Saturday, December 31, 2011

Home » , , » Selamat tinggal 2011 | Selamat datang 2012

Selamat tinggal 2011 | Selamat datang 2012

Tiba-tiba teringat lawak dari anakku Aqil tengahari tadi.
Perbualah akhir tahun satu keluarga di dalam kereta. En SRD abahnya berkata,
"Mulai tahun depan, duduk belakang pun kena pakai tali pinggang keledar tau!"
"Kalau tak pakai nanti polis tangkap"

Aqil menjawab;
"Tahun depan tu 2013 ya abah?"

Aku menyampuk;
"Apa pulak 2013, 2012 lah" 

Dengan selamba keluar jawapan ini dari mulut Aqil;
"Kalau 2012 tu bukannya setahun lagi bah, itu kan sehari je. Esok dah 2012 dah!"

Sungguh loyar buruk betul dia....huhu.
Apa pun itu tentunya antara satu kenangan manis sepanjang tahun ini.
Banyak yang manis berlaku dalam tahun ini.
Terutamanya dalam minat aku berblog.
Sepanjang aku mula mengenali blog dan menulis blog dari tahun 2006,
2011 merupakan tahun yang paling manis rasanya.

Manakan tidak, 2011 adalah tahun pertama aku dapat cash-out kan duit nuffnang,
walaupun dah letak iklan tu dari tahun 2009.
Dulu tak kisah dan tak tahu macam mana nak dapatkan earning,
sekarang dah pandailah sikit-sikit.

Dulu rasanya aku menulis lebih syok sendiri,
sekarang pun mungkin sama tapi adalah sedikit perubahan.
Aku dah kenal apa itu entri SEO.
Sedikit sebanyak, terbuat juga entri yang ada SEO.
Memang ada peningkatan dari segi trafik.

Dari dulu follower tak pernah jejak 100 pun.
Tapi tahun ini dia capai angka 100 dah dah melebihi 300 pun.
Tak sangka!
4 tahun pertama takde apa pun, tahun 2011 baru blog ni bernyawa...hehe.

Tahun ini juga mengeratkan lagi hubungan aku sesama blogger.
Aku dapat jumpa 5 orang sahabat blogger tahun ini.
Pertamanya Kak Anie di majlis perkahwinan anaknya.
Entri kenangan aku coretkan di sini.

Kedua aku dapat berjumpa dengan pakngah pemilik blog KomenSen.
Juga kerana majlis perkahwinan anaknya.
Entri kenangan aku coretkan  di sini.

Ketiganya aku dapat bertemu dengan mama sarah-najwan iaitu Kak Zia.
Perjalanan aku ke Kuantan mengikut SRD yang ada urusan di sana,
membuka ruang untuk aku bertemu dengan dia.
Dulu juga seorang blogger yang aktif, dan aku belajar menulis pendek-pendek,
ala-ala perenggan tak betul ni, dari blog dia.
Suka pula aku baca bila dia tulis begitu, walau panjang nampak macam pendek...hehe.
Sekarang tak aktif sebab berbadan dua, mabuk tak sudah ke Kak Zia..hehe.
Kenangan bertemu dengannya ku coretkan di sini.

Dan akhir sekali pada 14 December yang lalu,
bertemu dengan Kak Mulan , dan Kak Rina pula.
Sudah lama kenal di blog dari tahun 2006, akhirnya kami bersua muka di Kerteh.
Memang tak sangka.
Entri kenangan bersamanya ku coretkan di sini.
Kak Mulan masih aktif tapi Kak Rina dah lama sepi dari dunia blog, namun masih aktif di fb.

Sungguh, semua kenangan itu tak akan aku lupakan.
Kenangan paling manis 2011 sepanjang aku kenal dunia blog.

Banyak sebenarnya yang aku belajar dari blog.
Walaupun aku ni kira banyak juga celoteh di sini,
tapi kalau bersua muka aku belum tentu banyak cakap.
Entah ya! Kalau mula-mula jumpa macam malu-malu kucing pun ada.
Tapi kalau dah kenal, barulah mula hangat....ya kot.
Kena tanya blogger yang dah jumpa akulah ya...hehe.

Tahun ini juga menemukan aku dengan lebih ramai blogger di alam maya.
Makin tak sempat nak terjah dan bw semua.
Dan aku pun dah makin banyak idea menulis.
Satu hari 4 entri pun dah boleh.
Dulu??? Seminggu satu entri pun ada...hehe.

2011 juga mencatatkan satu ujian buat aku.
Tatkala aku tahu aku punya masalah retinal detachement,
pada mata kiriku di hari jadiku yang ke 35.
Dan sebulan kemudian,
pengalaman pertama kali mata di bedah di hospital Sultanah Aminah, JB.
Sempat jadi Pirate of the Carribean di entri ini...hehe

Aku pasti merindukan 2011.
Dan semoga kedatangan tahun baru 2012 membuka satu lebaran baru yang lebih bermakna.

Apa azam tahun ini??
Untuk diri dan keluarga, biarlah rahsia.

Untuk blog aku ini, aku ingin ianya lebih berkembang dengan baik.
Punya trafik yang boleh capai 500 ke atas sehari.
Pasti mengujakan, dan aku pasti berusaha untuk itu.
Moga aku tidak patah semangat.

Terima kasih pada semua rakan-rakan blogger yang menyokong.
Semoga persahabatan yang terbina akan terus erat dan lebih bermakna.

Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat maya yus ya.
Yus sangat-sangat menghargainya.
Kalau pun mungkin kekerapan yus ke blog anda semua kurang,
itu tak bermakna yus lupa, cuma masa tak mengizinkan.

Kepada semua sahabat-sahabat blogku sekelian,
Selamat Tahun Baru 2012.
Semoga tahun ini akan menjadikan kita lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.
Teruskan berblog untuk semua ya!

~ يوس ~

13 comments:

  1. blog sis pun makin cantik...

    ReplyDelete
  2. selamat tahun baru 2012, semoga hidup yus sekeluarga akan lebih baik pada tahun 2012 dan tahun-tahun seterusnya : )

    ReplyDelete
  3. Happy 2012 Yus... semoga lebih sukses!

    ReplyDelete
  4. syabas yus..itu yg kita nak
    walau dok di rumah tetap nak
    ada semangat tu kan :)

    kita pun nak terus berusaha dan
    bersemangat! insyaAllah :)

    ReplyDelete
  5. selamat tahun baru Yus...semoga tahun ini lebih bermakna buat yus...

    ReplyDelete
  6. suka baca blog akak.. kalau dulu malu2 nak tinggal komen kat sini tapi skrg tidak lagi. jadi macam benda wajib kena buat tiap kali ke sini.

    apapun izan happy sbb dpt kenal blogger satu daerah.. bilalah agaknya kita nak bersua muka ye kak...

    selamat thn baru buat akak juga... moga akak terus sukses dlm berblogging ni...

    ReplyDelete
  7. salam tahun baru kak yus!!! suke tgk blog akak pinky..i like!!!

    ReplyDelete
  8. Terbaik kak yus..Moga terus maju yea..Selamat Tahun Baru Kak Yus!

    ReplyDelete
  9. amboi..kemain cepat si hero tu nak masuk tahun 2013..kikiki

    Selamat tahun baru kak Yus.. :)

    ReplyDelete
  10. 1. terima kasih kerana sebut dan link blog pakngah.

    2. kita berjumpa dulu sekejap sangat.

    3. dah baik mata ke belum ?

    4. yus x sebut pun memang kontes !

    5. semoga tahun 2012 lebih baik dari tahun lalu.

    6. sampai sekarang pakngah masih tak jelas apa itu SEO.

    ReplyDelete
  11. @al-lavendari
    1. sama-sama pakngah
    2. betul tu sekejap sangat, tak sempat berbual panjang dengan pakngah pun kan...:(
    3. mata ni masih perlukan pemeriksaan berkala dari doktor, rasanya belum, sbb ada masa penglihatan yus kabur, especially kalau lama mengadap pc.
    4. Yalah pakngah, bab tu terlupa pula. Memang pertama kali menang kontes ialah pada tahun 2011, dan itu pun dari pakngah. Terima Kasih pakngah...:). Sorry lupa sebut ya.
    5. terima kasih, untuk pakngah juga semoga 2012 dapat tambah cucu...:)
    6. Kalau ikut pemahaman saya SEO tu, ialah entri yang ada perkataan/topik yang paling popular orang nak cari. Contoh entri video maharaja lawak mega akhir yang saya buat semalam tu pakngah, dari entri tu saja saya dapat 411 pageviews. Dan saya memang perasan dari feedjit dan keywords pada nuff, ramai yang cari benda tu. So, walau tak ramai komen, tp ramai yang datang blog kita kerana mereka mencari benda tu. Begitulah ada kiranya pakngah...hehe

    ReplyDelete
  12. selamat menyambut tahun baru Yus... semoga lebih ceria ya

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...