Wednesday, January 12, 2011

Home » » Bila lampu DSL tidak menyala

Bila lampu DSL tidak menyala

Anda tahu tak apa itu lampu DSL? Ala..lampu pada kotak modem kita tu. Ni bagi pengguna streamyx macam aku lah ye.

Lampu DSL dan lampu data pada modem aku yang tidak menyala
Bermula pukul 11 pagi tadi kedua-dua lampu ni tak menyala. Bila tak menyala, mesti semua tahu apa yang terjadi kan. Internet tidak berfungsi dan makanya aku tak boleh nak ber'blogwalking' awal seperti selalunya. Nasib baik juga sempat update blog pagi tadi....huhu.

Dari pukul 11 tu aku tunggu, kot2 lah dia akan menyala semula beberapa minit kemudian tetapi hampa. Bila dah pukul 2 petang pun masih tak menyala, makanya aku pun memulakan operasi men'dail' talian 100 untuk buat report. 

Biasalah bila dah buat report tu, macam2 dia tanya dan suruh buat. Antara yang aku ingat, akhir sekali tu buka command prompt pada start menu tu, dan taip ipconfig, tetapi masih tidak berjaya. 

Setelah itu, pegawai khidmat pelanggan yang manis budi bahasanya itu suruh aku tunggu, nanti dia akan buat laporan pada tecnician untuk semak apa yang silap.

Aku pun buat kerja-kerja lain dalam rumah ni. Dalam pukul 3.35 aku perasan lampu DSL telah menyala semula. Tapi aku perlu ambil anak-anak balik dari sekolah agama. Jadi aku tak sempat tengok sama ada internet sudah berfungsi atau belum.

Dalam perjalanan pulang dapat call dari TMnet bertanyakan samada internet aku sudah berfungsi atau belum. Oleh kerana aku tiada di rumah, aku suruh dia telefon semula dalam masa 5 minit. 

Dan selang 5 minit, dengan pantasnya, pihak tmnet telefon semula untuk pastikan sama ada internet aku sudah berfungsi semula atau tidak. Yea!!! Memang sudah berkeadaan normal semula. Baru aku puashati. Dapatlah BW lepas ni...hehe

Baru kali ini aku rasa khidmat talian 100 yang aku guna berjalan dengan cepat dan efisien.Sebelum-sebelum ni, selalu saja lambat. 

Terima kasih TMnet atas perkhidmatan yang cekap dan memuaskan :thumbsup:. Sila jangan buat masalah lagi ye. Kalau tidak pasti aku susah hati tak dapat masuk blog ni....:D.

~ يوس ~

6 comments:

  1. oo.patutla yus senyap je dr pagi..

    ReplyDelete
  2. @atie
    Tulah atie. Biasa dah banyak blog yus terjah..ni dah petang mood dah kurang sikit..huhu

    ReplyDelete
  3. patutlah tak nampak dimana2 ye

    kita pernah terkena sekali..
    tension je ..mlm baru lampu2
    tu tukar hijau...

    ReplyDelete
  4. Tension kan..sebab tak boleh nak bertenet..huhu

    ReplyDelete
  5. untung ler korang sekurg2 nyer dpt gak cpt 1 ari pun tk smpi..
    aku dah mkn masa seminggu dah ni tp tk der apa pun.. TM tpon setakat tanyer kbr jer..huhu...masalah aku sama gak lampu DSL tak menyala..apa ler lembab sgt TM ni..

    ReplyDelete
  6. tension gila..rumah sha dsl pun still xon dah 2hari..

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...