Sunday, January 30, 2011

Home » » Amaran Hujan peringkat merah di Johor hingga esok dan Heartbeat banner

Amaran Hujan peringkat merah di Johor hingga esok dan Heartbeat banner

Baru saja terbaca mengenai amaran hujan peringkat merah di Johor di sini dan di sini. Seram pulak rasanya. Dari semalam hujan memang tak berhenti. Turun renyai-renyai, lepas tu macam berhenti sekejap, tapi kemudian bersambung balik.

Tadi masa pergi kenduri kahwin pun, hujan masih renyai. Hujan yang macam ni selalunya boleh mengakibatkan banjir. Tengok sungai Senggarang pun macam dah nak penuh...huhu. Apa pun masa banjir berlaku di Parit Raja dan Parit Karjo tahun 2006 dulu, kami tiada di sini. Aku harap kejadian serupa tidak akan berulang lagi.

Nampak gaya, sekarang ni hujan dah mula berhenti. Moga tidak bersambung lagi esok. Kalau terus hujan, amaran tu mungkin betul lah kan.

**************************************************************
Ini pula pasal akaun HeartBeat. Rasanya dah ramai juga blogger yang join HB kan. Aku salah seorang darinya. Baru sebentar tadi, masa buka blog terbaca di blog MZ dan Ustaz love mengenai isu panas HB ni.

Aku sendiri pun tak pernah perasan. Tapi bila dah tahu ni, haruslah aku buang banner HB buat sementara dari blog ini. Pendapatan dari HB pun baru dapat 48 sen saja. Tak banyak pun. 

Kalau ikut logik akulah kan, tak mungkin pihak HB nak tukar banner iklan dan promo mereka semata-mata kerana ini. Entahlah. Mestilah mereka nak untung kan. Apa pun aku ambil jalan selamat buang sementara banner HB ni sehingga sambutan ini berakhir. Mungkin juga tak letak kembali banner tu. Tak tahulah...

Kalau ada sesiapa yang masih kurang faham apa yang aku maksudkan silalah ke blog MZ atau Ustaz love ye.

~ يوس ~

12 comments:

  1. sekarang ni musim tak menentukan yus..kalau biasanya bulan satu ni dah takde banjir2 ni,,dunia dah semakin tuakan

    ReplyDelete
  2. kat kawasan maksu ujan dri subuh td sampai skrg lum berenti.

    HB tu apa? mcm nuffnang ker?

    ReplyDelete
  3. harap2 tak dilanda banjir lg... teringat sebelum dtg sini, mengharungi banjir (2006) kat kampung sampai paras pinggang. kesian kat family...

    ReplyDelete
  4. @suri solehah
    betul tu suri. Musim tak menentu. Risau juga bila hujan turun tidak berhenti ni, paling tak best, kain di basuh semua tak kering..huhu

    ReplyDelete
  5. @My Special Mall
    HB tu tak sama mcm nuffnang, tapi dia cuma iklankan benda yg dia jual saja. HB banyak jual barang souveniers, mmg menarik dan kalau kita jadi affiliate dia boleh dpt percent. Cuma sekarang HB tgh sibuk promosi untuk valentine day. Jadi jadi isu kita sebagai muslim tolong promosi untuk valentine day ni tak bolehlah kan. Itulah puncanya maksu...

    ReplyDelete
  6. @~Yus~
    yus orang Parit Raja ye? Akak dulu duduk snaa, skrg duduk area Senggarang. Masa banjir 2006 tu kami di UK, skrg terbalik pula ye...hehe.

    Harap2 kejadian serupa tidak berulang..

    ReplyDelete
  7. samelah kita kak..ujan kat wilayah n selangor..

    HB?tq for d info kak...cma pun pasan gak depa dok letak valentine banner..

    so..kene remove dulu la temporaly..

    ReplyDelete
  8. emm tulah segamat n k.tinggi dh bnjir ni,camane yana nk blik dr bkt gmbir nk ke tengggaroh mersing ni? yana pkai adverlets je...ala saje letak,semua letak nuffnang,nk lain...dr blogg arif pn dia dh confirmkan adverlets bukan scam

    ReplyDelete
  9. kat bangi ni pun semalam sepanjang hari hujan sampailah pagi ni.. baru kejap2 ni hujan reda sikit.. harap2 terus redalah.. walaupun bukan kaw. banjir tp takut juga klu hujan terus turun tak berhenti.

    Ada juga dgr psl HB tu.. tp tak tahu pula kesahihannya..

    ReplyDelete
  10. @Cma Shiema
    Nampaknya semua tempat pun hujan ye Cma.

    akak pun remove untuk sementara...

    ReplyDelete
  11. @ermayana a.k.a mrs mahzan
    Yana org Mersing ye? Tulah kan, hujan2 ni nak bergerak kemana2 pun risau aje...

    Akak nampak ramai juga pakai adverlets tu ye...

    ReplyDelete
  12. @Hanis Azla
    tulah kak, walaupun bukan kwsn banjir, takut juga kan. Kena sentiasa berjaga2 juga...

    Saya remove saja sementara sehingga selepas valentine day kot

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...