Wednesday, December 28, 2011

Home » , » Boboi MLM akan ke layar filem

Boboi MLM akan ke layar filem

Siapa tengok Maharaja Lawak Mega??
Minggu ini minggu akhir kan.
Macam dah dapat agak siapa pemenangnya ya tak?
Aku memang suka kumpulan Boboi.
Dalam semua episod,
Boboi yang menggabungkan Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik memang sentiasa konsisten persembahannya.

Dan kini dengarnya Boboi akan di filemkan pula.
Boboi bakal memulakan penggambaran filem
Boboi, Best Friend Forever (Boboi, BFF) pada penghujung Januari nanti.
Mesti gempak ni kan.

Jenama Boboi ke layar filem
BELUM pun sempat pentas Maharaja Lawak Mega (MLM) berakhir, tuah nampaknya sudah menyebelahi kumpulan Boboi yang sudah mula mengorak langkah lebih jauh ke depan.
Sama ada mampu bergelar juara atau sebaliknya, Boboi akan terus abadi di fikiran peminat selepas ini.
Tidak mahu nama Boboi terus dilupakan selepas MLM melabuhkan tirai Jumaat ini, kini dua penggerak utama Boboi, Afdlin Shauki dan juga Harun Salim Bachik, optimis jenama tersebut mampu melangkah lebih jauh.
Baca Lanjut>>
Sumber: Utusan Malaysia Online

Antara persembahan Boboi yang aku paling suka ialah masa separuh akhir yang lalu.
Pada tajuk Puteri Gunung Ledang tu.
Aku gelak tak hingat punya...huhu :)) :))




Moga kumpulan Boboi akan menang Jumaat ini.
Hadiah utama RM350,000 tu!
Kalau dapat kayooo omak...hehe :p.
~ يوس ~

6 comments:

  1. rasanya mmg boboi la yg menang..
    saya paling suka masa dorang kt gym tu..adoii..gelak tak hengat...

    ReplyDelete
  2. yang terbaik akan menang... (^__^) ~

    ReplyDelete
  3. saya suka boboi jugak! suka afdlin sebenarnya. tapi harun salim bacik pun best.

    pendek kata mmg diorg tu best lah!

    kalau diorg menang mmg layak je.. :D

    ReplyDelete
  4. Yus... memang boboi paling best... tapi saingan rapatnya Osbon pun best jugak... akak tak kesah... biarlah antara dua tu yang menang... akak suka kedua2nya...

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...