Monday, December 05, 2011

Home » » Tersebutlah kisah oh bilik air idamanku....

Tersebutlah kisah oh bilik air idamanku....

Aku rasa bilik air rumah aku dull sangat.
Macam suram aje.
Tak tahu nak hias macam mana bagi nampak ceria.
Dan yang penting harus murah, tak perlu kos yang tinggi.

Kalau nak bilik air yang cantik-cantik kos pengubahsuaiannya pun tentu cantik.
Aku harus jadi isteri yang baik.
Tak mahu bebankan suami dengan meminta yang bukan-bukan...eceh.
Tapi tak salahkan untuk berangan.

Cantiknya kalau dapat bilik air macam ni (image dari dreamstime.com)

Atau pun yang macam ini (image ehsan senihias.com)
Satu hari aku ke kedai menjual peralatan dalam bilik air ni.
Ku lihat di kedai itu ada hiasan bunga-bunga dan rama-rama yang cantik.
Nice!!! Ianya seperti di lukis dan di cat aje.
Sangat menarik!

Ku tanyakan kepada tuan kedai.
Bagaimana dia buat itu?
Rupa-rupanya itu hanyalah dari hasil tampalan sticker.
Dan katanya lagi, dia beli sticker itu di Giant Muar.

Hah! Dari BP ke Muar kita.
Selama ini kalau singgah di Giant Muar tak perasan pun.
Balik Muar tak lama dulu, ku pinta SRD bawa ku ke Giant.
Dalam kepala nak cari sticker itu.
Harus! Mesti!

SRD pelik dengan ajakkan ku.
Biasanya aku tak suka ke Giant Muar itu.
Kali ini aku pula yang beriya-iya.

Sampai di sana, mata melilau tercari -cari
di manakah kedai yang ada jual sticker seperti yang aku nampak itu.
Kalau boleh semua kedai hendak di terjah,
Akhirnya aku berjumpa.
Ya Allah, sticker itu murah saja.
Satu design untuk RM2.
Ini sudah bagus!.

Ku beli 3 set untuk kedua-dua bilik air di rumah ku.
Dan hasilnya........

Hasil tampalan aku di bilik air pertama

Dan ini pula di bilik air kedua.
Memang tak berseni nampaknya hasil kerja aku.
Apa boleh buat, itu saja yang mampu....hihi.
Tak kisahlah kalau orang lain kata buruk.
Pada pandangan aku ianya cantik.
Bilik air aku ada warna warni...:p

Cuma satu aje yang perlu aku tingkatkan lagi
Kena rajin-rajin cuci bilik air tu.
Kalau tidak, walau secantik mana pun ia,
walau penuh warna-warna menarik di dalamnya.
Bilik air itu tetap tak berselera untuk di jengah.
Apa lagi untuk kita duduk lama-lama di dalamnya.
Tak bagus untuk deria bau kita....:)):))

Anak-anak, bapak-bapak....(sila ikut nada lagu Cari Jodoh Wali Band ya!...hihi)
silalah bantu ibu untuk cuci bilik air itu selalu ya.
Jangan tahu guna saja.
Lepas buang hajat, jangan lupa flush.
Dan jangan suka buang benda-benda keras didalamnya.

Satu lagi, jangan suka simpan bahan bacaan di dalamnya.
Tahulah ada yang suka membaca tak kira tempat dan waktu.
Penuh suratkhabar dan majalah pula.
Tak sesuai bilik air kita tu.
Kalau dapat bilik air yang canggih siap ada tempat untuk simpan bahan bacaan tu lain ya!!

Peringatan untuk mereka-mereka yang selalu buat perangai begitu...;)

p/s: korang, ceria sikit kan bilik air rumah aku. Ke tidak?....huhuhu
~ يوس ~

32 comments:

  1. toilet sy pon tmpal2 can ni jer sis..
    murah n cantik jugak.

    ReplyDelete
  2. kretipnya kak yus, cantikla bilik air tu pas over, even simple but nice, suke main la lagi bebudak tu hehehhe

    ReplyDelete
  3. Memang ceria kak yus..saya ni belum nak pindah lagi ni dah fikir macam-macam ni..kalau banyak duit dah buat dah bilik air idaman macam dalam gambar yang kak yus letak tu..:)

    ReplyDelete
  4. salam singgah... :)

    kalau taruk money plant dalam hanging pot dan biarkan daunnya bergantungan, pun cantik. :)

    ReplyDelete
  5. nice kak yus! ceria n warna-warni gitu. semua kena tolong ibu jaga kebersihan tandas ye....

    ReplyDelete
  6. pakngah suka bawak surat khabar masuk bilik air .. daripada termenung lebih baik isikan masa dengan membaca. kadang2 terlupa juga nak bawa keluar.

    pakngah dah ubah setting blog pakngah supaya lebih mesra henfon. terima kasih atas tunjuk ajar yus tu. patutnya dah lama pakngah buat tapi nak buat macam mana baru tahu.

    ReplyDelete
  7. cantik kak...serius!! murah pun murah...
    nampak berseri..

    ReplyDelete
  8. simple tapi comfy :)
    ps: benci ngan student master sini. prangai cam x skolah. x suker flush. hu3

    ReplyDelete
  9. wwwaaaaa......
    ini macam kalu, sari suntuk bersila bawah shower pun takper...

    er...kalau musim tak ujan ler...
    hehe

    ReplyDelete
  10. cantik la tu kak! nak letak bunga lain bagai nnti dijadikan mainan budak2 pulak. hehe..

    ReplyDelete
  11. sy pun suka bilik air yg cantik..dan mengidam2kannya....

    ReplyDelete
  12. Cantik sgt2.. ibu yusuf dah lama teringin buat. Tp jujurnya, bilik air rumah ni buruk sgt.. sbb kami beli rumah lama dan kami tak renovate apa2 pun.. sental macam mana pun ttp suram.. tu yg melunturkan semangat tu..

    ReplyDelete
  13. hahahahaha mmg pun..kdg2 tmpt mandi pun nk beseri gak..bosan klu tang tu jek..

    i mmg rajin basuh bilik air sbb mmg tk boleh tgk bilik air kotor sikit :p

    ReplyDelete
  14. cantik..pandai yus ni kan..kasi ceria sikit kat bilik air tu...

    ReplyDelete
  15. simple tp cantik

    ReplyDelete
  16. cantik
    rajin juga ayu tampal2 nie
    ieda ada juga teringat nak tampal2 nie tapi duk fikir risau zahrien duk kupil lak ..
    hurmm terpaksa lupakan

    aloor cantik2 design bilik mandi tuu hurmm kalau nak buat , sedia duit lahh huhuhu

    ReplyDelete
  17. heh heh comellah... ingatkan yang d 1st gambar tu bilik air di rumah yus, tengok je kata dalam hati 'amboi bilik air Yus cantiknya!!!'... hu hu

    ReplyDelete
  18. bilik air yang penting bersihkan... kalau bilik air tampal gitupun comeljer...

    ReplyDelete
  19. saya pun selalu sangkut getah ikat rambut kat situ..
    ekekek

    ReplyDelete
  20. @al-lavendari
    suka bawa masuk suratkhabar dalam bilik air tu, samalah mcm en srd saya pakngah. Lelaki ni mmg suka membaca tak kira di mana ya?...hihi

    ReplyDelete
  21. wahh dah cantik suda~~~ 2 ringgit mmg murah dan berbaloi

    ReplyDelete
  22. sokmo bayangkan nak dpt bilek air mcm dlm citer2 korea tu...

    ReplyDelete
  23. berseni jugak la tangan kak yus..;pandai masak..pandai bab deco2 ni..
    huhu..

    cantik2.. ^_^

    ReplyDelete
  24. assalam yus...cantk dah blik air yus..ada warna warni.
    yus..acik ni pun sama..dulu ada 2 bilik air je kena cuci..sekarang ni tambah satu lagi..diopis..pekerja pompuan dah berenti..tak kan nak suruh pekerja lelaki..cuci sendiri la jawabnya..

    ReplyDelete
  25. wah dah cantik bilik air ko, rasa sayang plak nak guna ye.: )

    ReplyDelete
  26. boleh la tiru tampal2 ni hehe

    ReplyDelete
  27. Nampak ceria..teringat pergi ke rumah kawan qema, bilik airnya fullamak rasa tak nak keluar, pintu cantik, dalam tu dia letak frame yang bunyi air terjun burung2 tu pastu dihiasa daun-daun hijau, nak membuang pun nyaman rasanya hehe

    ReplyDelete
  28. Nampak berseri bilik air Yus.....kreatifx3

    ReplyDelete
  29. menarik lah... suka jugak kalo dpt sticker berwarna warni mcm tu...

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...