Mood Raya dah datang. Pagi tadi selepas SRD pergi kerja, meninjau di kawasan perumahan kami ni, macam tinggal kami jer yang masih ada..huhu. Jiran sebelah menyebelah dan juga jiran no 1 semua dah tak nampak kereta. Al-maklum, cikgu..dah balik kampung agaknya. Tinggal kami aje ker?
Aku pun dah tak sabar nak balik ni..tapi SRD masih lagi kerja sampai esok...huhu. (Takpe, esok petang dah boleh balik kampung )
Senarai persiapan untuk balik raya:-
- Baju raya satu keluarga - siap
- Kuih raya untuk di bawa kasi mak dan mil - siap ( semua beli di Salleh Food dan juga mak ina makcik aku..hehe)
- Duit raya untuk anak2 buah - siap di isi dalam sampul malam tadi
- Packing bag - baru separuh selesai...ahli keluarga dah 6 orang semuanya, macam banyak jer nak bawak balik ni. kata balik seminggu..huhu
- Kemas rumah - belum siap, tak kan nak tinggal rumah macam tongkang pecah ni, anak2 dah cuti, lagi haru..huhu
Ni kira macam nak beraya di kampung jer ni..rumah sendiri memang takde apa perubahan pun, tak sibuk pun aku nak tukar langsir ker ( baru lagi pun), letak alas meja ker, lap tingkap ker ( 2 minggu lepas SRD dah buat rasanya)...hehe. Memang takde mood untuk itu, Kemas serba sedikit supaya tak nampak bersepah jadi lah...Orang ada anak kecik dan baru nak habis pantang (aku dah 42 hari), baru buat keje sikit anak dah menangis. Update blog ni pun anak kat sebelah (letak dalam buaian).
Apa pun di kesempatan ini aku ingin ucapkan pada semua pengunjung blog aku ni...
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
Bagi yang nak pulang ke kampung berhari raya tu, hati-hati di jalan raya, semoga semua selamat sampai ke destinasi masing-masing.
Orang sekarang dah jarang yang nak menghantar kad-kad raya ni, semua pun ber'sms' biasanya. Tak pun guna E-Kad. Jadi aku pun ambil peluang buat kad ni untuk semua sahabat handai, rakan blogger dan pengunjung blog ini. Walaupun ada yang cuma kenal di alam maya saja, kalau ada terkasar bahasa, atau ada tak puashati dengan penulisan blog ini harap di maafkan.
~ يوس ~
selamat hari raya kak...salah silap harap dimaafkan...balik kg nnt drive carefully ye..
ReplyDeleteKak Yus! selamat hari raya, maaf zahir batin kak. Jumpa nanti di raya2 akan datang. InsyaAllah.. :)
ReplyDeleteselamat hari raya yus.
ReplyDeletemaaf zahir dan batin.....
Selamat Hari Raya.
ReplyDeleteRaya sebulan! HiHI