Friday, December 03, 2010

Home » , » Rambut gugur selepas bersalin. Apa kaitan dengan air liur anak pulak?

Rambut gugur selepas bersalin. Apa kaitan dengan air liur anak pulak?

[gambar] : google
Sebelum ini aku memang mengalami masalah keguguran rambut. Semasa mengandungkan Arif, masalah ini beransur kurang. Sukanya hati aku. Aku pun ingat semuanya sebab aku guna syampoo ni lah. Sunsilk for hairfall solution. Tapi sebenarnya tidak. Rambut aku gugur semula. 

Usia Arif dah 4 bulan sekarang. Dia memang suka sangat menyemburkan air liurnya. Kalau tengok dia main buih-buih melalui mulutnya memang asyik....:glad:. Akibatnya rambut aku gugur semula. Semakin banyak pulak aku rasakan. Selepas saja mandi, tengoklah dekat lantai. Pasti ada helaian rambut sana sini. 

Aku musykil lah. Apa kaitan rambut gugur ni dengan anak suka menyemburkan air liur kan? Takde kaitan langsung aku rasa...:/. Korang ada masalah sama tak? Ibu-ibu di luar sana yang ada bayi kecil, ada masalah rambut gugur tak? Apa petua untuk kurangkannya?

Bila aku google, aku jumpa maklumat ini:

Kebiasaannya lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut dikepala kita tumbuh dan 5 ke 15 peratus didalam keadaan peringkat berehat. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur (kerap kerana bersikat atau ketika anda syampu rambut anda) dan digantikan dengan rambut baru. Purata keguguran bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai rambut sehari.
 
Ketika mengandung, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan jadi terdapat sedikit sahaja rambut yang berada dalam keadaan berehat dan kurang rambut yang gugur setiap hari. Tetapi selepas bersalin, tahap estrogen akan jatuh dan banyak folik rambut memasuki peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat. Keguguran luarbiasa ini akan berkurangan dan rambut anda akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa diantara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.
Namun tidak semua wanita mengalami perubahan dramatik pada rambut mereka ketika mengandung atau tempoh berpantang.
sumber: klik sini
Jadi maksudnya tiada kaitan langsung dengan bayi kita main buih guna air liur dia tu kan. Tapi, mana-mana aku pergi, bila cakap rambut gugur je, mesti ada yang jawab, :::anak suka main air liur ye?:::. Kadang-kadang pelik juga kan.

Satu lagi aku jumpa maklumat di bawah ini : ( Aku C&P untuk bacaan aku dan sesiapa yang boleh memanfaatkannya.)

Apa yang anda perlu ketahui:
  • Keguguran rambut selepas bersalin adalah normal.
  • Wanita mempunyai anggaran 100,000 helai rambut di atas kulit kepalanya.
  • Purata 100 helai rambut gugur setiap hari.
  • Pertambahan hormon estrogen semasa hamil menyebabkan rambut tumbuh dengan lebih banyak.
  • Jadi semasa hamil, rambut anda biasanya lebih tebal dan lebih sihat.
  • Selepas anda bersalin, paras hormon akan kembali normal.
  • 2-3 bulan selepas itu anda akan mengalami keguguran rambut yang agak teruk terutamanya jika keturunan anda ada masalah botak. Teori orang-orang lama mengatakan bahawa keadaan ini mula berlaku apabila anak mula menyemburkan air liurnya.
  • Keadaan ini akan berterusan selama 3-6 bulan lagi dan mungkin sehingga 9 bulan.
  • Ia tidak dipengaruhi oleh penyusuan susu ibu.
  • Selepas ini pertumbuhan dan keadaan rambut akan kembali kepada keadaan sebelum anda hamil.
Untuk mengurangkannya:
  • Ada ibu akan mula memotong rambut selepas ini kerana rambut yang pendek sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah keguguran rambut selain daripada mudah diurus.
  • Rambut ibu yang panjang mungkin boleh membelit tangan, kaki atau lain-lain anggota badan bayi membuatkan bayi berasa sakit dan tidak selesa.
  • Jangan lupa, teruskan ambil makanan yang sihat dengan protin dan zat besi secukupnya.
  • Anda boleh meneruskan pengambilan vitamin pranatal anda.
  • Gunakan sikat lembut dan sikat rambut dengan cermat untuk mengelakkan sikat menarik rambut dengan lebih banyak. Elakkan menyikat rambut semasa rambut basah.
  • Elakkan membuat rawatan menggunakan bahan kimia seperti mengerinting, mewarnakan dan sebagainya sehingga rambut kembali normal.
  • Bersabarlah, kerana keadaan ini hanya sementara sahaja.
  • Beritahu doktor anda jika keguguran rambut sangat serius terutamanya jika terdapat gejala lain.
Sumber:
  • dermatology.svhm.org.au
  • Postpartum hair loss, babycenter.com
Bila rambut dah gugur banyak ni, rasa nak cuba Yun Nam Hair Care tu pulak....:P

~ يوس ~

7 comments:

  1. umur baby akak sama ngan Aniq kan...sama la ngan Aniq mama, tgh suka menyembur skang, kebetulan plak rambut mama nya pun tgh gugur menggila2..hehe..tp mmg xde kaitan pun

    mama pernah bc, mmg biasa nya 3-4 bulan lepas bersalin, rambut tends to gugur..hormon... kebetulan plak by dat time, baby baru pandai menyembur kan :)

    ReplyDelete
  2. ermmm..
    ada kaitan dr air liur anak??

    rmbut lya mmg byk gugr leni

    ReplyDelete
  3. saya dr zaman anak dara sampai dah ada anak 2 pun still rambut gugur...saya pun x tau nape..

    ReplyDelete
  4. saya pom sama..asal anak da umo 3 bulan hingga 7.8 bulan
    rambut gugur byk...

    pastu..dah xde...tapi mmg..org tua salu ckp..anak nyembur..rambut gugur..hehe

    kebetulan kot..satu lagi..anak da mula isap ibu jari kaki..dah nk dpt adik..adoiiiii

    ReplyDelete
  5. @Mama Zara
    tulah, sbb hormon, tp kenapa air liur anak menyembur tu yang di salahkan...

    @LYaFRINA
    sbb hormon yg betulnya kan..:)

    ReplyDelete
  6. @wahida
    kena pergi check tu...:D

    p/s: asal tak botak sudahlah kan...

    @sarah-najwan
    orang tua2 dulu, kadang2 memang pelik-pelik perumpamaan tu.

    Anak2 saya tak pernah pun hisap jari kaki, dapat gak adik ...hehe

    ReplyDelete
  7. Rambut gugur mse ank 4 bln..byk sgt gugur. Seram tgk lantai situ sini ade byk rambut..huhu...

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...