Wednesday, November 02, 2011

Home » » GA FM dari Australia: KEPUTUSAN!!!

GA FM dari Australia: KEPUTUSAN!!!

Sebelum tu, nak beritahu ni.....TENSION!!!!
Aku dah hampir habis taip keputusan pemenang ni tadi,
tiba-tiba dia boleh hilang semua....
Aduhai!!Terpaksa ulang semula.

Tarik nafassss.......

Ok, mesti ramai yang dah tak sabar nak tahu keputusan kan.
Aku sendiri malas nak tunggu sampai esok.
Kita umumkan hari ini juga.

Keputusannya.....

Sila lihat cabutan bertuah yang di buat oleh anak-anak aku dalam klip video ini ya...





Dah tahu siapa yang bertuah itu??

Siapa yang tak dapat lihat tu, aku senaraikan di sini ya.

Pemenangnya ialah....

  1. Peserta no 18 - KakYong
  2. Peserta no 15 - Cik Jue Aka Ibu Farisyah
  3. Peserta no 14 - Nazayiena (Nurul)
  4. Peserta no 13 - exora
  5. Peserta no 24 - munna

Tahniah kepada semua yang menang ya!

Harap semua berpuashati.
Susah juga aku nak kumpulkan anak-anak untuk buat cabutan tu sebenarnya.
Terutama sekali Aqil.
Sebab itu muka dia mencuka aje dalam video tu.
Maafkanlah anakku itu ya...huhu
(Tak puashati sebab dia nak main, aku suruh dia buat cabutan ...hmmm)

Untuk lebih jelas, ini gambar FM yang akan anda terima.

FM untuk mereka yang bertuah
Kepada semua yang berjaya, sila emailkan maklumat anda ke alamt email ini : yus76.maznaz@gmail.com

Atau sekiranya anda kawan fb aku, boleh PM terus di Inbox ya.
Lagi senang, boleh kita kenal-kenal lebih dekat.
Yang bukan kawan fb pun boleh add aku kalau sudi.
Kalau nak add, sila klik icon "f" warna pink sebelah kiri blog ini.

Maklumat yang aku perlukan:

  1. Nama penuh
  2. Alamat rumah
  3. No telefon.

Hadiah akan aku poskan minggu hadapan InsyaAllah.
Lagipun dah nak cuti raya haji ni kan.
Kalau dapat maklumat cepat, cepatlah prosesnya.
Kena semua beri maklumat segeralah ya.

Terima kasih sekali lagi kepada yang menjayakan GA ini.

~ يوس ~

28 comments:

  1. saya membantah keputusan ini....!!



    ekekekek..
    tahniah pada yang berjaya..
    yang no2 tu cantik yus..

    ReplyDelete
  2. ala..tak bertuah lah.
    tahniah pd pemenang:)

    apa2 pon..enjoy dpt join GA sis ni..hehe

    ReplyDelete
  3. Hhuhuh...tak menang...!! Hehehe...tahniah pada yang menang...len kali buat lagi ye Yus...

    Hehehe... nak gelak tgk muka tukang cabut nombor 1 tu...macam kena paksa je...hahahha

    ReplyDelete
  4. tahniah kpd semua pemenang.. :)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah rezeki Nurul.....TQ Yus
    nanti Nurul add FB Yus ajelah....

    ReplyDelete
  6. Tahniah kepada yang menang, yang tak menang jangan putus asa. Boleh cuba lagi di lain masa. :)

    ReplyDelete
  7. Tahniah pemenang! hehe comel betul budak2 ni. Aqil macam kene paksa je. ahaha...

    ReplyDelete
  8. yeyeye..cik jue menang...tq adib sayang aunty kat adib...

    bukan main lagi anak kat yus nie..kerjasama yang baik seronok tengok diaorang cabut fM nie...

    ReplyDelete
  9. nak kata berkecil hati tu tak juga.tapi frust kena rejek awal huhu..
    takpa lenkali yus buat lagi.akak tunggu FM lain pula.

    ReplyDelete
  10. tahniah pd pemenang..
    saya x join.rugi..rugi

    ReplyDelete
  11. Waa.. FM Penguin itu sangat comel!! Saya sangat jealous kepada pemenang FM itu.

    Anyway, congrats to all winners!

    ReplyDelete
  12. Sedih tau ... anyway tahniah pada pemenang. Kalau dorang tak claim hadiah, buat cabutan lagik.

    ReplyDelete
  13. seronok tgk anak2 Yus buat cabutan tu...Tahniah utk yang menang...

    ReplyDelete
  14. wahhhh tahniah pd semua!
    cik ana teka salah :P




    luv,
    cik ana

    ReplyDelete
  15. yerrrr akak menang...
    tm ksh adik arif pilih aunty yer..heheh
    x sangka 1st time msk GA kt dunia blog maya ni bawa tuah pula...alhamdulillah
    thanx yus n asben...

    nti akak add yus kt fb yer...

    ReplyDelete
  16. hehee.. bagusnya anak-anak yus..sporting..

    patutnya birthday abid, dia dpt hadiah, nih mak dia lak kasik hadiah..

    :}

    nmpknya auntie teka betul, tapi x bernasib baik la abid.. hehee

    ReplyDelete
  17. abib..
    mana hadiah cik ayu..
    hahahhahaha....
    tahniah pada pemenang ya...
    terutama munna

    ReplyDelete
  18. Tahniah kpd semua pemenang !!!

    ReplyDelete
  19. thanks yus sudi lawat blog akak.terharu rasanye yus masih ingat akak.maklum la akak ni bukannya rajin sgt update blog.org ada blog kita pun nak jugak tu la pasalnye.mmg masam mencuka aqil tu hheh..comel2 belaka anak2 yus sume.

    ReplyDelete
  20. tahniah utk semua yg berjaya mendapat FM yg cantik2 tu.. rezeki2..

    ReplyDelete
  21. Hukhukhuk tak dapat FM aussie..Tahniah pada pemenang:)

    ReplyDelete
  22. fuhh...
    x tercalon..huk huk..
    tahniah kepada pemenang..^_^

    ReplyDelete
  23. tahniah pada sume yang menang...!

    ReplyDelete
  24. yahooo...nama munna naik... TQ pada anak2 akak...

    nanti munna email details ye kak yus...

    ReplyDelete
  25. tahniah untuk yang berjaya.. akak tak sempat2 nak join sebab tak biasa ngan GAni benonyer... mungkin esok dah pandai GA kemaruk lakkan...

    ReplyDelete
  26. Tahniah pada semua pemenang. Wah... Yati terlepas, dah lama tak singgah blog Kak Yus. :)

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...