Friday, January 20, 2012

Home » Hari Jumaat berbaju melayu ya ibu!

Hari Jumaat berbaju melayu ya ibu!

Tahun ini belum ada cerita mengenai Abid kan.
Hari ini dia ke sekolah berbaju melayu.
Peraturan baru tadikanya berkuatkuasa minggu ini.

Abid masih bersekolah di tadika yang sama.
Tahun lepas takde pun sibuk kena pakai baju melayu ni.
Tahun ini entah kenapa ada perubahan pulak.
Minggu ni mula, Isnin lepas baru cikgu dia cakap.

Abid pula jenis kalau cikgu yang cakap tu tak sabar2 harus di ikut.
Dari tengahari Isnin tu sibuklah ajak kita pegi cari baju melayu dan samping hijau dia.
Abid.., Abid.
Nasib baik juga senang lagi nak cari baju dan samping siap walau dah tengah2 bulan ni.

Apapun, suka pula aku tengok dia berbaju melayu.
Nampak segak bergaya.
Alia kata, "Macam ketua kelas sekolah agama ibu!" . . . .hehe.
Dan Abid pun memang di lantik sebagai ketua kelas tahun ini.
"Ketua kelas pen!", kata kawan baiknya Andik.
'Pen' merujuk kepada pendek, haha.
Ibu ketawa mendengarnya tau!

Apapun ibu percaya dengan anak ibu ni.
Membaca pun dah semakin lancar sekarang.
Syabas buat Abid.
Teruskan usaha ya sayang!


_ _ _ _ _ _ _
Sent from my Nokia phone :)

26 comments:

  1. comel..=)
    belajar rajin2 ye abid =)

    ReplyDelete
  2. seronoknya dah pandai membaca...
    walaupun "pen" tapi comel..
    heheheh

    ReplyDelete
  3. abid comel..pendek tapi comel jer..

    ReplyDelete
  4. Tak pa, lelaki pen masa budak2 dah baligh nanti tinggi la

    ReplyDelete
  5. ahahhaha ketua kelas pendek ! ... ekekke macam2 budak2 nie kan ..
    tulah , harap2 nanti x terbawak2 panggilan tuu sampai besoo ekekek ;)

    ReplyDelete
  6. alahai abid, comelnya....suke tgk berbaju melayu ni kak yus, hensem betul abid!!!

    ReplyDelete
  7. abid ni mmg comel lagi2 siap berbaju melayu camtu. dah macam sekolah betul! tahun ni dia 6 thn ye kak? belajar rajin2 ye abid...

    ReplyDelete
  8. comelnya Abid berbaju melayu,bersongkok dan bersamping....mesti pki baju warna putih je ke Yus?cam anak Nurul x kira warna baju melayu.

    ReplyDelete
  9. Macam baju sekolah aagama abang Yusuf. Cuma baju abang yusuf cekak musang dan masuk dalam.. :D

    ReplyDelete
  10. abid comel sangat..belajar rajin2 ye nak..

    ReplyDelete
  11. alahai comelnya abid nie kak...
    segak bergaya (^_^)

    ReplyDelete
  12. hehe..comel je abid ni pakai baju melayu..
    separuh anak ada macam tu kan,tak sabar nak beli barang yang cikgu diorang nakkan tu..;p

    ReplyDelete
  13. wah...ensem berbaju melayu..
    insyallah..klu ibu oercaya kat abid..abid mesti boleh..

    pen pun ok pe..tggu dah besar nnti mesti pan.. :)

    ReplyDelete
  14. ooo tadika pon dah ada syarat berbaju melayu di hari jumaat yerk... ingatkan budak sekolah menengah jerk.. hehe

    cumel..

    ReplyDelete
  15. alolo..comelnya si Abid berbaju melayu

    ReplyDelete
  16. comelnya abid.. berbaju melayu style johor yg buat tambah hensem tu..

    ReplyDelete
  17. ketua kelas pen'dek... alalala.. comelllllll abid

    ReplyDelete
  18. ala...comelnya.
    komputer x elok lagi ker sis?

    ReplyDelete
  19. yus..memang hencem abid berbaju melayu..tengok gambar dia tusenyum je..

    ReplyDelete
  20. perhhh... johor style. I LIKE !!!

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...