete
  7. ketegaran punya pasal..hehee

    xle internet mcm xsenang mau duduk..

    seb baik da bole jalan2 eh..
    meh rumah akak deh..akak guna BB je..BB ni prob jika line 3G kantoi je..itu pun hakak mmg xshenang duduk..huhu

    ReplyDelete
  8. @LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™
    hihi, tulah kak, kalau dah blogger tak jumpa internet tanpa kerelaan hati sendiri, geram jadinya..:)

    ReplyDelete
  9. @MULAN
    itulah, ada masa mmg lembab sangat kan...tp bila tak boleh connect langsung lagi geram

    ReplyDelete
  10. @Maya Mayana
    oo Yana ke yang jawab panggilan akak tadi? Yang panggil akak cik cik tu Yana ke? Biar betul? Yana.....answer please

    ReplyDelete
  11. @Ati Masrif
    hehe..mana boleh cuti2 lagi kak. Bebudak tengah periksa tu..huhu

    ReplyDelete
  12. @qemaishak
    sebelum akak call tm tu, mmg dah on of cabut wayar pasang balik semua, serupa gak...huhu

    Hehe, selalu nampak kelibat akak ya....:)

    ReplyDelete
  13. @Hanis Azla
    Itulah Hanis, macam satu masalah besar je..hihi

    ReplyDelete
  14. @sarah-najwan
    wah akak. Saya takde BB lah..huhu

    Dah sampai rumah akak tadi...:)

    ReplyDelete
  15. syukurla dah ok dah, kembali berblogging...

    ReplyDelete
  16. alaaa sorry sgt2 lah yusss , ieda nie sokmo tak perasan .. lupe pun ye jugak .. tu yg sokmo merasakan diri nie dah tue ...

    sorry sgt2 harap yus x berasa hati .. dlm blogging nie ieda x jumpe ramai yg lebih tua dan seusia ieda .. semua nyee mude2 tu yg kebanyakannya ieda bahasa kakak ..

    bila yus cakap mcm nie baru ieda ingat yg yus pernah mention huhuhu .. nak buat mcm mana dah tueee :)

    ReplyDelete
  17. oh ya yus .. mcm mana yus buat yg jwap comment2 tuuu mcm @ blog tuan yg bertanya tuu terus leh link . ermm yus paham tak apa yg ieda tanye nie ?? ..

    ermm ieda dah lama cari mcm mana nak buat .. leh tunjuk ajarkan .. nanti balas kat comment box ieda ya ..
    terima kasih :)

    ReplyDelete
  18. ape mende proxy2 tu??
    hehe..x paham den..
    cma ade tag kak yus..snang join ye..

    http://cmashiema.blogspot.com/2011/05/mummy-shafie-give-away.html

    ReplyDelete
  19. saya pun lately tenet buat hal. dh lwat mlm baru nk BW kihkihhh

    ReplyDelete
  20. @cma shiema
    akak pun tak faham Cma, tapi bila dah berlaku tu, kena cuba faham kan juga kan, kalau tak tak online akak..hehe

    ReplyDelete
  21. @ieda
    hehe..yus tak terasa hati pun, cuma terperasan diri muda lak..hahaha

    soalan ieda tu dah jawab di kotak komen blog ieda kan..:)

    ReplyDelete
  22. @So Shy Lady
    malam2 pun sampai juga kemari...tq

    ReplyDelete
  23. Betul, betul. Memang hangin time nak online, tak boleh pula. Lagi-lagi, kalau nak cepat, nak balas email orang, tapi tiba-tiba disconnected pula. :)
    Thanks for sharing, kak Yus. Mana tau, kot-kot terjadi kat kita pula.

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...