Wednesday, June 15, 2011

Home » » Sekitar Hari Keluarga UTHM 2011

Sekitar Hari Keluarga UTHM 2011

Sudah petang baru dapat nak update entri. Agak sibuk hari ini. Rutin lama kembali semula selepas anak2 sudah tak naik van sekolah ni. Aku kembali menjadi driver mereka nampaknya....;).

Ok. Ingat lagi tak entri aku bertajuk iPad tu apa bu? Dalam pada berangan nak dapat iPad di acara cabutan bertuah Hari Keluarga yang di adakan Sabtu lalu, apa yang kami dapat agaknya ya? Baru hari ni nak update cerita....:D .

Inilah kali pertama kami dapat menyertai acara tahunan ini. Sebelum ini pasti ada halangan yang menyebabkan kami tidak dapat turut serta. Biasanya urusan kerja SRD lah yang sudah terkenal dengan bz nya. Cuma tahun lepas, bukan sebab SRD sibuk, tapi sebab aku yang masa tu dalam pantang...hehe. Tahun ni nampaknya cepat sikit dia buat ya.

Apa kata kita tengok gambar-gambar di bawah. Gambar dapat menceritakan semuanya kan...

Anak-anak aku. Tak dapat nak sertai apa-apa acara pun sebab abahnya tak daftar nama awal. Ingatkan datang sana baru daftar, rupanya kena daftar penyertaan online. Kesian mereka semua tak dapat ikut apa-apa acara pun.

Arif saja yang terlebih seronok. Gambar kiri tu kurang ceria sebab tak dapat ikut abang2 dan kakaknya main. Masa ni belum botak lagi.

Tengok tu Arif yang seronok dapat keluar. Jauh dia berjalan dari tempat duduk kami. Sampai ke sana ha! Penat abah nak kejar nak...

Acara cabutan bertuah yang di tunggu-tunggu. Dah tak dapat ikut acara lain, berharap adalah tuah untuk cabutan bertuah. Nampak tak yang aku bulatkan tu. Anak-anak aku teruja nak dapat cabutan bertuah, bukan main kat depan mereka pergi. Tapi kan, kami tak bertuah lah hari itu...huhu

Nasib baiklah ada benda alah ni. Puaslah juga anak-anak bermain.

Bergambar kenangan di banner ni sebelum pulang

Walaupun tak bertuah nak dapat apa2 hadiah, dapat KFC free pun alhamdulillah. 6 kotak kami dapat, al-maklum 6 ahli keluarga.
Tahniah kepada semua yang bertuah hari itu, terutama kepada 5 orang yang dapat iPad, dan mereka yang dapat LCD tv 42 inci tu. Kami saja yang berputih mata...hehe. Apa pun sangat terhibur dengan celoteh Dj bertugas pada hari itu. Celotehnya buat kami gelak tak hingat, pandai sungguh buat lawak di ketika mereka2 yang namanya naik untuk cabutan bertuah menuju ke podium untuk ambil hadiah masing-masing.

Moga ada tuah kami pula di tahun hadapan....:)

~ يوس ~

26 comments:

  1. Tahniah ada semangat nak join hari keluarga UTHM,wlpn xleh join acara,tp memeriahkan ok le 2....dan dpt ikut cabutan bertuah....

    ReplyDelete
  2. Tak pe kak, join tengok anak-anak ceria pun dah berbaloi..kalau dapat sertai acara lagi best diaorang tu kan:)

    kak, arif umur 14bulan juga ke? rasanya ammar lagi tua, kalau tak silap la.

    ReplyDelete
  3. @Keluargaku Syurgaku
    seronok nak memeriahkan sebab tak pernah ikut sebelum ni Nurul..hehe

    ReplyDelete
  4. @qemaishak
    Arif akhir bulan ni baru nak 11 bulan. Maksud akak sebaya tu, lahir pada tahun yang sama, nanti sekolah samalah kan, cuma Ammar tua bulan je..betul tak?

    ReplyDelete
  5. nampaknya takde rezki dlm masa terdekat ni...moga2 dilain masa tuah menyebelahi yus pula

    ReplyDelete
  6. @sal
    hehe..harap2 begitulah kak sal

    ReplyDelete
  7. Yus
    Kenapa kat stage yg gambar aliah, aqil dan abid tu tak ada orang.. or masa yus ambil gambar tu dah habis yea..

    ReplyDelete
  8. Assalam yus..tahun depan cepat2 online ye..insyaallah ada tuah yus dan anak2 nanti.

    ReplyDelete
  9. wah yus siappp ada adiha ipad .. huhuhu memang bertuah lah siapa yg dpt tuu kan :))

    ReplyDelete
  10. salam ziarah akak:))
    best nya dpt join family day.

    ReplyDelete
  11. saya pon penah join hari keluarga ni taun 2007 rasanya.. sama lah.. dapt kfc free jugak klu tak salah ingatan la.. jadi la.. puas makan..

    ReplyDelete
  12. best nye Ipad..huhu rindu UTHM tgk gambar pun jadi la hehe

    ReplyDelete
  13. Kalau kakak balik kg kan bagus Yus. Boleh kita jumpa. Mesti best....

    Tengok muka Arif dan anak dara comel Yus kakak dapat bayangkan anak-anak punyalah gembira. Mereka dah tak fikir Lucky-draw. Main lompat-lompat, gelungsur di tempat mainan dah syok. Lagilah ada KFC:)

    ReplyDelete
  14. takpe yus.. next time rezeki yus sekeluarga pulak.. InsyaAllah.. klaua anak2 saya, dpt main & kfc tu pun dah suka sgt dah tu..

    ReplyDelete
  15. saya pun tak berapa bertuah part lucky draw macam tu..huhu..

    ReplyDelete
  16. wah sgt best... i likoe ;p

    ReplyDelete
  17. bestnya hadiah utk cabutan bertuah....

    ReplyDelete
  18. @Ajzie
    Dah tinggal nak tunggu cabutan bertuah je masa tu Ajzie. Pun buatnya bukan atas stage tu...hehe

    ReplyDelete
  19. @ieda
    itulah ieda. Hadiah semua best, best, petis sejuk, handphone pun ada, tapi semua bukan rezeki kami..huhu

    ReplyDelete
  20. @FIFIEY LYCHEE MARATION
    sekali sekala join family day memang best...!

    ReplyDelete
  21. @RuHiL
    itulah Ruhil, memang puas makan, tak terhabis ha...hehe

    ReplyDelete
  22. @Kakzakie
    Akak orang Parit Raja ke? Wah! Kampung di sini ya..hehe

    Memangnya kak, mereka tak kisah sangat lucky draw tu, mula2 je tercongok kat depan tu, lepas tu main je lebih..hehe

    ReplyDelete
  23. @Hanis Azla
    Memang best dapat KFC. Untunglah KFC hari itu. Staf UTHM kan ramai, bukan staf je dapat, anak beranak satu keluarga satu..huhu

    ReplyDelete
  24. @Nia
    Itulah, jarang nak bertuahnya bila time lucky draw ni...

    ReplyDelete
  25. hihi, yang gambar captionnya "Tengok tu Arif yang seronok dapat keluar. Jauh dia berjalan dari tempat duduk kami. Sampai ke sana ha! Penat abah nak kejar nak..." tu,

    husband saya ada kat belakang, dengan stroller ammar..hihi..:)

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...