Monday, July 02, 2012

Home » , » Sedih!!!.....Sedih!!!....Tahniah!

Sedih!!!.....Sedih!!!....Tahniah!

2 kali sedih, tapi 1 lagi nak ucap tahniah.

Sedih pertama......sebak nak cerita, tapi nak kena cerita juga. Abadikan di blog ini, kot tak boleh di betulkan ke apa kan...huhu.

Sedihnya kamera Nikon purple ku rosak. Lens tidak boleh terbuka. Setiap kali cuba on, dia tulis, lens error. Gambar akhir yang sempat aku rakam dan upload di lappy ialah gambar kek birthday SRD tu. Siapakah yang telah bermain dengan kamera kesayangan ku itu. Macam terjatuh juga kot, atau ada yang asyik buka tutup lens tu ke?

Aku budget Arif kot. Dia sekarang memang pantang nampak kamera tu. Sibuk je nak menekan. Selepas upload gambar Jumaat tu, aku letak aje sebelah lappy ni. Tapi malamnya aku dah masukkan dalam beg. Ahad bawa ke majlis pertandingan ko-kurikulum Abid, kamera tak boleh berfungsi! Sedihnya. Baru 1 tahun lebih. kamera ni....huhu. Belum puas guna lagi. Cari-cari warranty kad dia, hilang entah ke mana. Semua takde....waaaaa! Aku pun tak pasti ada warranty lagi ke tidak. SRD kata dah takde warranty dah sebab dah masuk tahun ke 2, tapi kenapa aku macam rasa ada lagi ekk? Aduh!! Di mana aku simpan warranty card dia ni.Sedih sebab tak tahu apa punca lensnya tidak boleh terbuka....uhuk!uhuk!

My nikon coolpix s3100. Harap-harap masih boleh di betulkan lens error tu. Nasib baik ada telefon cokia aku ni. Kalau tidak dah takde gambarlah entri-entri aku nanti...huhu. Aduh! Agak-agak kan kos betulkan kamera ni lagi murah, atau angkat satu baru lagi murah?....hmmmm
Sedih ke 2 ialah kerana Tomok dah terkeluar dari MasterChef Malaysia Selebriti boleh gitu? Hahaha...suka tengok dia yang sweet dalam masterchef. Dari tak pandai masak langsung, bermula dengan zero tapi sekarang dah boleh  masak juga kan. Tapi semalam sedihlah tengok episod tu. Takpelah Tomok, jangan berhenti memasak ya. Bila dengar komen dari juri awal-awal tu, memang dah dapat agak dah, sure Tomok yang terkeluar. Dah 6 kali terselamat di episod penyingkiran, kalau kali ke 7 pun terselamat, kebal benor pulak Tomok ni kan. Pancake dia keras kata Chef Joe. Hai.....

Tomok di episod penyingkiran semalam. Adik aku pun tak pandai masak macam ni. Tahniah Tomok walau terkeluar. [image dari: FB MasterChef Malaysia]
Akhir sekali nak ucap Tahniah kepada pasukan Spain yang menjadi Juara dalam Euro 2012. 4-0 tu!!!! Aku tengok sekejap je. Masa tu Spain dah 1, kemudian dapat gol ke 2. Pergi gosok baju sekejap  tak sangka pulak jadi 4 kemudiannya ya. Cayalah Spain!! Cik abang aku SRD, konon nak tengok Euro 2012 akhir, tapi aku lihat tv yang tengok dia. Aku pulak boleh layan bola tu sikit-sikit....hahaha.

Siapa yang pegang trofi tu? Casillas ya nama dia? Hihihih, aku memang tak kenal sangat pemain-pemain bola ni. Tahniah Spain!! [image dari : dailymail]
p/s: Saja je nak tutup entri dengan berita gembira sedikit, sebab dua yang pertama tu sedih kan...huhu
~ يوس ~

24 comments:

  1. Sedihnya dgn kamera Yus,cuba htr repair tp biasakan murah beli yg baru dr repairkan.....
    Tgk juga smlm Tomok yg terkeluar minggu nie.
    Tahniah Spain juara Euro 2012........

    ReplyDelete
  2. Salam, Yus. Kamera Nikon tu cuba keluarkan baterinya dulu & masukkan semula. Sy pun selalu kena 'lens error' tu. Bila dah keluarkan bateri & masukkan balik, ia akan okey, cubalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah cuba buat seperti yang Sari cadangkan beberapa kali, sama juga...huhuhuhu. Sedih!

      Delete
  3. Kamera olympus kakcik yang pertama rosak gara2 si BS!

    Kalau Tomok tak dikeluarkan, pasti timbul cerita yang kurang enak atas 'kekebalan'nya nanti!

    ReplyDelete
  4. Euro Cup dah selesai ker ????


    Punyalah tak ikut , sampai tak tahu cerita

    ReplyDelete
  5. so apalagi yus..tangkap 1 new digicam! ekekke
    my muaz pon campak camera kat perth haritu..so tak pasal2 kene beli new digicam

    owh masterchef & bola kite tak layan..but tomok sgt laku eh skang ni

    ReplyDelete
  6. kamera kita sama..
    mungkin jatuh kot kak
    sama r incik asben..konon nak tgk bola..sudahnya bola tgk dia =)

    ReplyDelete
  7. Memang sedih kalau barang kita rosak. Kamera Yus lebih kurang sy punya, sy S6000. Gambar2 dlm kamera tu je lah yg selamat. Yg dalam laptop semuanya 'selamat'.. Hehehe, komen sedih ni.. :D

    ReplyDelete
  8. aloorrr .. tomok kuar ke ??
    huhuh macam dah agak dah
    ieda x sempoat tgk lah yus
    sedihhhhhhhhhhhhhhhh

    ReplyDelete
  9. Sama la, sedih jugak tomok dah keluar, jehan miskin pun last week dah keluar, dah kurang sebab nak tonton masterchef ni dah.. :(

    ReplyDelete
  10. Akak...try bwk g kdai tny kos betulkan dulu...if lbh kurg sama ngan cmera bru baik beli baru je...

    ReplyDelete
  11. Dulu camera coolpix kakak pun ada masalah sama lens tak boleh keluar. Masa tu pun kakak baru guna setahun lebih sikit sebab beli masa nak pergi tunaikan Haji. Tapi bawa kedai dia repiarkan kakak tak bayar sebab org kedai tu kenal dgn abang. Sebulan baru dapat balik. Sekarang boleh guna balik tapi kakak bagi pada anak kakak guna.. Jgn salahkan Arif tau sebab dia tak salah kenapa Yus letak kat tempat dia mudah capai... Arif kan ligat dan cerdik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kan, yus tak salahkan Arif. Memang tahu salah diri sendiri, redha jelah, tp sedih gk...huhu

      Delete
  12. kak yus..
    masa tomok tersingkir saya pun sedih sama kak
    x sangup nak pandang tv sbb tak sggup nak tgk muka dia
    kalau dgn dia..saya pun kalah kot.hehe

    ReplyDelete
  13. Salam yus, camera canon saya pun ada problem yg sama.. entah jatuh entah apa entah siapa buat.. tiba2 aje.. aduhai frust sgt.. bwk pergi kedai balik katanya untuk lense problem mcm tu harga repair dia mahal. Tak berbaloi.. so akhirnya terpaksalah beli camera baru.. tapi camera lama tu masih simpan juga elok2 sbb sayang sgt nak buang.. sedihhhh..

    ReplyDelete
  14. kamera akk rosak tang tu lah, sebab kamera tu terjatuh berdengung degang tergoleknya
    sudahnya sampai sekarang tak ada kamera

    ReplyDelete
  15. sayangnya ye...kalau cuba g repair kat kedai kamera boleh lagi ke tak?cubalah tanya sakit apa kamera tu dan kos baikinya dulu..

    ReplyDelete
  16. alahai sygkan kak.. arap2 leh dibetulkan lg..

    ReplyDelete
  17. adeh sedihnye. cuba bawak pegi kedai. agaknye derang tahu apa nak buat.

    ReplyDelete
  18. mmg sedih...huhu..kalau takder kamera susah juga utk kita yg kaki berblog ni kan yus..syg betul kamera tu dh rosak..

    ye la tomok terkeluar jgk akhirnya...tp dorang ni pandai gak la buat pancake wlpn semuanya bru pes time buat..

    ReplyDelete
  19. kamera sy pun pernah jadi gitu..sampai ke la ni la x ber repair..sbb pernah tanya kedai diorg kata baik amnil baru jer..

    sedih juga la tomok keluar..huhu

    ReplyDelete
  20. cma punya Olympus..mngalami masalh yg sama..sampai sekarang mcm tu je..nk anto repair risau plak regenye setandong camera baru..
    huhuh..tahnaih jugak buat spain.tomok x pe jgn sedih2..at least dah pandai masak sekrg.. :)

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...