Membawa masuk buah itu dengan terhenjut-henjut. Dengan penuh yakin, Alia menjerit memanggil aku.
"Ibu!! Ni mama kawan Abid tu kasi ibu buah kelapa", terang Alia.
"Kawan Abid yang mana? Farah ke?", tanya aku.
"Ha'ah, mama Farah kasi ibu buah kelapa ni," jelas Alia lagi.
Aku pun tengoklah buah kelapa yang di maksudkan Alia dalam plastik yang dia bawa. Cer korang pun tengok sekali buah ni. Ada rupa buah kelapa ke?.....
Ha! Nilah dia buah kelapa yang Alia kata tu. |
Korang kenal tak ni buah apa? Siapa kenal sila beritahu ya. Siapa tak kenal silalah teka...hihi.
Nilah untungnya hidup berjiran. Dah setahun lebih duduk sini. Biasa senyum-senyum saja dengan akak ni. Rumah dia rumah kampung di hadapan taman kami ni. Belakang rumah dia memang banyak pokok buah-buahan. Selama ni tegur-tegur gitu je. Tapi sejak Tok Ba, pemandu van sekolah yang biasa anak bongsu dia naik tu sakit, makanya anak dia balik sekolah dengan aku. Bila orang dah minta tolong, aku memang ok je. Lagipun satu jalan kan, sama pula kelas dengan Abid.
Aku ada citer kan, sekarang tugas aku sebagai pemandu anak-anak balik dari sekolah kembali semula. Samalah tu sebabnya dengan akak ni. Tok Ba yang bawa van sekolah tu dah tak bawa van sekolah lagi..huhu.
Sejak itu, tak putus aku dapat rasa buah-buahan dari kebun dia tu. Mula-mula kuini, lepas tu nangka, sekarang sukun. Wah! seronok gitu. Pokok pisang dia pun banyak. Lepas ni tak segan lah aku nak minta sikit daun pokok pisang dia, kalau tak selama ni pandang dari jauh je .
p/s: Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa kan....
~ يوس ~
buah kelapa?
ReplyDeleteeeeiii, maksu pun fenin. buah apa tu?
buah durian belanda ker?
goreng pun sodap ni..
ReplyDeleteYus...
ReplyDeletebudak2 biasalah,semo men hentam je cakap..
sedap buah sukun tu.Deeja mmg suka sgt mkn buah sukun kalo digoreng.Tapi itu la,kalo org yg jenis xtahan,xberapa boleh mkn.nanti angin...hehe,maklumlah dh berusia ni..serba xkena
kelakar lah Abid ni..buah sukun dah jadi buah kelapa.....sukun goreng dgn kopi o best ni..........
ReplyDeletehehe..gamba tu tak kluar kat tmpt suri..okey lagi lah dia sebut buah kelapa sbb warna sukun warna hijaukan..tiba2 teringat sukun goreng letak rempah kari..sedap jugak..
ReplyDeletebuat kerepek sukun sodap nie kak...hehe
ReplyDeleterejeki!! Alhamdulillah. sukun goreng la apalagi kak!
ReplyDeleteHehehe...bukan kata abid je tak kenal buah tu...anak akak yang besar pun tak kenal kot...
ReplyDeleteGoreng pun sodap sukun tu...
yus,,kwn akak buat pengat sukun..sedap yus..lemak berkrim you..try buatlah..
ReplyDeletehuhuhuh...
ReplyDeletetu bukan buah kelapa la alia...itu buah kepala....eh,,sukun...:P nyam2..goreng pom sedap..!
untung dpt jiran yg baik hati ni kan,,,,lg la kita pun bertambah2 baik hati,,,
ha ha ha, pensan ;p
ReplyDeletekalau goreng ptg2 ni cicah cili api ngn kicap tu..pehhh
ReplyDeleteallah..abid sayang, itu buah sukun bukan kelapa..hehe..so sweet...
ReplyDeleteapa lagi kak yus..open table petang nih..kass dtg..nyum..nyum..hehe
tak suka makan buah sukun
ReplyDeletemungkin sebab rasanya tawar
sukun...suka makan tp tak reti masak...hihi
ReplyDeletesedapnya sukun.. klu anak saya pun tentunya tak kenal buah apa tu yus.. he..he.. bestnya dapat jiran yg baik mcm tu.. betullah yus, bila org berbudi kita berbahasa.. bila org minta tolong kita hulurkan bantuan kita seikhlasnya..
ReplyDeletekt umah mak ayah sy ada pokok nie tp xde pun org nk amik wat pape..buahnya byk sgt...gugur mcm tu jer...
ReplyDeleteHehe buah sukun rupa buah kelapa ye..goreng sedap ni kak:)
ReplyDeletehe he..abid tak tau buah ape ye..
ReplyDeleteakak baru beli semalam yus..mahal betul..sampai 6 ringgit sebiji..