Wednesday, February 09, 2011

Home » » Pokok apakah ini?

Pokok apakah ini?

Salam pagi Rabu semua,

Aku agak kurang mood  pagi ini. Makanya nak buat entri ringkas saja di samping nak minta semua yang datang sini meneka. Mungkin ada yang tahu, dan ada juga yang tidak. 

Siapa tahu, pokok apakah ini?
Ok. Siapa kenal pokok apakah yang dalam gambar di atas tu. Kita guna benda ni hari-hari buat masak tau. Pokok ni elok je tertanam di belakang rumah emak aku. Kalau tak berapa jelas, sila tengok gambar kedua.

Nampak tak buah-buah dia tu...
Ha! Siapa tahu ini pokok apa?

Aku sebenarnya sebelum ni memang tak tahu ini pokok apa. Masa tu buahnya takde lagi, lagilah tak tahu kan. Balik rumah emak selalu nampak, tak pernah tanya pun emak pokok apa. Tapi dalam tahun lepas lah, mak cakap. Sekarang dah tahu dah....

Anda semua tahu ni pokok apa? Silalah teka ye. Entri suka-suka, nanti bila mood celoteh aku dah datang, bolehlah tahu jawapannya....:)

p/s: Kenapa aku rasa mood berblog aku kurang selepas cuti CNY ni?....Tolong!

~ يوس ~

24 comments:

  1. pokok asam jawa..eemm sedapnya buat juss

    ReplyDelete
  2. asam jawa!!!!!teka je..rs ye kecik2 dl..jiran ada tanam..tp nampak kecik je..tp gmbr kedua tu besar je buah ye..confius.

    ReplyDelete
  3. pokok asam jawa..bukan asam keping..hehe

    sedak ni yus buah asam jawa tu..kalu kat klate..jeruk nge air lada..meleleh air liur akak nih yus..wawawawa

    ReplyDelete
  4. Yus...pokok asam jawa...akak suka kutip buahnya yang jatuh dulu... buka kulitnya... perap ngan garam...sedap...

    ReplyDelete
  5. saya tau...pokok asam jawa!!! ada hadiah tak? ekekekekek...

    kak, saya kesian sgt tgk hidung arif bertanda...mesti dia tgh lasak sekarang ni...

    ReplyDelete
  6. itu pokok asam jawa...
    mase kat kg dulu2 suke mkn buahnye yg blm masak lg tu...masammmmm

    ReplyDelete
  7. @bun_nee
    ramai dah bg jawapan tu, pokok asam jawa

    ReplyDelete
  8. @ermayana a.k.a mrs mahzan
    sedap ye buat jus yana, mcm mana ye? Pokok tu akak tgk, orang lain yg dok kutip, kami tak tahu makan..huhu

    ReplyDelete
  9. @atie
    betul lah tu atie, gambar kedua tu dah close up sikit agaknya tu yg nampak besar

    ReplyDelete
  10. @mrs_zura
    untuk kepastian, betul jawapan zura tu..hehe

    ReplyDelete
  11. @sarah-najwan
    wah akak, mmg pandai makan ni. Kami tak pandai makan kak..huhu

    ReplyDelete
  12. @aNIe
    oo kena perap dulu ye kak Anie. Ni SRD mencuba, makan gitu je, masam..huhu

    ReplyDelete
  13. @wahida
    mmg tgh lasak wahida, jwpn anda betul, tp takde hadiah...hihi

    ReplyDelete
  14. @ainnoraini
    aduh! yus mmg tak pandai makan benda yg masam2 ni..huhu

    ReplyDelete
  15. Pokok asam jawa ni. Dulu masa kecik-kecik, kat tempat ngaji, lepas habis ngaji makan buah asam jawa yang muda. Masam tapi syok. Hehhe...

    ReplyDelete
  16. @Yati
    Saya dah tua ni barulah kenal itu pokok asam jawa Yati..huhu

    ReplyDelete
  17. pokok asam jawa...mak cma suka mkn buah dia..
    masammmmm..cma x bole mkn buah asam jawo ni..

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...