Teringat satu perbincangan pada suatu pagi semasa sedang breakfast di rumah MIL. Pasal telefon....Tiba-tiba aku boleh google pulak gambar telefon awam. Jumpa gambar ni...
Nostalgia betul!!Inilah rupa telefon bawah asrama blok aku dulu masa di ITM...haha. Tempat aku selalu bertenet dengan SRD sekitar tahun 94-97. Tenet guna telefon jer, al-maklum, bercinta jarak jauh...haha (korang jangan muntah hijau lak). Boleh lagi beratur tunggu giliran. Setiap kali nak telefon, turun bawah check berapa orang dah tunggu. So, sorang dalam, 1/2 jam paling lama. Lepas tu budget ler, kalau ada 3 orang sebelum tu, maknanya aku kena tunggu lagi satu jam setengah at least. Tapi biasanya lebih lama dari itu...huhu.
Masa zaman ni, ayah aku kerja angkut duit syiling dari telekom ke bank. Selalu minta ayah simpankan duit syiling untuk aku...huhu. Ayah pulak sporting. Duit syiling aku tak pernah putus. Habis jer, pi tukar dengan ayah. Zaman ni mana ada henpon macam bebudak sekarang kan. Budak sekarang sekolah rendah dah pandai guna henpon. Zaman aku dulu, seingat aku ada seorang jer roommate aku ada henpon. Tu pun telefon atur yang besar dabak tu, tahun 98 baru dia ada. Masa tu aku dah kat UiTM Shah Alam dah.
Zaman time berkawan masa tu, selain telefon, surat menghubungkan kami. Biasa sebulan dapat dua pucuk surat. Kalau dapat surat memang happy gila. Lepas tu baru janji bila nak telefon. Seorang di KL, seorang di Melaka, memang setahun payah sekali nak jumpa. Jumpa pun time cuti semester, atau raya jer.
Bila sambung degree di Shah Alam, dah dekat sikit masa tu, SRD pula di Bangi. Tinggal pula di rumah sewa. Mula2 takde telefon kat rumah sewa kami. Bila nak telefon, sanggup tu berjalan dengan beberapa kawan serumah ke pondok telefon berhampiran (sebenarnya agak jauh juga). Rupa telefon tu lebih kurang macam ni...
Ada dua tak silap kat kawasan rumah kami di Seksyen 8 tu. Yang satu tu, memang selalu macam nilah rupanya. Dah rosak, tak boleh berfungsi. Bila nak telefon mak ker, kampung ker, atau pakwe masing2, menunggulah kami bertiga, kadang berempat kat situ. Malam2 biasanya..hihi.
Bila memasing dah dapat duit loan, baru kami pasang telefon di rumah sewa kami. Masa tu dah takde sibuk nak ke telefon awam lagi. Tapi bila nak buat panggilan, atau terima panggilan, masih lagi terpaksa menunggu giliran.Siap ada isi jadual lagi bila nak telefon atau tunggu telefon...hahaha....lucunya bila ingat balik.
Sekarang, dah macam2 henpon canggih di pasaran. Budak2 sekolah rendah dan menengah pun dah pandai guna. Tu yang tak habis2 bergayut jer tu. Tapi yang aku perhatikan, remaja sekarang ni, lebih suka ber'sms' daripada bercakap guna telefon tu. Contoh adik2 aku ler. Yang semua dah ada pasang makwe. Kadang2 aku naik geram pulak. Setiap masa dengan henpon tu. Masa tidur, masa makan, masa tengok tv, dalam toilet pun kadang masih dengan henpon. Bukan bercakap sangat, tapi ber'sms'. Selang beberapa minit, terima sms. Lepas tu jawab sms pun dah tak perlu tengok telefon dah. Mata pejam macam tido, tangan menekan butang telefon tu, jawab sms...huhu. Naik rimas kadang bila aku dengar kejap2 berbunyi henpon dia. Rasa nak baling pun ada....huhu.
Yang aku pelik tu, awek dia pun takde kerja lain ker? Takkan setiap 5 minit nak ber'sms'. Kadang tu bukan apa pun yang di tanya. Soalan macam "dah makan?"; "Makan apa tadi?"; "Buat apa tu?". Alahai....macam tak thrill lah hari2 asyik tanya benda sama. Lepas tu, kejap lagi jumpa....adoi lah. Aku yang naik meluat. Baru jer balik dating, dah ber'sms' lagi.. Takde kerja lain ker?
Yelah, aku pun pernah juga melalui zaman ber'couple'. Tapi rasa memang aku tak boleh masuk ler cara bebudak sekarang ni. Macam nak berkepit jer pulak.... Rasa masa aku dulu lagi seronok. Nak jumpa, dengar suara ker susah. So, rasa lebih menghargai, bila jumpa tu. Mungkin aku ni dah tua kot. Dah tak boleh masuk dah cara macam tu..huhu.
Bagaimana pun cara kita, dalam pergaulan, kena ada batas2nya. Perlu jaga tatasusila antara lelaki dan perempuan. Ingat nama baik keluarga, itu yang paling utama. Kes-kes yang selalu aku baca dalam suratkhabar sekarang, kadang2 tu, memang menakutkan aku. Bagaimana aku nak hadapi persediaan untuk anak2 aku pula nanti. Zaman mereka nanti, lain pula caranya agaknya. Sekarang lagi senang, dah ada internet, web cam, kat rumah pun boleh lihat apa yang kawan2 mereka buat melalui web cam saja. Tak perlu keluar dah. Kalau dah keluar lagilah, macam2 pulak yang di buatnya...huhu.
Bagaimana agaknya aku nak hadapi persediaan menghadapi anak2 remaja nanti. Zaman aku pun ada juga kes2 yang tak elok ni, zaman sekarang lagiler...zaman anak-anak aku nanti?....hmmm
Dari bab telefon, masuk dah bab lain ni..haha. Korang baca jelah bebelan aku ni kan. Tapi betul. Sekarang ni lagi canggih kan. iPhone, iPad semua ada. MMS lagi, tak jumpa pun dah boleh tengok muka. Ber'FB' dan internet pun guna telefon je. Banyak sungguh perubahan dalam masa 13 tahun ni kan...hmmm.
~ يوس ~
ye la kak yus. teringat zaman bergayut kat public phone dolu, siap bertenggek atas basikal lagik. hehehe...
ReplyDeletenice entry kak..mmg nostalgia...walaupun daku ni muda lagi (eh eh muda ke??) kekekke...tapi dpt hp pun lmbt mase belajar baru abah bagi...
ReplyDeletewaktu bercinta dgn hubby pun kami jarang ber sms or ber call walaupun 1 banguan tipon office yg free ni pun kami tak guna!smpai ade org tak tahu kami ni couple di 1 bgnan.hehehehe..dah kawin baru org tau!
13 tahun yang oii!!! Manalah nak sama. Kalau baby dah boleh bercinta dah 13 tahun kemudiannya.
ReplyDeleteKakak tengaok anak saudara kaka pun sama bersms tak henti-henti....
Hehe ingat dulu siap tanda/booking lepas siapa, siapa guna telefon hihi..nastlgia betul kan..
ReplyDeletetapi sekarang susah nak jumpa telefon awam yang elok, asik rosak je..
Dulu zaman sekolah dok asrama sempatlah pki public phone macam nie tp ada timenya....Yelah Yus takut juga nak memikirkan pasal anak2 nie....minta2lah mereka jadi anak2 yg akan berjaya di dunia dan akhirat....
ReplyDeleteakak,teringat sy zmn duk blaja kat itm lendu dulu gak..mcm ni la tipon die.snggup beratur,xpun duduk kat tangga tunggu turn.degree kat S.Alam gak,tp sy duk seksyen 17.zmn tu dah ade h/phone.cuma,kdg2 bila xde credit,barula menapak ke public phone dpn 7E..hehehe,rindula pulak zmn blajar dulu.
ReplyDeletezmn akak kapel dulu..phone2 tak main..surat ajo lah penghubung kami mklumlah jarak jauh jugak..
ReplyDeletejarak dekat xguna phone jugak..dtg aje jumpa terus..
zmn loni pom..walau dah canggih manggih komunikasi..akak tetap paki henpon cap aye..jnji bole call dan sms..
aha..
ReplyDeleteada juga telefpn yg memula tu kena call operator sambungkan..pastu orang yg kita call tu bayar..haha..kenangan
@NM02
ReplyDeletehahha...siap bertenggek tu! Ni mesti nak gi tepon je naik basikal ya...:)
@♥Mrs.Eady♥
ReplyDeleteoklah tu ada gak abah bagi hp..hehe
Akak dah kahwin baru dapat hp...huhu
@Kakzakie
ReplyDeletehehe...yelah kak, budak skrg 13 tahun pun dah tahu bercinta...:)
Tulah kak, yus pulak lemas tgk mereka ni bersms tak sudah2..huhu
senyum2 je izan baca kisah akak ni. lebnih kurang sama dgn apa yg izan lalui dulu2. zaman bercinta thn 98-2000. PJJ jugalah...sorang johor sorang bangi.
ReplyDeletehp mmg mahal sgt masa tu. kalau pi makan, budak2 siap letak atas meja tu...kelakar je bila ingat2 balik~
@qemaishak
ReplyDeletekan..siap booking tu samalah.
Tapi biasa takut kalau yg guna sebelum tu senior..huhu, mulalah muka cuak..haha
@Keluargaku Syurgaku
ReplyDeletezaman anak2 kita perhubungan dan telekomunikasi lagi canggih kan. Semuanya di jari saja....lagi senang dan mudah maklumat dan info di perolehi. Memang lagi mencabar kan Nurul untuk jaga mereka...huhu
@sarah-najwan
ReplyDeleteDapat surat mesti tebal ni kan...haha.
Yus dua2 ada kak..
Yus pun guna henpon cap aye je kak...mana ada canggih pun, hubby punya jelah ok sikit..:)
@nurkass
ReplyDeleteni ngelat ni..hihi
Saya pun pernah gak buat gitu...:)
@Kamalia
ReplyDeleteEh dulu belajar di Lendu juga ya? Samalah kita...tu yg rupa tepon pun sama tu...hihi
Duduk blog mana? Akak dulu blog B, dia panggil Balqis..hehe
@Izan Ishak
ReplyDeleteSiap ada senarai nama ya izan? Bila masing2 lama sangat guna, yg last sekali tu boleh sambung esok pulak. Ada tak macam tu, sebab waktu tu dah malam sangat..hahahah
Yus..budak2 sekarang nak tulis sms pun tk tengok dah..jari je bergerak..rasa macam tak betul je dia tulis tu kan..tak de salah ke..
ReplyDeletedulu taun 99 masuk itm...sy tak pakai tepon mula2...tapi last2 abah bagi tepon dia...sbb dia pun keje telekom jugak kan..tapi tak amik duit kat pondok tu..dia keje pasang tepon kat umah2 org.... then abah dpt 2 tepon dari telekom, mcm offer la...1 dia bagi sy...tapi sy pun tak guna sgt...ehehehe sbb sy takde boyfren betul2 steady lagi....kawan2 je byk guna tepon sy....sbb mereka ada boipren....
ReplyDeletehahahah saya same ngan kak zia lah yus .. time tuu x main tepon2 nie .. kami surat2 ekekek .. tapi yg bersurat tuu putus tgh jalan .. :)
ReplyDeleteyg menjadi sampai skrg nie main hon2 keter depan umah je .. eekekek
tapi tulah nie vandalism nie .. menjahanamkan harta kerajaan .. bila nak gune mule2lahhh x tahu nak amik mana .. dulu tel nie memang penting kan sbb hp mahal lagi huhuhu :)
teringat juga nostalgia dgn telefon awam ni.. mmg sanggup beratur sbb nak pakai telefon tu.. saya smp skrg, mmg fail nak sms laju2.. klu agak2 nak sms panjang2 tu mmg saya pilih utk terus call aje.. he..he.. anak2 kita skrg ni lg canggih bab2 gadget ni semua kan..
ReplyDeleterasanya zaman kita bercinta lg best la dr budak2 skg..nostalgia gitu...
ReplyDeletenostalgia sungguh!..
ReplyDeletecma punye public pon yg kaler kuning tu..butang dia 4 segi..teringat masa zaman kapel sek ken dulo2..tp sekarag public pon jenis tu dah diganti baru..
haha...kita sama..adik cma sms sambil mata melilau kat tmpt lain..tp tgk laju je menekan button..
pernah gune publik pon tu..byk kenanganye....
ReplyDeletetapi sekarang dah lame tak gune publik pon...
dulu ktorg ade pakai syiling yg gune seposen, bergayut lah lama mana pun tak perlu topup2 syiling tu hehehe..
ReplyDeleteskrg dh mcm2 hp caggih kan kak...
tingin nk iphone 4 hehehhe
zaman dee dulu public phone yg hitam tu..yg kena pusing2 tu..kalau salah dial..kena mula balik dari mula..hehehe..
ReplyDeletetu la dulu time cinta2 monyet zaman sekolah dulu selalu gak guna public phone...hehe
ReplyDeletezmn munna kat itm dah mula pakai h/p tapi semuanya yg besar dan berat...klu baling kat kepala gerenti benjol punya....
ReplyDeleteOooo.. dulu masa dok uitm kuat gayut ya, kak Yus. Hehhe... mesti sampai panas telinga ni.
ReplyDeleteHehe, gurau je ya. Lama tak singgah tengok Kak Yus. :)
heran tengok bebudak sekarang guna hp ye..bergayut sakan..termasuk anakku..
ReplyDeleteselalu pesan supya berhemah guna hp sebab hp tu bahaya kalu guna lelama ..
Salam, Akak pernah putus cinta di public phone. Berjurai-jurai airmata, orang di belakang panik sambil tanya, " Kenapa' banyak kali..
ReplyDelete@Acik Erna
ReplyDeleteitulah kak, bukan dia tengok pun, pakai tekan je, boleh pulak tu, kalau saya terkial-kial nak cari hurufnya ha..hehe
@~aSHa~
ReplyDeletehehe...nostalgia tu asha ya..
99 akak dah nak grad tu...tengah tahun dah grad, masih tak nampak muka hp masa tu..huhu
@ieda
ReplyDeleteitulah ieda, dulu kalau takde tepon susah kan. Sekarang ni, budak sekolah rendah pun ada hp ha...
tulis2 surat ni mmg lagi best kan..hehe.
@Hanis Azla
ReplyDeletesaya ok lagi nak sms panjang2, tp kalau husband mmg dia tak kuasa nak tekan2 butang nak sms tu, call lagi senang kata dia..hehe
@LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™
ReplyDeleteYelah kakD kan..tapi budak2 skrg mesti kata zaman diorang pun best..:)
@♥cmª shIemª♥
ReplyDeletetulah cma, laju dia tekan butang tu kan, ntah betul ke tidak, ok je dia, terus tekan send. Boleh pulak tu, dah hafal semua agaknya..huhu
@ainnoraini
ReplyDeleteskrg tengok public phone tak heran ye kak...
@ajumohit
ReplyDeleteakak pun pernah guna macam tu, tak ingat tekan butang apa, mmg seposen boleh cakap berejam kan..seronok pulak ingat balik..hihi
@Dee
ReplyDeletewah ni lagi lama ni...:)
@Papa Mifz
ReplyDeletepernah juga lalui pengalaman serupa ya...:)
@munna
ReplyDeletehahah, nak bawak pun malas kan, rasa macam kaya benor lah masa tu ada hp besar dabak tu...hihi
@Yati
ReplyDeletehihi....bukan hari2 lah, biasanya 2 minggu sekali tau!
Tp bila dah pindah SA tu mmg selalu jugalah..hehe
@sal
ReplyDeletebudak2 sekarang bertuah, semua dah tersedia depan mata kan...
@Che Mid
ReplyDeleteYa ke kak? Kenangan tu....:)
time dapat surat tu yang best tu ...
ReplyDeletesenyum sampai ke telinga ....
dulu masa bercintan dengan aBear , sama sama kerja syarikat telekomunikasi , so masuk kerja bergayut ....
kah kah kah
@pB
ReplyDeletehehe, ya kan, hari tu mesti hari paling ceria...:)
kak, mmg nostalgia habis ni...saya dulu pun zaman UiTM pun kena beratur kalau nak pakai public fon ni...walaupun masa tu dah ada student yg pakai hp, saya masih tak mampu, bila dpt loan, part 3 baru merasa pakai hp..tu pun yg jenis bagak besar punya...huhu...
ReplyDeletesekarang saya tgk dah takde sapa pakai public fon lg kak, kalau ada pun, semua dah rosak...adeh la...
@wahida
ReplyDeletesekarang mmg dah susah nak jumpa public phone kan, kalau ada pun rosak mcm wahida cakap.
Nostalgia dulu tetap dalam ingatan tu wahida..hehe
Amy x pernah merasa bergayut2 nie kak , masa start bercinta pun umur dah 22 tahun so time tue dah ada telifon bimbit.Jarang call tapi lebih suka sms je...
ReplyDeleteKat rumah akak dulu mmg ada talipon tapi kami adik beradik tak berani guna kecuali perlu sgt. Ayah zaman dulu kawal anak2 mcm hitler..terima kasih ayah kerana tegas begitu maka kami jadi seperti kami hari ni..
ReplyDeleteingat zmn bercintan-cintun la ni yerk...ayah akak bawak duit syiling..memangla sakan menukarnya kan? hehe...zmn yana dulu pn merasa gak telefon ni ate nk top up dulu pn cuma ada rm 30 plg murah :)
ReplyDeletebacer sambil sengih2 ;p
ReplyDelete