Wednesday, December 01, 2010

Home » » Bunyi-bunyian pelik....

Bunyi-bunyian pelik....

Sudah pukul 12 tengah malam. Masa untuk tidur. Masing-masing bersiap sedia untuk zzzzzz atas katil. Tiba-tiba dengar bunyi seperti ada orang tarik kerusi. Kami diam....

Selang beberapa minit, bunyi lagi seperti ada orang sedang mengemas. Lagaknya macam sedang mengalihkan benda berat. Almari mungkin. 

**************************************

Waktu tengahari. Matahari terpacak atas kepala. Kiranya panas terik lah. Tiba-tiba dengar macam ada sesuatu di atas bumbung. Seperti ada benda sedang bergerak. Kuat pulak tu. Apa agaknya?

*************************************

Suatu malam lagi. Kami sedang menonton cerita P Ramlee. Malam dah hampir ke pagi. Yelah, dah hampir lepas pukul 12. Tiba-tiba dengar bunyi dari sebelah. Kali ini seperti ada orang main guli. Main guli apa tengah-tengah malam? Diam seketika. Bunyi seperti orang mengetuk dinding pulak. Aku pun membalas ketukan. Dia balas juga. Aduh pelik ni! Selang beberapa ketika, terdengar pula bunyi kerusi di tarik. Kuat bunyinya.

************************************

SRD terserempak dengan jiran sebelah satu hari. Dia bertanya, "Ada mengemas malam-malam ke?" Jiran sebelah jawab, " Takde. Bukan korang ke yang mengemas malam-malam? " :::Hah!!!:::

***********************************
Jiran ingat kami yang buat bunyi. Kami pulak ingat dia yang buat bunyi. Dapat email dari jiran, ( dengan jiran sebelah pun beremail ni...hihi, nampak sangat susah nak jumpa)
Subject: Salam
Yus, nak mintak no phone... senang sket nak contact2... semalam ada dgr bunyi pelik dpn umah tak?
Aku balas :
Salam,

Semalam tak dengar sebab dah flat. Tidur awal. Tapi mmg selalu ada dengar bunyi pelik, kadang dari atas bumbung, kadang2 dari sebelah. ..huhu.
No yus 013-xxxxxxx atau rumah 07-4xxxxxx
Jiran balas lagi :
Erm... serupa ler... Bunyi org tarik kerusi kt ruang makan, selalu gak dgr... bunyi benda bergerak atas bumbung... Malam kemarin dgr cam bunyi org mengetuk kt depan umah betul2 kt garaj kete, nak gi jenguk, takut plak... huhu...

*************************************
Kalau bukan dari rumah kami, dan bukan juga dari rumah dia, siapa???? Aku dah kecut perut. Aku cerita dengan SRD tentang email jiran kami tu. SRD jawab, ::: Ada ruang lain kot antara rumah kita dan rumah dia. Orang dalam ruang tu lah yang buat bunyi :::

:::gulp:::. Dinding dah melekat antara rumah aku dan dia. Mana ada ruang lain bang oii. Korang rasa bunyi dari mana ekk??

~ يوس ~

23 comments:

  1. hahah.. jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri....... tettttt

    ReplyDelete
  2. uuu..ngerinye! siap boleh main balas2 ketuk lak nih.. bahaya nih..

    ReplyDelete
  3. isshh... toksah la citer.. seram.. sini mcm2 bunyi gak tapi sbb tepi utan.. musang ada, ba ali ba ya pon ada, chipmunks pon ada... heheee...

    ReplyDelete
  4. hahaha..spooky space.. xpelah kak, diorang nak berjiran dgn akak & jiran sebelah la tu..;-) xpe, asal jgn kacau akak sekeluarga udah la ye kan?

    ReplyDelete
  5. @Misz Sephia
    Tulah Ana. Tapi dia bukan hari2 lah, kekadang jer dengar..

    ReplyDelete
  6. @MULAN
    kak Mulan, rumah yus ni pun belakang dah macam hutan. Semak samun dari tanah orang ni. Keliling belakang kelapa sawit. Landak pernah lah Yus jumpa, lelain takde lagi

    ReplyDelete
  7. @Umie
    Tulah, akak pun fikir gitu gak, asal dia tak kacau kita sudah...lagipun bukan hari2 dengar, ada masa2 jugak.

    ReplyDelete
  8. @Ina Hashim
    yus pun seram ni kak, lebih2 lagi kalau terdengar time husband outstation. ...huhu

    ReplyDelete
  9. yus, kalau ada bunyi2an mcm tu, simptom2 ada nye j** kat rumah. yus cuba pasang ayat2 ruqyah kuat2 setiap malam. ayat ruqyah ni ayat jampi utk halau j** & makhluk halus lain, dan juga sbg pelindung & penawar kalau terkena gangguan. zaidi ada simpan ayat tersebut dlm hp dia, nnt bila2 boleh pesan kat din utk bluetooth.

    ReplyDelete
  10. @hajarus
    Kalau yg baca dah seram, akak lagi seram ni..:D

    ReplyDelete
  11. @atie
    Alamak! Minta-minta bukan. Kami pun ada beli cd bacaan ayat-ayat untuk menghalau j** & makhluk halus ni. Selepas ni akan di pasang selalu...InsyaAllah.

    ReplyDelete
  12. Akak! takot!! hahaha.. kita ni ala2 penakut gak! tp harap2 xde apa la eh. moga semua selamat. Sib baik anak ramai boleh teman. hihi..

    ReplyDelete
  13. @Asmara
    Akak ni pun sama, ala-ala penakut. Tulah, nasib ada anak2 teman. Din selalu gak outstation tu...huhu

    ReplyDelete
  14. seramnya, biar betullll...

    tataula ni kes yang sama ker tak, tapi nak cerita sikit. haritu waktu mengandungkan aisyah 7 bulan camtuh, ada bunyi2 dari atas bumbung. bunyi orang tabur pasir, tolak2 barang/batu berat, ketuk2, macam ada tapak kaki menyusup diam2 pun ada jugak.. serius takut. tanya budak2 sebelah diorang tak dengar apa2 pun, tapi yerla budak2 tinggal ramai2, main game la apa la, mana nk perasan...

    pastu kitorang panggil polis, sebab kes curi byk kt taman kitorang waktu tuh..

    polis datang 2 kereta, bawak mahine gun semua..check semak, belakang rumah, suluh2 atas bumbung, 2 org ronda belakang, lain2 pusing taman tuh...

    tapi tak jumpa apa2...cuak gilerr... memang tak tido kitorang. standby hphone n tido kt luar, konon2 senang lari klu apa2 hal...jiran sebelah lagi pula blk kampung waktu tuh...

    2 hari lepas tuh, jiran kitorang balik, (si kamalia n husband ler jiran kitorang). pastu diorang report nampak musang pandan berlegar2 kt tepi umah...

    sabor jer la..rupa2nya dia buat lubang kecik untuk masuk celah2 bumbung sebab tuh polis tak jumpa apa2. sarang diorang musnah lepas banjir sebelum tuh. hihi, ksib baik musang tuh tak kena tembak dgn machine gun..

    malu jugakla sebenarnya nk cerita kt sini, tapi just check dulu kut2 binatang bersarang.. klu tak, no komen :(( kena ikhtiar cara lainla nampaknya...

    ReplyDelete
  15. Dlu umah sy penah gak masuk binatang bersarang kat bumbung, syiling... mcm2 bunyi dia wat... ingat ape la yg bunyi2.. last2 jumpe time tengah bersihkan blakang umah nampak ada musang kuar dari atap... lompat kat pokok rambutan blakang umah...

    ReplyDelete
  16. @lady zaini
    Ada terfikir mungkin binatang. Lagipun sekarang dah takde dengar lagi.

    Dia main2 je kot.

    p/s: mesti pengalaman tak boleh lupa tu kan zakiah.

    ReplyDelete
  17. @Lan
    Ini Lan anak PA Dr ye?

    Ooo, musang suka buat sarang kat syiling rumah ye? Huhu..takut juga ni.

    ReplyDelete
  18. Salam Yus,

    cerita yang sama macam cerita kawan akak.. boleh baca di blog dia...

    http://menuju-jannah.blogspot.com/2010/11/sharing-house.html

    ReplyDelete
  19. SAlam Yus,

    Rumah saya la yang dimaksudkan oleh k.nurazzah8 tu. Saya panggil ustaz dan Alhamdulillah sekarang dah tak dengar lagi bunyi2 tu. Cuba la cari ustaz juga. Bukan apa, ustaz kata, sekarang memang dia tak kacau, tapi bimbangkan dia semakin berani dan mulalah nampak kelibat sana sini.

    Semoga semuanya selamat.

    http://menuju-jannah.blogspot.com/2010/11/sharing-house.html

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...