Thursday, August 26, 2010

Home » , » Cerita hari ini...

Cerita hari ini...

Aku dah mulakan rutin aku seperti biasa.....

Ini cerita hari ini. Aku nak sidai kain di luar. Seperti biasa, aku berpesan pada Abid untuk jaga adik dia Arif. Bila aku selesai menjemur kain di luar, aku masuk dalam tengok mereka berdua adik beradik ni begini....

Dari belakang nampak macam sedang jaga adik dia....

Sekali tengok dari depan, rupanya dia pun tertidur sama...alahai anak ibu, jaga adik yer...
Rutin aku dah kembali normal kot. Tapi belum sepenuhnya. Aku dah mula ambil Alia balik dari sekolahnya seperti sebelum ini. Dua minggu pertama lepas aku bersalin, abahnya cuti, jadi masa tu tugas SRD yang ambil dia dari sekolah. Dua minggu lepas tu pulak, aku minta tolong cikgu dia yang hantar dia balik. Ni dah masuk minggu ke lima, aku lah yang kena ambil dia.

Inilah rupa orang masih dalam pantang keluar rumah untuk ambil anak dari sekolah. 
Kasut sikit punya cantik, sekali berkain batik..oklah tu kan.

Arif pun kenalah ikut sekali kan. Ini dah sampai rumah semula, nak keluarkan dia dari kereta.

Esok Arif genap sebulan. Sekejap jer masa berlalu kan...

~ يوس ~

7 comments:

  1. hihi.. penat gak eh kak yus. nak keluar kene bawak semua2 budak. sib baik arif tak meragam dalam kereta. Comeynya abid tertido sambil jaga adik. boleh harap la dia ek. hihi..

    ReplyDelete
  2. @Asmara
    Memang ada leceh sikit sbb Arif masih kecik lagi. Akak tgh fikir, kalau nak ke pasar atau ke kedai, macam manalah... setakat ni dalam kete jer, semua benda Din beli lagi, nanti bila dah lepas pantang..kenalah buat sendiri macam biasa. Macam susah jer..huhu

    ReplyDelete
  3. @Asmara
    As, Abid kadang2 boleh di harap, kadang2 tidak..asyik nak cium adik dia jer, habis bergoncang buai tu di kerjakan kadang tu, buat akak seram jer..huhu

    ReplyDelete
  4. kesian tgk si abid tu...comei je sambil jaga adik dia...akak x nak tunjuk ke muka org tgh pantang? x kan tunjuk kaki je kot..hehehe...

    ReplyDelete
  5. @wahida
    Dia memang mengantuk tu Wahida, dari bangun sahur pukul 5 tak tido2 lagi, tulah sampai tertido kat buai adik dia tu.

    Hehe..muka orang tgh pantang takde orang nak tolong ambilkan gambarlah...ambil gambar kaki sendiri jerlah..hehe

    ReplyDelete
  6. nampak berketul2 tangan Arif...mesti kuat minum susu tu kan

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...