Monday, March 02, 2009

Home » » Al-Fatihah untuk arwah pakcik...

Al-Fatihah untuk arwah pakcik...

Takziah buat Mak Ina (adik mak aku) yang telah kehilangan suaminya pada pagi Sabtu yang lalu. Suami mak Ina telah lama menderita akibat sakit buah pinggang. Sejak 10 hari yang lalu dia berada dalam keadaan tenat di hospital Batu Pahat. Seminggu terakhir dia ditempatkan di ICU, dan akhirnya, pada hari Sabtu yang lepas dia pergi meninggalkan kami semua buat selama-selamanya. Mak Ina kelihatan amat sedih atas pemergian pak cik. Pakcik Sham meningalkan dua orang anak, seorang lelaki dan seorang perempuan yang masih bersekolah rendah. Al-Fatihah untuk arwah pakcik, semoga rohnya dicucuri rahmat.

Buat Mak Ina semoga tabah menghadapi ujian ini. Kami akan sentiasa bersama-sama mak ina dan menyokong mak ina dari belakang. Kami tahu, mak ina seorang yang tabah. Harap mak ina terus sabar dan cekal hati mengharungi kehidupan ini.

p/s: Kali ini aku betul2 busy. Bukan saja buat2 busy atau malazzz...... Hujung minggu yang agak memenatkan. Ada masa nanti aku cerita di sini. Hari ini aku harus ke rumah mak ina lagi untuk kenduri arwah di sana. Sehingga di lain waktu......

8 comments:

  1. alfatihah utk arwah pakcik sham

    ReplyDelete
  2. salam kak yus..
    alfatihah utk arwah pakcik sham

    ReplyDelete
  3. Semoga Allah cucuri rahmat...Al Fatihah.

    p/s: Happy Belated Birthday to Kak Yus and Aqil! Semoga bahagia selalu.

    ReplyDelete
  4. Alfatihah..kebetulan pula, saya banyak dapat berita akhir-akhir ni

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...