Thursday, November 10, 2011

Home » » Ibu nak jadi guru tusyen tak??

Ibu nak jadi guru tusyen tak??

Mak aii! Hari ni aku terover rajin.
Mungkin sebab masak awal hari ini.
False alarm ingat tadi air takde kan.

Entri ke 4 hari ini.
Pecah rekod!!
Muahahaaa.....
(Sila jangan muntah hijau ya..hikhikhik)

Anak-anak aku ni, balik saja dari sekolah agama, ada saja cerita yang di bawa.
Hari ini, sampai saja depan pintu rumah,
soalan pertama keluar dari mulut Aqil;
"Ibu nak jadi cikgu tusyen tak ibu??"
Aikk....selama ni bukan ibu ke jadi guru tusyen korang?
Ni apa hal tetiba sebut pasal guru tusyen ni?
Selalu kata ibu garang.
Muka mencuka bila ibu suruh buat kerja rumah ibu.
(Mereka panggil kerja yang ibu suruh kerja rumah ibu...ekekek.)

Rupanya bukan itu yang mereka maksudkan.
Aqil kata, Faris, anak cikgu R
yang selalu tumpangkan anak2 aku balik sekolah agama tu yang nak belajar  dengan aku.

"Ayah Faris yang suruh tanya ibu. Dia kata boleh tak ibu ajar Faris English. Nanti dia bayar ibu."
"Boleh ke ibu?? Ibu nak dia bayar berapa?"
"Nanti Aqil cakap kan eh?"
Mak aii. Anak aku pulak yang lelebih.
Mak bapak cikgu sekolah, mintak aku ajar anak dia??
Aku yang duduk rumah ni????
Huhuhuhu.....

Terkedu  kejap.
Anak aku pulak lebih-lebih.
Siap tanya aku nak minta bayaran berapa.
Sabor ajelah.
Dia pula terover excited...ekekek.

Soalan aku pada Aqil;
"Berapa markah english Faris?"
"Teruk sangat ke sampai abah dia minta ibu jadi guru tusyen."
Dalam hati aku pula;
"Ibu ajar english???"
"Biar betul?"
Hihihihi....
Menurut Aqil, markah english kawan dia tu 60 lebih saja.
Cikgu R suruh tanya aku, kot-kot aku nak ajar anak dia tusyen.

Aku ni ajar anak sendiri bolehlah kot.
Tu pun habis aku hangin bila salah.
Memang kena tahan lah mereka dengan aku.
Mau kena rotan...ekekek

Ajar anak orang? Takut weh!
Tak pernah jadi cikgu aku ni.

Yang si Aqil ni dari tadi dok sibuk kat telinga aku, bila nak bagi kata putus.
"Awat yang nko pulak sibuk sangat ni Aqil?????"
"Rimas ibu tau!"
Hmmm.......

~ يوس ~

13 comments:

  1. aqil berharap sebab nak belajar tusyen dengan kawan dia kot..tu yang dia excited sangt tu..hehhehe

    ReplyDelete
  2. Aqil tu excited...sebab mak dia nak jadi cikgu...hehehe...

    ReplyDelete
  3. kak,bisnes tuisyen skang lumayan..haha..rezeki Allah luas kak. bole cecah rm5000 sebulan tau..ape kate try bakat mengajar..xrugi pon,mengajar anak bgsa,sama da pngkat dgn cikgu, pendidik bangsa.. :)

    FIRST TIME in Malaysia! - NEW YEAR PROMOTIONS

    ReplyDelete
  4. hi yus...
    x semua cikgu kt sek tu pandai english tau...akak pun..hehe

    p/s : thanx sbb hadiah tu akak dh
    dpt ptg td..

    ReplyDelete
  5. akak jue dah dapat fm tue..terima kasih ye.
    tak sempat lagi nak baut n3 sebab tak sihat...

    ReplyDelete
  6. nak blajar jugak boley? :)

    ReplyDelete
  7. Seronoknya Aqil nak ibunya ambik Faris belajar english ngan Yus,mesti nak buat teman belajar tu.
    Bolehlah Yus jadi guru tuisyen,kan Yus ada kelayakan dan boleh mengajar juga boleh buat side income.

    ReplyDelete
  8. payah juga kalau ajar anak org ni
    kalau anak sendiri senang je..
    boleh marah2..
    boleh piat telinga...hehe~

    ReplyDelete
  9. dia excited ibu dia nak jadi cikgu tuisyen tu yus.. he..he.. ajar anak sendiri dengan ajar anak orang tak sama kan yus.. tp klu boleh bantu, bagus juga tu..

    ReplyDelete
  10. Lepas ni boleh panggil cikgu Yus.. :D

    ReplyDelete
  11. wani penah jd cikgu tusyen

    sume subjek skolah rendah wani ajar
    yg best, parents dorang sporting...siap bagi rotan lg...suh wani rotan anak2 dorang

    smpai skang rapat ngan keluarga tu :)

    ReplyDelete
  12. hahhaha.. mesti anak2 Yus cemerlang nih.. tu yg depa excited nak rekemen ibu depa buat tuisyen tu...

    tp kan, memang besor sikit cabaran mengajar anak orang.. anak kita, kita dah faham angin nya.. anak orang, mungkin kena amik masa kot.. tp kalo budak tu memang berminat nak belajar, mungkin lain sikit lah kot..

    kakyong ni pun dah terasa bahang cabaran ajor anak sedara umur 6 tahun belajar mbaca.. ;(

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...