Friday, March 06, 2009

Home » » Yuss Airbrush and Painting

Yuss Airbrush and Painting

1hb Mac merupakan hari ulangtahun adikku yang ku panggil abang. Dan 2hb Mac pula hari ulangtahun adikku yang ku panggil adik. Huhu..kami 3 beradik jer, so, dalam keluarga kami, gelarannya cuma kakak, abang dan adik..hehe.

Dan pada hari itu juga (1hb Mac) adalah hari pembukaan kedai airbrush adikku yang ku panggil abang itu. (bang!! bolehlah yer). Tak sangka jadi usahawan adikku ini. Kedai yang diberi nama "Yuss Airbrush and Painting". Bahagian nama nih memang aku ada kompius sikit. Sebab pada papan tanda dia tulis 'Yuss Airbrush Stickers' tapi pada kad dia tulis 'Yuss Airbrush and Painting'. Apa yang pasti memang dia specialist pada airbrush dan painting ler. Stickers tuh dia buat juga kalau ada permintaan. Dan untuk makluman semua, ini semua adalah untuk kereta dan motor atau apa saja kenderaan yang di fikirkan boleh. Pada helmet pun dia boleh buat. Untuk makluman lanjut bolehlah dapatkan butiran dari dia sendiri sebab aku bukan faham sangat skop perniagaan dia nih.

Upacara perasmian kedai airbrush abang.

Ha! Inilah gambar kami 3 beradik di hadapan kedai abang yang baru dibuka. Kedai nih bertempat di Taman Ayer Keroh Height, Melaka. Sesiapa yang berminat bolehlah ke kedai ini yer.
Mungkin ada yang bertanya macam manalah bentuk service airbrush dan painting yang ditawarkan di kedai ini kan. So, inilah contohnya. Kereta tuan punya kedai sendiri. Nih baru jer siap sehari sebelumnya nih. Semata-mata di buat design baru untuk upacara perasmian kedainya.

Cantik tak?Nih pandangan dari sisi kanan

Nih pula dari sisi kiri

Dalam banyak-banyak karakter, Mickey dan Miney Mouse yang dipilihnya...hihi

Aku suka yang nih, nampak simple

Aku dan anak-anak bersama adik-adik dan kereta mickey mouse tuan punya kedai..
Sebahagian daripada kereta kawan2 abang yang datang memberi sokongan.

Buat abang merangkap adik yang dipanggil kawan-kawannya Yus atau Bongsu dan dipanggil Khairul di rumah, semoga berjaya dalam perniagaan ini. Kami doakan yang terbaik untuk abang.

Kalau ada pembaca yang berminat nak jadikan kereta anda atau motor anda atau apa saja lebih cantik dan menarik dengan seni airbrush dan painting nih, bolehlah hubungi adik saya nih di 012-3948284 untuk keterangan lanjut yer.

Doa kami semua ada bersama abang...

Oh ya. Ada yang bertanya ker kenapa nama kedai adik aku ni Yuss sama gak macam nama aku. Sebenarnya kami 3 beradik semua nama Yus.....kalau kat rumah tuh, dulu2 ada kawan telefon, mak atau ayah yang angkat, kenalah mereka bertanya dulu, Yus yang mana yer?..hehe. Ok bang, akak dah tolong promote kedai nko nih. Good Luck yer. All the best. Kuatkan semangat, Insyaallah abang akan berjaya.

p/s: Inilah hujung minggu aku yang memenatkan itu. Mana taknya, dari rumah mak ina terus ke Melaka Sabtu tu bersama mak dan ayah bertungkus lumus masak sempena perasmian kedai abang. Banyak juga juadah hari itu, sampai ke pukul 3 pagi menyiapkan. Esoknya pun ada lagi sehingga ke pukul 10. Semua untuk adik-adikku ini. Tambahan pula hari ulangtahun mereka. Apa pun hasilnya memuaskan hati.

20 comments:

  1. salam yus...

    selamat ulangtahun buat abang... tahniah di atas pembukaan kedainya itu... semoga maju jaya dalam perniagaan... :)

    ReplyDelete
  2. rasa cam baca iklan plak heheheh :p
    bagus ler kak yus ni.. tolong promote kedai adik. guna blog pun dah lebih dasat rasanya dari masuk lam surat kabo heheheeh.

    cantik... tapi cam x sesuai jerk katun tu ngan tuan punya kete.. opssssss :p

    ReplyDelete
  3. salam ziarah

    tahniah buat adik Yus... muda2 lagi dah jadi usahawan... tumpang bangga :)

    ReplyDelete
  4. abang adik.. adik adik.. cumel aje.. iyea la eik... cuma ada 3 beradik aje kan sama.. mcm azi juga.. akak(azi), abg(adik lelaki azi la) dan adik(adik perempuan azi)

    Kalau Alya dia panggil Ammar abang baby tau.. hahahah kelakar..


    Selamat ulangtahun buat abang dan adik..

    Tahniah di atas pembukaan kedainya dan semoga maju jaya dalam perniagaan..

    ReplyDelete
  5. yus.. kalu nk buat guna khmt abg.. leh dpt harga kakak x???
    hehehehe!!

    ReplyDelete
  6. Salam Yus...

    Tahniah pada abang atas perasmian pembukaan kedainya...

    Semoga perniaagaan abang akan berjaya dan maju....

    ReplyDelete
  7. sastri: salam..terima kasih, harap2 begitulah..

    ****************************
    mamamanja: saper lagi nak tolong kalau tak ahli keluarga sendiri kan..hehe

    part kata tak sesuai tuh, kak yus setuju, tapi dah makwe dia suka itu rasanya..huhu

    ****************************
    manje: terima kasih. Moga usahanya membuahkan hasil. Tolong doakan sekali yer..:)

    ReplyDelete
  8. ajzie:hihi..cumel ker?
    Oooo ajzie pun 3 beradik yer...samalah pulak..:D

    Thanks ajzie, harap2 begitulah, moga dia maju jaya.

    ******************************
    kak ngah: yang tuh kena tanya abang dulu..hihi. akak dia nih pun tak tahu berapa rege dia kasi kita..:))

    ******************************
    kak anie: thanks kak. Harap2 begitulah. Saya tumpang bangga kalau dia berjaya.

    ReplyDelete
  9. lukis kat keta? whooaaa, husband maksu mesti suka

    ReplyDelete
  10. confius sekejap abang sekejap adik hehe.. anyway selamat hari ulang tahun kepada mereka berdua.. dan kepada adik .. ehh abang selamat maju jaya dengan business dia tu..

    ada nampak di pamir kereta yg berlukis2 tu masa ke melaka dulu .. agaknya hasil kerja adik yus la kot hehe..

    nak tau satu kereta tu berapa kos tranfomasi tu hehe

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah... Adik beradik akak mmg kreatif erk... bagus2x... mudah2an bisnes nie makin sukses...

    ReplyDelete
  12. maksu: kalau berminat leh lah call adik saya tuh maksu..hehe

    *****************************
    zino: agaknyalah tuh bro zino..dia ada member yg buat mcm tuh juga..

    kalau airbrush tuh kosnya leh tahan gak..contoh satu bonet depan tuh..rege dia min RM700. Tgk design jugalah. Kalau satu pintu kete tuh..min RM500 tengok design gak. So agak2 ler kalau nak buat satu kete penuh...kalau yang minat memang tak heran kan..

    Tapi kalau stickers murah sikit bro zino. Satu transformasi untuk kete min dalam RM7-800. Nak tahu lagi kena tanya adik saya sendiri lah...

    ReplyDelete
  13. Umie: erkkk akak ni kretip apa lak nih...hihihi, kalau adik akak tuh memang sedari kecik kretipnya...

    ReplyDelete
  14. bro zino: ulang sekali lagi bro, rege di atas tadi minimum tau!! tengok design, takut ada yg tersalah faham, atau saya tersalah info, kena bebel lak dengan adik saya tuh..huhuhu

    ReplyDelete
  15. jauh gaks, kat ayer keroh nun... insyallah, tapi waja tak berapa sesuai kot? :(

    ReplyDelete
  16. maksu: kalau airbrush mungkin tak sesuai, tapi kalau sticker boleh juga...:)

    ReplyDelete
  17. tahniah pembukaan kedai, menjadikan hobi sebagai rezeki.

    Bagi peminat-peminat airbrush saya ada jual airbrush dan compressor
    layan:
    http://shop.ebay.com.my/shin_wu/m.html

    ReplyDelete
  18. Salam, boleh bg contact number Yuss Airbrush & Painting ni tak? dh cuba contact kat no diberi tp tak dapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam...., maaf atas sebab2 tertent, Yuss Airbrush kini sudah tidak beroperasi, tuan kedai dah buat kerja lain sekarang.

      Delete
  19. insyaallah dlm hujung bulan nie or bulan 12 di buka semula , owner dh lama xpegang gun spray mengigil katanya haha .. dont worry brother .. janji itu pasti..

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...