Monday, November 28, 2011

Home » , » Bukit Gambang Resort City : Bahagian 3 (Menuju ke Waterpark)

Bukit Gambang Resort City : Bahagian 3 (Menuju ke Waterpark)

Hari ini baru ada mood nak sambung lagi cerita cuti-cuti ke BGRC.
Sebelum tu, siapa yang terlepas bahagian 1 dan dua sila ke link ini dan ini.

Ada pertanyaan dari beberapa orang pembaca mengenai sewa bilik family suite pada bahagian 2 yang lalu.
Maaf kalau aku lambat balas ya.
Sekarang ni memang agak susah nak balas komen kan aku ni.
Bukan sombong tau, tapi memang tak sempat.
Minta maaf banyak-banyak tau,
sebab aku kena bahagikan masa untuk update entri dan bw lagi.(eleh, blogger lain pun sama gak, sempat aje kan)

Namun, komen yang berbentuk pertanyaan, sebolehnya akan aku cuba jawab.
Kalau tidak di sini, di blog korang biasanya.
Harap tidak serik untuk tinggal komen di blog kecik aku ni.... :x

Ok, melalut pulak.
Sebenarnya, korang boleh tengok harga untuk bilik2 tu di sini.
Namun itu harga anggaran saja.
Waktu sesak time cuti ni lagi mahal sikit biasanya.
Lebih-lebih lagi kalau korang booking lambat.
Macam kami kira lambat juga.
So, dapatlah sebilik family suite tu dalam RM400++ satu malam.
Harga termasuk sarapan pagi.
Dan kami booking menerusi agoda.com, sebab lagi murah harga yang di tawarkan.

Lagi lambat korang booking, lagi tinggi harga tu tau!
So, kalau nak pergi baik booking cepat-cepat, dua tiga bulan awal pun takpe.

Tapi family suite ni boleh masuk ramai orang.
Kami 8 orang kat dalam tu rasa selesa sangat.

Ok, baru nak sambung cerita....:p.

Makanan semua dah licin baru teringat nak ambil gambar. Abid tunjuk sayang kat atok ayah dia pulak....hehe
Pagi itu sarapan pagi pukul 9.
Nasi lemak ada, pau ada, mee goreng ada.
Makanan kurang enak kot, tapi bedal saja sebab dah lapar kan.
Orang sangat ramai, tempat makan BGRC tu sampai tak muat.
Terpaksa ke ruangan bawah...huhu.

Bila perut dah kenyang, terus ke lobi menuju ke tempat naik tram.
Kalau dah menginap di BGRC, tak perlulah bawa kereta ke waterpark dia kan.
Naik tram jentolaknya saja.
Tapi masalahnya, tram ni pun kena bayar rupanya.
Sorang singgit...huhu.
Tak kisahlah, yang penting tak perlu parking di sana.
Anak-anak pun teruja naik tram.

Aksi-aksi mereka sebelum tram berjalan. Tram mereka panggil ni? Bolehlah....hahaha.
Ini pula apa yang kami nampak sepanjang perjalanan ke park hari itu. Ada yang berjalan kaki saja...tak jauh pun sebenarnya, dalam 1km gitu.

Lagi apa yang kami nampak sepanjang berada di dalam tram itu. Sempat rakamkan aksi keluarga lain di papan tanda Bukit Gambang Water park itu.
Ok, bila dah sampai, acara membeli tiket masuk ke park.
Harga tiket masuk, RM14.90 untuk kanak-kanak,
dan RM20.90 untuk dewasa.
Warga tua berumur 60 tahun ke atas dapat harga kanak-kanak juga.
Ayah aku sama harga tiket dengan cucu-cucunya.

Sekiranya ketinggian anak anda di bawah 90cm, lebih rendah dari penguin comel ni, dapatlah masuk percuma ya. Untuk keluarga aku, Arif saja yang dapat...huhu.
Setiap yang masuk ke park akan dapat gelang tangan.
Masing-masing akan di pakai kan gelang tangan tu,
cuma ketua saja gelang tangannya mempunyai nilai.
Aku dan SRD punya gelang tangan ada nilai e-value.

Di pintu masuk park, semua beratur, untk pekerja mereka yang berbaju biru dan bertudung hitam tu pakaikan gelang tangan.
Dalam park ni tak boleh guna duit tunai.
Jadinya, segala apa yang nak di beli di dalam, guna e-value pada gelang tangan ketua tadi.
So, better masuk nilai banyak sikit dalam tu sebelum menuju ke dalam park.
Sebab kalau tak cukup nanti kena beratur lagi nak top-up.
Leceh!!!
Kalau ada baki, dia kembalikan duit tu, jangan risau.

Beratur untuk sewa tube dan senarai harga sewa tube dan locker
Sampai dalam, kena sewa tube dan locker dulu.
Nak sewa cabana dah habis.
Kami sampai 930 pagi pun dah habis cabana...huhu, cepat betul.

Bersama tube yang kami sewa. Tube no 8. Untuk Arif ada pelampung sendiri. Boleh bawa pelampung sendiri ya kawan-kawan untuk anak2 kecik tu.
Bergambar dulu sebelum menuju ke tempat untuk mandi...ekekek.
Aiseyy.....Aqil dah muncung, turn dia guna pc sekarang.
Semua kerja yang aku suruh dia dah buat, tapi ibu dia ni lambat pulak kan.
Makanya, bersambung lagi ya kawan-kawan......:D

Sebelum tu, menjawab pertanyaan kakyong sebelum ni.
Kami masak atau cari makan sendiri.
Jawabnya, cari makan di luar sendiri untuk makan malam.
Malam Sabtu tu, kami ke bandar Kuantan, makan-makan di Terminal Zul lagi...hehe.
Takde dapur nak masak kakyong.
Kabinet dapur aje yang ada dalam bilik tu...ekekek.
Tapi sarapan pagi ada dah, termasuk dalam harga pakej bilik tu kan.

ok, to be continued.....

~ يوس ~

14 comments:

  1. ok..jadi nak pi kena pi masa musim bukan cuti sekolah la..
    silap2 tak de orang kat situ..hehehe

    ReplyDelete
  2. mm.. tiket masuk lebih renah berbanding A FAMOSA waterpark..

    nak gi gak lah!!

    ReplyDelete
  3. wah best2! akk bg info semua tau, sgt berguna ni. nnti balik nak pergi jugak la. :D

    ReplyDelete
  4. masa ke sana aritu ieda memang x hinggat nak bawak tube sendiri soo memang guna tube disana je :)

    ReplyDelete
  5. mcm best je ni..

    *teringin nak pergi ,tapi tak mampu la..heheee

    ReplyDelete
  6. @diana
    kalau nak mengelakkan ramai orang tu, kena pilih masa bukan cuti nampaknya...:)

    ReplyDelete
  7. @Fatin Mraz
    mmg lebih rendah dari A Famosa, atas faktor ini juga kami ke sana...:)

    ReplyDelete
  8. @ieda
    yus pun tak bawa tube sendiri ieda, beli kat kedai gift shop depan tu sebelum masuk...:). Untuk Arif kan, sbb dia mmg suka main air juga...

    ReplyDelete
  9. @Woofer Storm
    belum stabil mmg nak pergi pikir dua tiga kali kan....

    Kami pun baru je dpat pergi ...

    ReplyDelete
  10. bestnya.. tak pernah lagi ke gambang tu.. sebelum ni ada merancang tp tak menjadi.. mungkin satu hari nnt kot..

    ReplyDelete
  11. amboi...kak yus pun dh gi
    sy yg 15minit je dr BGRC pun x gi2 lg...

    ReplyDelete
  12. Bestnya pegi waterpark dan hg tiket lebih murah dr Melaka wonderland...

    ReplyDelete
  13. belum sampai ke sana lagi la...

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...