Thursday, January 12, 2012

Home » , , » Arif: Hero kecik aku demam | Tips bila anak demam di hari pertama

Arif: Hero kecik aku demam | Tips bila anak demam di hari pertama

Arif si comel aku demam hari ini.
Bermula malam tadi selepas makan malam sebenarnya.
Tak tahu kenapa tengok dia tak ceria aje.
Lepas tu malam tadi asyik muntah.
4 kali tukar baju sebab muntah.

Pagi ini pun dua kali muntah.
Sedih aku tengok dia.
Tak bermaya aje rasa.

Pagi ini aku bawa dia ke klinik.

Dalam kereta sebelum menuju ke klinik. Sayu aje tengok wajah Arif macam ni.
Kalau di sini, aku memang suka pergi klinik ni.
Doktornya bagus bagi aku.
Doktor perempuan cina.
Banyak berkongsi tips, dulu masa Aqil demam pun dia ada bagi tips.
Tapi aku lupa tips dia.
Kali ini, aku tak mahu lupa lagi, jadi aku nak kongsikan dengan semua di blog aku ni.

Kata doktor tu, kalau anak baru demam, kiranya hari pertama lah,
Cuba tekan dengan ibu jari di dada anak kita.
Selepas itu lepaskan ibu jari kita tu dan tengok selama 2 saat.
Sekiranya selepas 2 saat kesan putih tempat kita tekan tadi hilang, ok demam biasalah tu.
Tapi kalau selepas 2 saat, kesan putih tu masih belum hilang,
ada kemungkinan demam denggi,
kena masuk wad!

Alhamdulillah kesan putih tu hilang selepas 2 saat dada Arif di tekan.
Tapi kalau selepas 4 hari demam, masih belum baik.
Cuba tekan lagi di dada dengan ibu jari.
Lihat kesan yang sama, kalau ada segera bawa jumpa doktor semula.

Satu lagi, Arif kan muntah-muntah di hari pertama demam ni.
Doktor tu nasihatkan aku, jangan beri minum susu, makan bubur,
daging,ikan, nasi atau apa ajelah...huhu.

Aku dah cuak, susu tak boleh, nasi tak boleh, bubur tak boleh,
anak saya nak dapat tenaga dari mana doktor???

Kata dia, ini baru hari pertama demam, dan badan anak kita tu baru tekena virus.
So, kalau kita beri bubur pun, selepas dua suap, pasti akan muntah semula.
Buat apa kan?
Lepas tu kita penat-penat membebel, bagi bubur, keluar balik, bagi nasi keluar balik.

Jadinya untuk anak kita terus bertenaga, dia sarankan beri air manis.
Sirap pun boleh, atau air kotak, contoh air teh bunga tu.
Dari situ anak kita dah boleh dapat tenaga.

Tapi jangan air milo atau coklat ya.
Itu pun dah kategori susu, tak boleh!

Selepas dia dah ok, hari kedua demam baru beri makan.
Masa itu dia biasanya tak akan muntah lagi.

Dan hari ini juga, kali pertama aku tengok doktor masukkan ubat dalam bontot Arif.
Serius selama ni dengar orang kata, anak dia dapat ubat masuk dalam bontot.
Aku tak pernah kena macam tu.
Dah empat orang anak, tak pernah nampak pun anak di masukkan ubat ke dalam bontot.
Hari ini baru nampak.
Senang aje ya!...hehe.
Ubat tahan muntah.
Jakun aku tau!

Balik tu, aku beri Arif minum air kotak teh bunga seperti yang doktor sarankan.
Alhamdulillah tak muntah lagi, kalau tidak dari pagi, minum susu muntah,
minum air putih pun muntah...huhu.

Dah tertidur pun dia, harap-harap Arif segera sembuh ya.
Risau hati kita bila anak kecil kita demam kan.
Lepas tu baru demam tak sampai sehari, dah nampak macam seminggu tak makan.
Huhu...cam mana tu?
Lagilah tambah sedih hati ibu....:( :(

Doakan Arif segera sembuh ya kawan-kawan.
Terima Kasih.....:)

~ يوس ~

27 comments:

  1. tip yg bagus ni kak...boleh sampaikan kpd sedara dan kawan2 yg ada anak :)

    ReplyDelete
  2. uii..mmg risau perut kalau anak kecik demam..tak tido malam dibuatnya..bagus la doktor tu kan bagi tips2...oo..baru tau ni kalau anak demam kena bg air manis..patutla kalau dorang minum susu dan mkn nasi muntah jer...

    ReplyDelete
  3. yus,,tip berguna untuk suri..tqvm sudi kongsi..anak yg no 2 tu sering demam n muntah2,,sblm ni tak tahu petua nk elak muntah tu

    ReplyDelete
  4. air teh tu untuk sejukkan bdn kan. mmg nampak tak bermaya je muka. cppt2 sembuh ya arif!

    ReplyDelete
  5. Cepat sembuh ye arif..nampak lesu jer,kesian pulak.
    selama ni sis tgk dia aktif..tp bila senyap & tak bermaya..risau jugak kan.
    hope semuanya selamat k..

    ReplyDelete
  6. bagus tips ni..
    moga arif cepat sembuh

    ReplyDelete
  7. cpt sembuh Arif ye..Acik Nini & CikMat pon tengah demam,sakit tekak skrang nih..tp gigih lagik CikMat pegi tadika..

    ReplyDelete
  8. wah saya baru tau tip tu, tq..semoga arif cepat sembuh..kalau anak tak sihat pun hati saya susah..

    ReplyDelete
  9. bagus juga akak kongsikan tips drp doktor tu.. at least kita semua dapat bersedia bila anak2 atau adik2 kita demam kan.. semoga arif akan cepat sembuh ya kak

    ReplyDelete
  10. Bagus tip ni kak tapi kalau ammar demam mmg xlekang dia nak menyusu je, alhamdulillah takat ni tak muntah..

    Kalau anak demam kita yang terlebih risau kan kak, sian tgk anak yang selalu ceria tak bermaya, moga arif cepat sihat & ceria seperti biasa.

    ReplyDelete
  11. SEMOGA ARIF CEPAT SEMBUH... BAGUSNYA TIPS TU KAK...

    ReplyDelete
  12. tips yg berguna tu yus,

    semoga arif cepat semboh!

    lg satu yus jgn lupa simpan
    ubat sumbat utk kegunaan mlm hari
    lagi cepat kebah dan senang :)

    ReplyDelete
  13. tq utk tips tekan ibu jari tuh yer :)
    kami doakan cepat sembuh. insyaallah

    ReplyDelete
  14. good boy mesti kena kuat baru cpat baik ya ariff...nnti boleh makan byk2...

    ReplyDelete
  15. salam kak yus..
    sian arif demam..semoga cepat sembuh ye si encem!

    tq for the tips kak..sgt2 mmbantu..anak2 cma klu demam mesti dorang muntah..pening cma nk bg ape kt dorang..

    oo..ubat tu penah jugak anak2 cma dpt..bila kena serang demam teruk,masuk ubat buntut tahan sakit

    ReplyDelete
  16. Tips yg bagus, tkasih Yus. Semoga Arif cepat sembuh..

    ReplyDelete
  17. dia nak makan ubat tak??cemana ye nak bagi anak makan ubat..maisar sejak lahir lagi tak pernah akan ubat kalau demam.kalau bagi ubat habis dia muntah kan semua nasik,susu apa2 je yang di makan..muntah sampai terkencing2..
    pernah bagi ubat cacing dulu..gitu la jadinya..sampai nak kawal pun susah..sebab dia menangis.sebab tu sampai sekarang kalau demam saya cuma bagi minum air masak banyak2 dan tak bagi makanan berminyak.

    ReplyDelete
  18. semoga arif cepat2 semboh tau...

    ooo..mcm tu cara2nya tau dah..terima kasih kakyus sbb bg tips ni...

    farah selalu gak bg ubat ikut bontot sbb dia tak suka makan ubat yg air..jadinya sumbat ja lah ubat demam ikut bontot...

    ReplyDelete
  19. TQ share tips menghadapi anak2 demam....Si Izyan pagi nie pun nampak dah ok,smlm Nurul htr nursery pagi muntah susu juga siap muntah dlm keta hbs kena baju Nurul,tumpang cuci kat nursery dia dan klu nak blk rumah tukar baju almt merahlah punch kad.
    Semoga Arif cepat sembuh........

    ReplyDelete
  20. Tq kongsi tips ni kak yus, moga arif cepat sihat ye, sian dia demam nk mbesar ye

    ReplyDelete
  21. doktor kat sini syorkan beri anak minum 100plus pada hari pertama demam.. utk tenaga.. memang x disyorkan utk anak makan..

    ReplyDelete
  22. semoga arif segera sembuh.. memang riso kalau anak2 jatuh sakit... serba x kena..

    ReplyDelete
  23. @diana
    susah juga macam tu ya diana...

    saya tak tahu nak jawab soalan diana mcm mana, sbb anak2 saya mmg suka makan ubat. Takde masalah langsung, malah tak demam pun sibuk nak ubat kadang tu. Semua macam tu..huhu

    ReplyDelete
  24. alahaiii...siannya tgk arif demam tu kak. tak bermaya je.

    mekasih kak bagi tips utk anak demam kat sini. lepas ni boleh praktikkan.

    harap2 arif cepat sihat ye... sian ibu...

    ReplyDelete
  25. moga arif cepat sempuh dan sihat.... TQ kongsikan tips :)

    ReplyDelete
  26. moga arif cepat sembuh dan sihat.. tq kongsikan petua ni

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...