Semalam, tarikh 4 Jun 2011, kami sekeluarga berbesar hati dapat menghadiri majlis perkahwinan anak Pakngah Hamzah . Aku baru juga kenal blog Pakngah ni. Baru beberapa bulan. Rasanya, Contest Pertama anjuran Pakngah yang membuatkan aku lebih kenal dengan pakngah, kemudian jadi rakan fb pula dan seterusnya semalam bersua muka.
Seperti biasa, seorang blogger, haruslah tunjuk gambar sebagai kenangan kan.........
Banner Selamat Datang ke majlis.... |
Warna tema majlis yang cantik, putih , biru muda dan merah jambu... |
Penghibur di majlis pakngah. Banyaknya lagu nogori..... |
Menikmati hidangan. Makanan sedap pakngah! Especially cendawan masak lomak cili dan ikan keli tu...Cendol pun sedap! |
Bergambar kenangan bersama bapa dan ibu pengantin, tuan rumah kita Pakngah dan makngah. Suka tengok makngah yang cantik! |
Terima kasih banyak-banyak ya pakngah! Tiada yang kurang dengan layanan pakngah. Saya pun bukan datang dari Johor semata-mata untuk ke majlis pakngah. Dah berkampung di rumah emak di Melaka dulu, dan kini saya anak beranak masih di Melaka sebab SRD ada conference di PITC bermula hari ini.
Sekali lagi terima kasih , dan tahniah sebab dapat seorang lagi menantu.....
~ يوس ~
kenduri kawin sajo musim cuti skol ni
ReplyDeleteakak pun ada gak singgah blog uncle ni..tapi silent reader ajo./.heheehhe
wah khemah dia semua sure heboh punya type yer...
ReplyDeleteassalam yus..akak sampai awal..mulakna buka hidangan..he he..memang sedap2 lauk2 semua..tapi akak tak de ambik gambar pun..anak tak ikut..jadi kamera pun tinggal..
ReplyDelete@sarah-najwan
ReplyDeletelepas ni bolehlah tonjolkan diri kak. Pakngah sangat ramah tamah orangnya...:)
@Papa Mifz
ReplyDeleteKhemah jom heboh mcm tu ke papa mifz? Akak tak pernah perasan pun..:)
@Acik Erna
ReplyDeleteItulah, takde lagi rezeki kita nak jumpa kan? Lauk semua memang superb!!
salam kak yus...lama nyepi?berkampung kat melaka upenye..
ReplyDeletemeriah nye malis kawin tu..menunye fuhh....tertarik sungguh..
lawa mercu tanda tu..
Tadi dah baca dan tengok kat blog Abg Hamzah tu. Tengok gaya khemahnya, memang besar sungguh majlisnya yerr...
ReplyDeleteRamai sedara dan ramai kenalan, begitulah.
Bestnya dapat jumpa blogger.
terima kasih kerana sudi memenuhi undangan kami dan membuat entri ini. sekarang baru yus tahu menara tu kat mana ! hehe
ReplyDeleteterima kasih khusus kepada SRD kerana sudi di bawa atau membawa yus ke rumah pakngah.
bila2 kelapangan, singgahlah lagi.
@♥cmª shIemª♥
ReplyDeleteiya Cma..di Melaka, plus baru baik demam kan..hehe
lawa kan mercu tanda tu...:)
@azieazah
ReplyDeleteMemang meriah majlisnya kak...
seronok dapat bertemu rakan maya...:)
@al-lavendari
ReplyDeletehehe..pakngah!
Ayat pakngah "kerana sudi di bawa atau membawa" buat saya tersenyum panjang...
SRD lom sempat baca lg komen pakngah ni...:)
seronoknya gi mkn kenduri..aju tak berjalan ke mana pun yus..jiran2 pon xde yg wat kenduri kawin..hmm lapar la pulak hehehhe
ReplyDeleteAlahai Yus kenapa tak tunggu lama-lama sikit mesti dapat jumpa blogger lain lagi. Kakak tumpang seronok walau cuma tengok gambar...
ReplyDelete@ajumohit
ReplyDeleteAju...kalau takde menerima undangan, kena beli sendiri atau masak sendirilah jawabnya ya aju...hehe
@Kakzakie
ReplyDeleteKami sampai dah lambat kakzakie. Blogger lain semua dah balik. Pakngah ada sebut nama2 blogger yang datang dan dah balik masa kami baru sampai tu...huhu
seronok yer yus.. sambil makan kenduri dpt bertemu rakan blogger..
ReplyDelete@Hanis Azla
ReplyDeleteikatan persahabatan di alam maya tu memang boleh di berkembang ke alam realiti kan Hanis. Seronok jumpa pakngah...:)