Aduh!! Terharunya. Ramai juga kawan2 blogger yang wish pada aku yer. Terima kasih pada semua yang meninggalkan jejak di ruangkan komen pada n3 sebelum ini. Maaf tak tak dapat di jawab satu persatu. Aku benar-benar menghargainya. Semoga semua doa sahabat2 semua dimakbulkan olehNya.
Aku busy?? Ohh tidak! Kalau aku kata aku busy, takut ada orang kata, poyo jer aku ni. So, jawapan sebenar aku malazzzz!!! Malazz yang tak boleh dibendung lagi. Malazz nak update blog lah apa lagi. Aku nih kalau dengan blog memang ada pasang surutnya. So, paham-paham jerlah kann..kann...
Nih nak habaq mai nih, (eh sejak bila lak aku jadi orang utara) sebenarnya, selang sehari dari birthday aku tuh, birthday anak aku yang sulung pulak. Birthday Aqil. Happy 7th Birthday Aqil. Terasa lak aku nih syok sendiri dapat birthday wish sorang2 sampai ke hari ini, padahal kalau letak n3 birthday anak aku nih dari 23hb tuh, sah2 semua orang wish anak aku pulak..kan..kan... Maafkanlah ibumu ini yer Aqil.
Tapi takpe. Aku tahu Aqil bukan ada minat nak baca pun blog aku nih, kecuali kalau secara tak sengaja masa dia di depan pc, aku tgh bukak blog aku, dan aku suruh dia baca. Macam n3 tebu untuk gajah tuh, tajuk tuh, buat dia baca blog aku nih dengan ketawa yang berdekah-dekah. Bunyinya begini,
Eh! Tebu untuk gajah. Kan Aqil yang cakap nih ibu.
Ha cubalah baca sampai habis.
Muahahahahaha...(ada ker anak aku ketawa gini. Tak dapat nak tiru dgn perkataan cara ketawanya, tapi memang dia sukahati sangat.)
Ibu tulis yang Aqil cakap ker? Ibu ni kelakarlah!
Huhuhu, anakku, anakku. Dah 7 tahun usianya. Tak sangka. Tapi aku rasa dia masih kecil lagi. Masih takde lagak abang. Masih tak mahu mengalah, masih nak selalu menang. Semua kalau boleh dia yang menang. (Nih dengan adik2 dialah ni). Susah aku nak cakap, dia abang, beralah lah dengan adik2. Tapi..oohhh tidak! Dia saja! Moga dia juga akan belajar jadi matang seiring dengan peningkatan usianya.
Nilah rupa kek harijadi Aqil yang aku belikan untuknya. Kek coklat, yang yummy. Masa hari jadi aku tuh, kami beli kek keju atau aku sebut padanya cheese cake. Tahu tak dia cakap apa?
Ha!! Ibu makan cheese cake. Cheese kan untuk tikus. Macam Tom & Jerry tuh! Jerry suka makan cheese ibu.
Huh! Nak kena budak nih. Ibu kamu nih memang suka cheese cake. Tapi janganlah nak sama kan dengan Jerry dia pulak. Nihlah bahayanya suka tengok kartun.... Semua benda nak disamakan dengan kartun...Apa pun;......
happy besday utk aqil dan ibunya jugak... aritu gajah, ni jerry plak.. macam2 aqil ni.
ReplyDeletedesilza: hehe..itulah Aqil. Terima kasih..:)
ReplyDeletesalam kak yus..
ReplyDeletesaya nak wish hepi belated bday.
maafler kalau dah ketinggalan.
semoga sihat dan hepi selalu
hehhee.. adam pn cam aqil. tergelak2 bc blog mummy dia..
ReplyDeleteanyway.. happy b'day aqil...
oohh... happy birthday juga utk Aqil. orait, maksu tak makan ler cheese cake, tak mo kongsi ngan Jerry. ahaks
ReplyDeletesedapnya kek...
ReplyDeletehepi besday buat aqil.
Happy birthday Tom n Jerry.. hihiihih
ReplyDeleteMoga ceria ceria selalu
Happy Belated Birthday buat Aqil dan juga ibunya...semoga aqil akan membesar menjadi insan yang cerdik dan membanggakan Yus...
ReplyDeleteDan buat Yus pula...semoga dipanjangkan usian...ditambahkan rezeki serta berbahagia bersama keluarga sentiasa....
jadi anak yg baik utk ibu ayah...
ReplyDeletehepi belated besday utk aqil zafran :)
hehe..banyaknyer yang tak boleh makan... :)
ReplyDeleteselamat hari lahir aqil zafran. moga jadi anak oleh dan cerdik