Thursday, November 27, 2014

Home » , » Keputusan UPSR 2014 : Satu permulaan kepada yang lebih besar

Keputusan UPSR 2014 : Satu permulaan kepada yang lebih besar

Tahniah kepada semua ibubapa yang anak-anaknya mengambil keputusan UPSR semalam, Tak kira apa keputusan mereka, kena redha, panjatkan syukur, sesungguhnya itu mungkin keputusan terbaik saat ini untuk perjalanan yang lebih baik di masa hadapan.

Aqil anak saya dapat 4A 1B ( B untuk Sains).

Dengarnya semua sekolah prestasi untuk subjek Sains merudum. Mungkin sebab subjek pertama di dapati bocor, soalan susah dan murid hilang mood sekejap. Apa pun keputusan, ibu ok je dengan keputusan Aqil. Cukup dah buat ibu senyum, Alhamdulillah.Tahniah Aqil!!.

Aqil dan rakan baikknya di sekolah Akashah. Sahabat dia ni dapat 5A, tahniah ya Akashah dari auntie Yus.
Masing-masing berbaju melayu Johor, sebab masing-masing baru selesai peperiksaan kertas akhir SDEA semalam.

Dalam perjalanan pulang dari sekolah, seorang rakan yang anaknya juga dapat 4A 1B (Sains) telefon saya. Dia mengajak saya untuk buat rayuan bagi pemeriksaan semula kertas Sains, mana tahu boleh dapat A katanya. Jawapan ringkas saya, takpelah.

Dari yang saya tahu, anaknya memang kecewa tak dapat 5A, bercita-cita nak masuk asrama penuh, tak dapat 5A memanglah rasa sedih sangat. Di tambah selama ini setiap kali percubaan 5A, tiba2 yang sebenar tidak, mungkin menambah kekecewaan anak itu. Tambahan anaknya perempuan, persaingan nak masuk asrama lebih tinggi. Saya faham kalau dia nak buat semakan semula supaya anaknya puashati, tidak terlalu kecewa atau apa jua alasannya. Tapi untuk Aqil??

Saya dah cukup puashati dengan pencapaiannya. Bagi saya apa pun keputusan itu cuma satu permulaan kepada yang lebih besar. Bohong kalau saya kata saya tak harap anak dapat 5A, tapi keputusan dia dah cukup melayakkan dia dapat masuk kelas yang baik di sekolah menengah di daerah ini. Dan dia sendiri memang dari awal tak mahu masuk sekolah asrama, saya tak mahu paksa pun, jadi kenapa perlu nak buat semakan semula bagai kan. 

Di pujuk juga kami lagi agar buat semakan, sebab katanya kalau kertas SPM pun biasa bila buat semakan, 50% kebarangkalian untuk gred meningkat memang ada. 

Hmmm....hujah saya di sini pula, ok itu SPM, memang berbaloi di buat semakan semula, sebab SPM akan membawa ke hala tuju yang lebih besar. UPSR, baru permulaan tak perlulah kot kan. Lagipun Aqil dan Akashah (bff dia yang dapat 5A di atas) dah berjanji nak sekolah dekat2 sini je. Janji tak nak kemana-mana kata mereka...hihi. 

Saya pula memang 50-50 nak hantar anak ke asrama atau tidak ni. Tu yang hantar je permohonan ke SBP hari tu, kalau dapat bole pergi.Tapi dalam masa sama, saya mahu anak-anak saya dekat dan rapat dengan adik beradik masing2, so kalau dari form 1 dah ke asrama, selalunya memang kurang rapat hubungan tu. Jadi tunggu lepas PT3 pun takpelah kan. Dah besar sikit, dah lebih pandai berdikari. Tapi apa pun, semua terpulang kepada pandangan masing-masing. Setiap dari kita pasti nak kan yang terbaik untuk anak-anak, dan tak semestinya pandangan kita sama.

Ibu dan abah cuma mengharapkan keputusan ini akan buat Aqil lebih semangat belajar di masa hadapan. Perjalanan masih jauh, ibu pun tak mahu paksa2 Aqil, harap Aqil dapat beri semangat kepada adik-adik untuk belajar bersungguh-sungguh juga. Tapi apa pun, ibu memang akan sentiasa pantau Aqil, tak mahu Aqil tersasar ke lain, anak2 generasi X ni lagi banyak dugaanya untuk kita bentuk kan. Semoga Allah sentiasa melindungi  anak-anak kita semua, Ameen.


~ يوس ~

15 comments:

  1. Aqil dan seluruh keluarga kena besyukur walau apa pun keputusannya.
    Pada auntie ini dah terbaik dan kalau nak buat permohonan pun tak salah sebab biasanya kemasukan mana-mana sekolah berasrama % utk budak lelaki akan diturunkan berbanding budak perempuan. Contohnya budak perempuan 5A equivalent dgn budak lelaki 3A (contoh ajelah ni).

    Tapi macam ibu kata tu Aqil ikut ajelah.. ayah mesti ada perancangan terbaik. Auntie tahu ayah lagi pandai utk menjuruskan arah mana Aqil kena tuju..

    Tahniah buat Aqil!

    ReplyDelete
  2. Tahniah juga utk Aqil.. 4a1b tu pom dh bgs.. mesti dia dg berusaha keras kan.. smoga trs mgukir kejayaan di sekolah menengah...

    ReplyDelete
  3. Tahniah Aqil..tahniah..
    Perjalanan masih panjang...
    Dan saya setuju, tak perlu lah nak buat rayuan utk check balik result UPSR tu..

    Dan saya sendiri yg masuk ke sekolah asrama sejak Form 1, tak akan benarkan anak anak saya ke sekolah asrama seawal usia 13 tahun...Ini pandangan peribadi saya..:)

    ReplyDelete
  4. Tahniah buat aqil..
    nama sama dengan anak buah saya

    ReplyDelete
  5. Tahniah Aqil.. lepas nie kena belajar lebih bagus lagi..

    ReplyDelete
  6. baru UPSR..tak yah la sampai nak buat rayuan.kan??.tak dapat asrama penuh pun tak pe.dok dengan mak ayah pun boleh belajar kan Yus.lagi mudah untuk adik2 nampak contoh baik depan mata..

    ReplyDelete
  7. As-salam yus..

    Alhamdulillah.. tahniah untuk Aqil.. semoga terus cemerlang dunia dan akhirat.. saya dan suami pun memang tak nak lepaskan anak-anak masuk asrama seawal tingkatan 1.. pada kami sekolah harian pun masih baik untuk anak-anak.. lebih-lebih lagi sudah banyak sekolah harian yang cemerlang seperti sekolah berasrama penuh.. yg penting anak-anak boleh terus berada dekat denga keluarga..

    ReplyDelete
  8. Tahniah utk Aqil yeh.....
    OKje pun setuju ngan awak Yus....UPSR ni baru permulaan je sebenarnya...Tapi yelah hati ibukan kalau boleh nak tengok anaknya dpt straight A. Mcm SPM baru ni anak OKje pun rasa nak semak balik paper Kimia ngan Fizik sebab dia dapat B...tp bg OKje .....alah benda dah lepas biar ajelah, buktikan masa kat U pulak....

    Tahniah jugak buat ibu yer

    ReplyDelete
  9. Tahniah buat aqil juga buat mamanya.

    ReplyDelete
  10. TAhniah ...4A pun besar maknanya

    ReplyDelete
  11. Tahniah Aqil!
    Ye juga Yus... biarlah kot lepas PT3 baru ke boarding school... macam kecik lagi je... hu hu...

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah tahniah aqil..

    ReplyDelete
  13. Tahniah untuk Aqil! :)
    Yati pun setuju, tak perlu buat rayuan.

    ReplyDelete
  14. tahniaih untuk aqil..

    semoga aqil terus berjaya ke menara gading...dan dunia akhirat

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...