Sunday, December 26, 2010

Home » » Taman Buaya Melaka

Taman Buaya Melaka

Cerita yang dah nak basi. Sebelum sessi persekolahan bermula, eloklah aku masukkan cepat dalam blog ni. Nanti bukan jadi basi lagi, terus berkulat..:P.

Antara aktivit kami sekeluarga sepanjang cuti ini adalah berkunjung ke Taman Buaya Melaka. Anak-anak mulanya nak ke zoo, tapi dulu dah pernah ke zoo Melaka. Sebagai alternatif, kita pergi tengok buaya pulaklah. Bukan buaya darat tau, ni buaya betul ni. 

Gambar 1: Nak juga ambil gambar biar nampak tulisan Taman Buaya Melaka tu. Walaupun agak jauh, janji puashati.

Gambar 2: Yang ni baru betul, nampak jelas tulisannya kan. Di depan pintu masuk Taman Buaya ni.

Gambar 3: Antara yang menarik ada di Taman Buaya ni. Bangunan mini kebanggaan negara kita, KLCC, A Famosa Melaka dan bangunan Parlimen.

Gambar 4: Buaya dah hampir nak baham Aqil. Tolong!!!!..hehe, ni buaya betul yang telah di awet tau!

Gambar 5: Antara aksi anak-anak aku tengok buaya. Hati-hati ye semua, kang kalau jatuh kat dalam tu, takde siapa boleh tolong.

Gambar 6: Antara buaya yang kami dapat lihat. Semua besar-besar, tapi macam malas je. Dah kenyang kot.

Gambar 7: Arif pun nak tengok buaya juga, Ibu mertuaku Misz Sephia dan Abid tak ketinggalan juga.

Gambar 8: Kentang Spring Goreng yang menarik perhatian aku sebenarnya..hehe. Anak-anak aku apa lagi kan, semua pun nak merasa.

Gambar 9: Selepas keluar dari Taman Buaya, berehat pula di Mc D berhampiran, makan Sundae dan McFlurry. Sedap...
Sebenarnya bukan buaya saja yang ada di Taman Buaya Melaka ni. Pelbagai spesis ular, kura-kura dan ayam pun ada.Saja nak puaskan hati anak-anak ni tengok haiwan. Kami pergi ni 5 Disember lepas kalau tak silap. Ok, cuti lain kali kita tengok lain pula ye. Taman rama-rama ke?.......(Soalan di aju kepada SRD sebenarnya...hehe).

Nota kaki: Waktu entri ini ditulis, kami di Muar baru lepas dari balik rumah orang kahwin.

~ يوس ~

14 comments:

  1. kak, kentang sring sedap kan? saya pun suka...

    ReplyDelete
  2. salam yus

    akak pun pernah pi taman buaya ni..kecut je perut..takut anak2 terlepas ke dalam he he..padahal ada pagar.

    ReplyDelete
  3. sy nak pegi tak jadilah yus...asalnya nak pegi sabtu semalam...demam balik pulak sy :(
    Yus menginap kat mane...Melaka pun dah sesak skrg kan...

    ReplyDelete
  4. seronotnyer...

    last akak pi thun 2007..tapi sb kursus..anak ngan hubby je pi sini..jd akak belumlah...

    si najwan dok request lgi nk pi zoo..huhu..xckup zoo kemaman aritu

    ReplyDelete
  5. @wahida
    Boleh tahan sedap. Ada pelbagai perisa pulak tu kan...Akak suka juga..:)

    ReplyDelete
  6. @kak Erna
    Ha kan Kak Erna. Seram juga takut mereka terlepas kat dalam tu..hehe

    ReplyDelete
  7. @n.hasleena
    Alahai. Masih kurang sihat ke Leena. Takde rezeki nak pergi kot. Lain kali boleh pergi tu.

    Masa kami pergi tu, on the way nak balik ke Muar dari PD. Kan kami ke PD yang jumpa Pak Hamid Gurkha tu..hehe.

    Tapi kalau bukan sebab tu pun, rumah mak Yus memang di Melaka. For sure lah akan menginap di sana kalau ke Melaka kan..:D

    ReplyDelete
  8. @sarah-najwan
    Hehe..zoo Melaka pun boleh tahan gak besarnya kan. Boleh ler lepas ni ajak anak-anak akak ke Melaka pulak...:)

    ReplyDelete
  9. bagus sebenarnya bawak anak2 ke zoo ni...sbb selain bersiar2..ia satu sesi pembelajaran mengenal binatang kan...

    btw...berapa ek rm masuk zoo ni..dah lama tak pg...lupa dah...

    taman rama2 tu yu maksudkan kat cameron ke?

    aritu asha sefamily lalu je....tak singgah kat taman rama2 tu...sob sob sob...ada peristiwa sbb tak singgah...

    selamat 'nak habis' bercuti kepada anak2...

    ReplyDelete
  10. @~aSHa~
    Erkk..zoo yus tak ingat lah. Yang Yus masuk ni Taman Buaya Melaka. Bayran masuk RM 8 dewasa, RM5 kanak-kanak. Tu kalau tak nak main air kat taman air dialah, tapi kalau nak masuk semua tak silap RM10 dan RM6.

    Taman Rama2 yang Yus maksudkan tu yang kat Melaka juga...hehe

    ReplyDelete
  11. alahaiii .. arituh g zoo melaka tak sempat nak cross jln g taman buaya tuh anak2 dah pakat tido dlm keta lak .. jwbnya .. lenkali jeklah pegi hu3

    ReplyDelete
  12. lama sungguh tak tengok buaya dalam tu hehe

    ReplyDelete
  13. kak, jgn tukar background tau, biar sye yg tukar, jap ek....

    ReplyDelete
  14. best nya Arif jalan2.. tgk buayaaaaa..

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...