Friday, March 20, 2009

Home » , » Hai obat hai obat....

Hai obat hai obat....

Tajuk di atas sila baca ikut style lagu P Ramlee dalam cerita Do Re Mi tuh yer..hahaha

Aku ni ada problem kasi anak makan ubat. Mesti semua ada masalah yang hampir serupa kan. Anak susah nak makan ubatlah biasanya. Kalau demam ke, batuk ke, selsema ke mesti berchiinta nak beri diorang nih makan ubat. Itulah biasanya yang aku dengar.
gambar dari google

Tetapi, masalah aku ni lain sikit. Aku ada masalah bagaimana nak habaq kat diorang nih, anak-anak aku nih, yang ubat tuh tak boleh di makan sesuka hati. Ada masa nak makannya. Kena sekurang-kurangnya 4 jam sekali, atau lepas makan. Anak aku semua hantu obat!! Adoiii!! sakit jiwa dibuatnya. Terutamanya Abid yang masih tak faham bahasa lagi tuh.

Minggu ini ada dua orang yang sakit di rumah ini. Alia demam. Abid pulak ada bisul di kepala. Hmmm..tak tahulah macam mana dia boleh dapat bisul. Bila ke klinik, Abid dapatlah ubat antibiotik, ubat tahan sakit dan ubat selsema sebab dia dah mula selsema sikit. Alia pulak ada ubat demam dan ubat batuk. Bila dah makan ubat tuh, setiap sejam dok asyik mintak ubat. Macam mana tuh? Sampai merajuk-rajuk Abid tuh bila aku tak kasi dia ubat. Yelah, pukul 3 petang aku baru kasi dia ubat, pukul 4 dah mintak lagi. Aku letak ubat tu dalam ice box. Dia dah pandai ambil sendiri lak tuh. Adoiii!! Letak atas2 kat tempat telur tuh pun, pandai dia mengambilnya. Habis di panjatnya ice box aku tuh. Pintu peti sejuk aku tuh, yag belah bawah tuh, boleh di buat tempat dia 'swing' pulak..

Bila aku kata tunggu, nanti lepas makan malam, makan ubat lagi. Tak faham dia. Menangis bagai nak apa. Nak ubat..nak ubat. Bila dah reda sekejap. Karang tiba2 dia terjatuh ker, kaki dia sakit ker, jerit lagi nak ubat. Susah betul. Aku sorokkan ubat tuh di tempat yang dia tak nampak, habis di selongkarnya dalam peti sejuk tuh. Lepas tuh mulalah..."Abid takit...nak obat buuu!!! Abid takiiiiiitttt!"

Dan satu lagi yang aku tak tahan tuh, bila aku kasi Abid makan ubat, orang yang tak sakit ni pun nak sama....saper lagi kalau tak Alia dan Aqil. Aqil pun sekali...dah darjah 1 tuh... Aduh!!! Nasib Alia tuh memang kurang sihat sikit, adalah excuse nya kan, Aqil tu yang sihat walafiat tuh pun boleh buat2 sakit sebab nak ubat. Macam mana tuh kawan-kawan..?Mereka nih ingat ubat tuh gula-gula kot.

Bisul Abid dah pecah, menangis sakan dia bila aku picit nak keluarkan nanah bisul dia tuh kasi habis. Lepas tuh apa lagilah kan..."Abid takiitttt buuu. Abid takiiit pala. Abid nak obat!!"!..Hmmmmmm...

9 comments:

  1. Ini la obat hai sungguh istimewa...
    Kalau salah satu,
    Bangun pagi hai hilang nyawa..
    Ubat batuk kering, batuk basah dan selsema......
    mari beli obat ini...
    gerenti.... puas hati

    Obat la ini dari akar kayu..
    kalau salah sapu hai tumbuh lerrrrr bulu......

    Adoiiiiiiiii... kelakar sungguh.. tetapi Seronok jugaa dengar lagu lama lama eik....

    ReplyDelete
  2. SALAM KAK YUS..
    MSLAH KITA SAMALAH,PANTANG NMPK UBAT..MESTI NAK.SAKIT SIKIT NAK UBAT

    ReplyDelete
  3. kalo camni kene bg ubat yg x sedap la baru dorg takmau mkn dh


    esok2 kalo susah mkn ubat,bg lak ubat sedap

    gitu lah seterusnya ha ha

    ReplyDelete
  4. ajzie:hahaha...wah ingat habis lirik nya tuh. Yus tak ingat...huhu

    irfa:ooo ada juga yang sama yer...ubat budak2 nih memang sedap agaknya ekk

    ReplyDelete
  5. luna: ubat yang tak sedap tuh mana nak cari ekk? Kalau saya doktor, tahu mana yang tak sedap tapi kesannya sama, memang saya dah bagi dah. Ker bila jumpa doktor tuh, beritahu dia siang-siang, saya nak ubat yang tak sedap untuk anak saya doktor...huhu. Boleh ke gitu?..hihihi

    ReplyDelete
  6. gitu plak erk kak???
    org susah nak makan ubat
    ni suka benor plak makan ubat

    ReplyDelete
  7. apa lah ibu ni owang tatitttt kena lah makan obat hehe

    ReplyDelete
  8. Wah kak sama Batrisya nih. Sakit sikit je nak mkn ubat. Masa kecik dulu susah giler nak bg makan ubat. Dah besar heran plak mcmana boleh suka mkn ubat. isk2... confuse jugak budak2 nih.

    ReplyDelete
  9. mamamanja: tuhlah....
    *****************************
    bro zino:hehe..dah bagi dah, cuma terlebih-lebih pulak dia mintak obat tuh..huhu
    *****************************
    as: ooo dulu masa kecik pun susah juga diorang nih. Batrisya pun sama yer!

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...