Baru saja terima call dari mamat mana ntah. Dia perkenalkan dirinya sebagai Shafie. Jelas beliau nama aku terpilih dari 3000 pemegang debit kad visa maybank untuk menerima diskaun kad dari syarikat dia. tak ingat syarikat apa dia sebut.
Aku ni mula-mula blurr juga. Dia tahu nama penuh aku. Dia tahu aku adalah pelanggan maybank yang tiada sebarang masalah katanya. Maka nama aku terpilih secara rawak.
Macam-macam dia sebut tentang kelebihan kad diskaun tu. Antaranya, aku boleh dapat diskaun untuk penginapan di mana-mana hotel dalam negara. Hari pertama penginapan percuma, kedua dan seterusnya saja berbayar. Lagi, untuk membeli-belah di pasaraya terpilih pun aku boleh dapat diskaun sehingga 25%. Bukan aku saja, semua ahli keluarga dengan syarat akulah yang bayar guna kad diskaun tu. Huh! Itu tentu akulah yang kena beli, bukan keluarga aku namanya..CEH!!
Apa lagi tadi ya? Ha! Nak hidupkan insurans kereta pun boleh dapat diskaun 5%. Dan banyak lagi katanya yang aku boleh baca sendiri bila dia hantar kad dan segala maklumatnya nanti.
Tiada yuran tahunan sepanjang hayat, tiada expired date, boleh guna bila-bila masa. Bila dia minta alamat saja untuk penghantaran, aku masih tak puashati. Aku tanya, betul ke takde bayar apa-apa?
Masa tu barulah nak cakap, bohonglah kalau takde bayar apa-apa kata dia. Kemudian kata dia, ada bayaran untuk keluarkan kad dan bayaran itu hanya sekali saja seumur hidup yang akan di tolak dari maybank akaun aku. Bila aku tanya berapa bayaran, macam tak jelas je dia menyebut. Aku tanya sekali lagi, baru jelas. Tahu berapa kena bayar??
RM499!!!!. Mak datuk! Terus aku kata, aku tak nak! Nasib tak beri alamat lagi. Dia tanya kenapa tak nak kak! Sebab kena bayar sekali ni je ke?
Aku jawab, RM499 tu, kalau RM40 pun aku tak nak. Lagipun aku nak buat apa? Surirumah je pun. Baiklah tawarkan kat mereka-mereka yang banyak berjalan ke sana-sini tu.
Macam-macam cara orang nak kaut duit sekarang kan. Nombor dah lah dari no henpon. Kenapa bukan no landline kalau dari syarikat kan. Huh!
Korang pernah kena macam ni tak?
~ يوس ~
Haa Yus pun ada kena macamni....Nurul pun baru minggu lps ada terima tp dia offer utk kad kredit bank rakyat....kad tu blh pki utk seumur hidup dan semua family pun blh pki....byklah blh diskaun.....tp nak kena byr RM499 tu dia ptg dr kad kredit.....Nurul masa 2 ckp fikir dulu nanti call blk,x cal lg sampai skrg.....
ReplyDeleteCE pon ada dapat call cam nih..tapi malang nya CE terjebak...haih.. tak pasal2 kena 449.. memang banyak voucher dia bagi tapi mostly expired ujung taun nih...aiseh..mana sempat nak guna semua... tapi CE berazam nak guna at least bleh cover balik rm449 yang CE bayar tuh...especially untuk hotel & spa....kena ajak hubby pergi bercuti nih...
ReplyDeletesekarang nih CE dah tak nak angkat call dari no yang tak di ketahui... malas nak layan dah...
baru semalam dapat panggilan cam ni.awalnya dia kata nak buat pengesahan kad..pastu potpet2 mcm saya just buat tak minat nk dengar last dia cakap terima kasih n terus letak
ReplyDeleteAkak, Ana pun pernah kena tapi Ana ni buduh byk jugaklah. Kire Ana ni dh proceed smpi dia minta no credit card, Ana siap bagi lagi. Masa tu yang tak tahu pun yang no credit card tu shud be secret.
ReplyDeleteLps tu dia pass kt boss dia untuk approval. Masa tu baru Ana cam terasa pelik kena dia kne pass call tu pada 'boss' dia. Bila dia minta pengesahan, Ana buat-buat sibuk dan end call.
Lps tu tak puas hati, call Maybank Customer Service. Bgtau pasal kad diskaun yg diaorg offer. Maybank kata dia takde offer mcm tu. Dia tanya ada bg apa-apa info tak pasal credit card, Ana cakap ada. Then dia suruh cancelkan credit card dan apply baru.
Esoknya org discount card tu call lagi. Ana cakap Ana dah call Maybank dan semua tu scam. Cepat2 dia minta excuse dan end call.
Pengalaman btul..
akak ada gak dpt..tapi akak mmg xlayan langsung
ReplyDeleteni seme da h tau dah..tipu belako..
kalau betul dorang nk offer..xde camtu pesen..
jgn percaya kita antara yg terpilih...
izan tak pernah kena kak...tp hubby izan pernah, dia bagi je mamat tu cakap berjela2 panjangnya. last dia cakap taknak...terus org tu letak fon...better hati2 sbb ramai yg dah terkena kan.
ReplyDeletepemegang debit kad visa?
ReplyDeletenasib baik tanya itu ini dulu..
klu dah setuju..susah juga..
takut tertipu dan menyesal yee .
biasanya benda2 camni tentu dia nak untung juga..xkan nak rugi..
nasib baik yus tak ambik ..
pernah kak, siap gaduh-gaduh lagi sebab saya letak telefon lepas cakap banyak kali tanakkan, pastu dia sms cakap saya macam-macam. cakap saya tolak rezeki, bodoh sebab tanak denagar penerangan sampai habis..... memang bergaduh saya dengan dia.... silapnya saya pun tak ingat nama company yang dia sebut, kalau tak memang saya jaja nama buruk company ni...
ReplyDeleteMy BOS pernah kena oleh sindiket yang gunakan nama Bank Negara dan AEON Card. Siap guna RM9,000 dah. Pastu tepon minta My Bos bayar. Guna di Kelantan, Bos dok KL. Gila ler apa.
ReplyDeleteMujur Bank Negara kata itu sindiket terus buat laporan polis.
Macam2 cara orang nak cari duit mudah. Hati-hati.
Mereka yang Kukenali (6): EELOBOR tu maknanya aper...?
nie mesti kes nk songlap dwet ni...
ReplyDeletebiadap sungguh operator tu..huhuhu..
pernah jugak terima call..angkat,dgr diee bebel pjg2..pastu ckp xpe"terima kasih..
hahaha
saya belum pernah dpt call mcm ni lagi kak..selalunya saya akan terus matikan perbualan daripada dgr dia membebel tak tentu pasal..tp sian jugak tu kan mmg tugas dia, tp katakan tidak jela hehehe
ReplyDeleteKeputusan penempatan darjah satu sesi 2012
ada gak dpt call mcm ni, baru je intro cepat2 wani potong ckp eh call me back ye..ai ada meeting ni...hihihi
ReplyDeletetp terus tak call2 dah
akak selaluuuuu kene....selalunya akak x biar dia cakap banyak2,terus je bgtau dia 'SORRY,I'M NOT INTERESTED.THANK YOU'.
ReplyDeletePernah kena dan qema minta alamat opis dia cakap nak pergi sendiri tak nak melalui talian sebab banyak tipu dari betul pastu terus dia putuskan talian hihi
ReplyDeleteMaybank tak akan membuat urusan melalui talian ataupun email..so kena hati-hati la kan.
jahatkan lepa ni...senang2 ja nak ambik duit org...
ReplyDeletesekarang ni mcm2 gaya org nak menipu..
ReplyDeletepercayalah bukan senang kita dapat duit atau kekayaan selain dgn usaha, sebab mereka yg lain pun perlukan duit utk hidup wlupn dgn apa cara skali pun..
@Sufia Mahzan nak tanye detail yg awak bagi kat org tu card no je ke.. or awak ade bg safety no tu jugak?
ReplyDeletesbb saya pn da terbagi card no, alamat , ic sbb die call pagi2 n baru bgn tido.. so, mcm blur2 sikit..
hope awak reply
saya pon dpt panggilan td..kemain banyak dia explain n potpet2..lastly mtak no card bank..owhh sorryla beb.no no no way!!da kena sekali dlu..da serik..nanti xpasal2 kena pg bank pula utk blog kad..so kawan2 berhati2la kalau ade yang offer sampai mintak nombor kad bank kta,namapenuh & ic..even diorang xmintak nombor akaun n pin kte..dioarang still boleh kuarkan duit kte..kalau dah terbagi info mcmni kat diorang..cepat2la pg block kad korang..nanti kalau u pg block kad , pgwai bank akan bg warning kat uols spya jgn senang2 jer bg info kat org xkenal..hahaha..sy da kena sekali.cukupla.hihi.just 4 your info..jgn mudah percya dgn org kol by phone..please take note yer.
ReplyDeleteKorang kalo pernah dapat call mcm ni berhati2lah. Jgn sesekali dedahkan maklumat peribadi, alamat dan nombor kad atm anda Beringat sebelum terkena. Malang tak berbau!
ReplyDeleteperhh...aku baru dpt kol td....aku iyekan jer....last2 aku soh die kol mggu dpn..slmt den..hahahahaha
ReplyDeleteheehehe..slmt den
ReplyDeleteWey aku baru kena bnda nii semalam..tapi aku dah terbagi no yg trtera kt visa tu..mcmamana ni..tp aku xnk pon bnda ni..lepas aku ck gaduh sikit dgn dia sbb aku mmg x percaya..die msj cko aku ni bangang sbb x amek pakej tu.mslhnye aku dh bg no kad visa..
ReplyDeletesaya pun dapat call tersebut
ReplyDeletedia tanya bile tamat tempoh kad visa saya
then dia terangkanlah mcm2 n bgtau sy perlu byr yuran sbnyk 499 untuk skli seumur hidup untuk menikmati ganjaran diskaun n vouncer2 yg lain2...
mula2 mcm berminat then bile dgr kne byr 499... ops kn fikirkan dl la
bile tanya dr syarikat mana..tak dimaklumkan pula....
membuat ak rs ragu2 lak
sebaik dia xminta no ic or bagai kalo x habis la...huhu
saya pun baru kena call pasal hal yang sama. RM499 juga. dia pakai dua nombor 016-2604020 dan 016-2604028. hati-hati semua. dah terbagi alamat pejabat dan nombor ic je. bila dia start tanya nombor kad kredit saya cakap tertinggal wallet dalam kereta dan suruh dia call balik.
ReplyDelete