Friday, January 13, 2012

Home » , » Aku emosi!!! | Pengawas kaki buli????

Aku emosi!!! | Pengawas kaki buli????

Ok. Entri ini sedikit emosi.
Aku memang hangin! Sedikit marah, kecewa, sebak, sedih pun ada.
Tapi bila fikir balik, buat apalah nak emosi sangat.
Tapi bila melibatkan soal anak-anak memang emosi itu tidak dapat di bendung.

Apa cerita ya??
Sebenarnya hari ini seperti biasa ambil anak-anak dari sekolah.
Dari jauh nampak Aqil sugul aje.
Masuk dalam kereta terus dia menangis.
Menangis semahunya, sampai teresak-esak.

Aku jadi panik.
"Kenapa anak ibu? Kenapa menangis? Siapa buat?"

Dan aku perasan dia menutup telinganya.
Aku tepis tangannya dari telinga, dan kelihatan telinganya merah.
"Aqil ada buat salah apa di sekolah? Cikgu piat telinga Aqil ya?"

Dia terus menangis, tidak menjawab.
Aku diam, cuba tenangkan diri.
Alah setakat piat telinga biasalah tu.
Mesti Aqil yang nakal ni, tu yang cikgu marah.
Dalam hati aku memang fikir begitu.

Satu lagi mungkin sebab ada anak jiran dalam kereta sama.
Jadi Aqil tak mahu buka cerita.
Kubiarkan dia melayan perasaannya.
Menangislah puas-puas nak....

Sampai rumah aku tanya lagi.
"Kenapa Aqil. Siapa buat? Mesti Aqil buat salah ni sampai cikgu piat telinga ya?"

Dia melenting bila aku sangka begitu.
"Bukan macam tu!!! Bukan cikgu yang buat!"
"Pengawas tu yang piat telinga Aqil. Tadi cikgu takde, lepas tu pengawas jaga."

"Piat telinga pun nak nangis ke? Aqil kan lelaki. Biasalah tu, Aqil bising, dia marahlah."

"Itu takpe ibu, tapi dia guna gunting, dia tekan kat tangan Aqil ni, lepas tu dia lipat tangan Aqil kuat-kuat."

Ha!!! Ini sudah lebih.
Ini yang buat aku hangin!!!
Mana boleh suka-suka guna benda tajam nak kenakan anak aku ni.
Emosi tau!

"Lepas tu kan ibu, dia ambil pisau lipat kecik tu, dia hiris jari Aqil ni."

Aduh!!! Lagi aku tambah emosi.
Ni pengawas ke pembuli?????

Aku tengok pada lengan dan jarinya.
Memang ada kesan merah tapi luka pada jari tu kecil aje.
Namun aku memang tak boleh terima
bila pengawas gunakan pendekatan begitu nak tegur pelajar lain.
Mungkin anak aku bising di kelas, tapi sampai guna benda tajam??
Ini sudah lebih, kalau terluka macam mana??

Kesan calar dan bergaris sikit di lengan Aqil akibat di tekan dengan gunting oleh pengawas tersebut. Gambar dari dua mode berbeza, satu auto satu close up..hehe. Gambar kesan di jari tu, tak nampak sangat sebenarnya. So, malas nak tunjuk.
Dek kerana emosinya aku, aku fikir harus laporkan kepada cikgu.
Tak mahulah pelajar lain terkena sama.
Aku telefon jiran aku yang kebetulan guru di sekolah Aqil
Pengawas tu budak darjah 6.
Aku laporkan apa yang terjadi.

Jiran@cikgu tersebut berjanji akan siasat perkara itu Isnin nanti.
Dia sendiri terkejut sebab pengawas tersebut berani guna gunting dan pisau
sedangkan pengawas di larang menggunakan alatan semasa mengawas.

Bila dah laporkan, rasa macam aku ni ibubapa yang kaki mengadu pulak...huhu.
Serba salah di buatnya.
Aku tak marah anak aku di denda, atau di tegur.
Itu tugas cikgu di sekolah.
Tugas pengawas juga memastikan murid lain berkelakuan baik
ketika cikgu tiada di kelas.

Tapi isunya sekarang, dia guna gunting dan pisau lipat tu.
Itu yang aku tak boleh terima.
Kalau korang di tempat aku bagaimana???
Apa korang buat??

Bila dah serba salah tu, aku sms pula cikgu tadi.
Sms aku berbunyi begini,
" Salam cikgu. Saya minta cikgu tegur je pengawas tadi secara tertutup. Janganlah marah atau buat dia malu pula ya. Saya percaya Aqil pun ada salahnya sampai dia bertindak begitu. Cuma kurang senang sebab dia guna benda tajam dan kalau tersilap boleh luka. nasib gunting tu untuk kertas jadi nampak kesan merah dan bergaris aje. Serba salah pulak sampai mengadu, tapi saya rasa kurang elok sbb pengawas tu guna benda tajam untuk menegur Aqil itu aje."

Balasan yang aku dapat dari cikgu itu,
"Tak salah laporkan, nanti saya siasat. Pengawas memang di larang menggunakan alatan semasa mengawas kelas."

Hmm..barulah hati aku reda sikit.
Emosi terlebih gak aku ni.
Siapa tak sayang anak kan.

Dan bila dah rehat-rehat ni, aku tanya Aqil balik,
"Tadi masa pengawas tu buat Aqil, Aqil menangis ke?"

Dia jawab,
"Taklah ibu, dah nampak ibu baru Aqil nangis."

Huh! Anak ibu pun pandai berlakon kan.
Depan ibu terlebih emosi ya?

Dan nak beritahu juga ni,
aku tak sangka sebenarnya, masa Aqil bercerita tu,
Alia dan Abid dengar, mereka pun menangis sama.
Alialah paling ketara.
Sambil dia pun marah-marah pengawas tu sebab buat abang dia.
Sayang juga dia pada Aqil walau hari-hari bergaduh...hihi.

p/s: Korang rasa betul ke tindakan aku melaporkan tu?
~ يوس ~

52 comments:

  1. memang patut la kak. kita pun tak guna benda tajam nak marah budak. paling2 pun bebel cubit, kalau dah nakal mmg patut la ada hukuman. tp tak wajar la guna benda lain. dahsyat betul budak2 zaman skrg ni. takut la dengar kes2 mcm ni kat sekolah.

    ReplyDelete
  2. aduan akk tu da oke dah...xla emosi mane....sedang2 elok kata org hehe....

    yg hairan skit..knp ye dua org lg tu menangis....alooo...ni msti kes cubit peha kiri, peha kanan rse sakit..hehhehe :))

    ReplyDelete
  3. adoi..takut jgk dgr kes gini..bahaya guna benda2 tajam ni...nape la ppengawas tu buat gitu...yg 2 org tu pun naik sedih jgk ye....

    ReplyDelete
  4. ...setuju la kak dengan cara akak tu. takut budak pengawas tu lagi menjadi2..

    sekurang-kurangnya tak ada budak lain yang kene mcm anak akak tu..~

    ReplyDelete
  5. ini dah melampaui batas ni..sesuka hati nampaknya.. baik buat laporan sebelum bertambah buruk..

    ReplyDelete
  6. memang agak tak patut tu guna alat tajam...baguslah yus report kat cikgu...

    ReplyDelete
  7. betul la tu cara akak.. kalau sy kt tempat akak pun sure buat benda yg sama.. x patut smpai guna benda2 tajam.. pengawas tu pun dh darjah 6.. patut dh boleh fikir apa yg betul @ x betul.. sapa x syg anak kan kak..

    ReplyDelete
  8. Memang betul tindakan Yus tu,nasib baik jiran tu cikgu mengajar kat sklh tu boleh buat aduan tertutup x nak heboh2 sgt,kena nasihatkan pengawas tu takut nanti dia buat lg kat pelajar lain.....

    ReplyDelete
  9. ish i slalu nangis gak klu anak citer apa2 kes dia kena buli etc...dan sarah pun ikut nangis sama..

    actually today pun sarah meraung bila nmpk ibu dia masa nk turun van..kes ada budak tarik rambut dia..tu pun i rasa ciannya anak aku dah kena buli wlupun ringan camtu hahahahaha

    dalam kes aqil mmg patut kena bagitau cikgu sbb pnggunaan benda tajam camtu. mmg serba salah sebagai ibu pun nk ngadu ke tidak sbb takut org kata tlalu manjakan anakkan..syahmi tu sndiri mcm2 luka kat tgn tapi dorang berbaik sesama dorang okay lah..as long as tak mlmpau batasan ..

    keep strong aqil..

    p/s : budak2 mmg takkan nangis depan kwn2 tapi nmpk kita kan ngis sbb emosi tgk muka ibu gaknya hahahahaha

    ReplyDelete
  10. memang betullah tindakan akak buat aduan tu...nnt kalo dibiarkan..kena lak bebudak yg lain...sian kat aqil...

    ReplyDelete
  11. sebak juga membacanya yus.. sbb klu anak saya pun mmg akan nangis juga klu org buat dia mcm tu.. rasanya betullah tindakan yus tu.. perkara mcm ni tak boleh didiamkan sbb melibatkan benda tajam.. dgn benda tajam apa2 boleh jd.. sungguh menakutkan.. harap lepas ditegur pengawas tu dpt pengajarannya.. sehati sejiwa anak2 yus.. bagusnya.. perihatin sungguh..

    ReplyDelete
  12. sy sokong cr akak bertindak...melibatkan bnd tajam mmg ptut di beritahu phk skolah,tkut prkra lbh buruk lak jd nnt

    ReplyDelete
  13. @Asmara
    itulah As, sampai guna gunting dan pisau, itu yang akak marah sangat tu..huhu

    ReplyDelete
  14. @Reena
    Abid bergenang aje air mata dia, Alia yang meleleh terus..itulah agaknya, cubit paha kanan, peha kiri pun terasa..:)

    ReplyDelete
  15. @fieda
    itulah saya hangin fieda, kurus aje kata Aqil pengawasnya, piat telinga pun sampai di pusing2 kata dia...huhu

    ReplyDelete
  16. @Cik Muda
    alhamdulillah, takut juga kalau orang ingat saya terlebih emo sampai baru sikit pun nak mengadu. Tp ini mmg ada isu kan, benda tajam tu...

    ReplyDelete
  17. @Fatin Mraz
    itulah FM, mmg rasa agak melampau, tu pasal akak buat laporan pada cikgu, dan nasib baik juga, cikgu tu ajar darjah 6

    ReplyDelete
  18. @Mama Ema
    tak patut kan...hmmm, oklah tindakan saya tu kan...

    ReplyDelete
  19. @ct rahani
    budak2 skrang ni mmg kena pantau ct, mcm2 diorang boleh buat...huhu

    ReplyDelete
  20. @Nazayiena
    itulah, yus pun tak suka nak heboh, kecoh2 kat sekolah, tp mmg kena beritahu juga kan...

    ReplyDelete
  21. @sisdee
    itulah kan sisdee, depan kawan pandai pulak mereka kontrol. Sebelum ni pun dia ada mengadu kawan buat ke apa ke, tp saya tak kisah sangat, setakat gaduh2 gitu, tapi bila dah melibatkan benda tajam ni mmg tak boleh di terima bagi saya. Kena buat laporan juga kan...

    ReplyDelete
  22. @kis
    itulah, takut luka besar atau apa di lain kali, mana tahu. Ini baru sikit, dia kata takpe, tapi kalau tiada yang tegur takut juga kan...

    ReplyDelete
  23. @Hanis Azla
    saya pun tak sangka yang dua orang tu boleh sebak sama hanis..:)

    Ya, moga nanti dapat di siasat dengan betul dan pengawas tu di tegur dan dapat ambil pengajaran darinya

    ReplyDelete
  24. @kayzie
    terima kasih menyokong, kurang sikit rasa serba salah akak ni...:)

    ReplyDelete
  25. Yus agree 150% with what you did. As a parents kita memang selalu emosi atas apa yang berlaku to our anak...

    ReplyDelete
  26. salam kak...
    adesss...nape biadap benor pengawas tu..?klu cma jadi akak pun,cma laporkan..salah pengawas tu jugak..nak marah,tegur,elok2 la..ni guna gunting??siap hiris2 lagi??ape kes???
    #terasa marah jugak ni!#

    ReplyDelete
  27. rasanya betul je tindakan yus tu...kurang2 cikgunya pun blh selalu ingtkan muridnya..mcm sek suri ngajar kt penang dulu..murid dlrg sama skali bwa benda tajam,,hatta pensil tekanpun tdk dibenar jual kt kdai buku sekolah..mcm gunting,cikgu akan gunakan gunting bilik PSeni kalau nk buat apa2..ni sampai dgn pisau lipat bagai tu budak tu ada

    ReplyDelete
  28. kalau sy di tmpt awak sy pon akan buat benda yg sama..


    mmg salahlah pengawas buat gitu..menyalahgunakan kuasa yg ada..


    kesian aqil..


    emosi gak ni sbb sy ada anak jugak

    ReplyDelete
  29. mmg patut di laporkan, kalau tidak pengawas tu tak sedar dia dah keterlaluan

    ReplyDelete
  30. memang patut akak mengadu bukan nak suruh cikgu tu hukum dia tapi bagi pengajaran takut dia buat kat budak lain pulak

    ReplyDelete
  31. Bahaya la derang ni. Pengawas plak yg dah lebih2 drpd cikgu.

    ReplyDelete
  32. Yus, guna pisau n gunting tu melampau, sek rendah dah gangster gitu. Even piat telinga pon Isna x setuju. Cuma kena hati-hati takut pengawas tu dendam ngan Aqil sebab mengadu...

    ReplyDelete
  33. kak yus..


    sori td sy ber'awak' jer dgn akak sbb x tahu umur..


    kalau sebaya hanis azla yalah sy ptt panggil kakak :)

    ReplyDelete
  34. bagus tindakan yus
    kalau akk pun memang lapor terus pada pihak sekolah

    ReplyDelete
  35. kalo kakyong pun memang emo Yus.. sentap.. bagus lah Yus dah report pd cikgu tu..

    ReplyDelete
  36. Ibu Yusuf pun tumpang emosi baca catatan Yus ni.. harap2 perkarani dpt diselesaikan dgn baik oleh pihak sekolah..

    ReplyDelete
  37. PAda pendapat akak, tindakan Yus tu dah betul. kadang2 kalau diam cikgu di sekolah pun tak tahu masalah yg terjadi.
    Memang pengawas tu dah lebih.

    ReplyDelete
  38. mmg dah melampau sangat lah pengawas tu... sakit ati plak sy dgr bila pengawas buat perangai samseng macam tu.. kalau terjadi apa2 kan susah.. ya, mmg ada baiknya akak laporkan kes ni kepada pihak sekolah..

    ReplyDelete
  39. kalau dia tak guna benda tajam pun saya akan mengadu.sebab piat telinga tu bukan tugas pengawas sekolah.

    ReplyDelete
  40. payah jugak kan kak...
    report salah..
    tak report pon salah..

    kalo report kang,..
    takut anak kita pulak diugut balik..
    kalo tak direport..
    bertambah bermaharajalela la pengawas tu nanti..


    moga cikgu dapat cari cara yang terbaik nasihatkan pengawas tu..


    buat adik pengawas tu..
    jgn ingat awak tu pengawas & senior (sbb darjah 6) boleh buat sesuka hati tau..negara kita ada undang2..

    ReplyDelete
  41. cara akak bgtau cikgu tu memang tak salah la...

    tngk ibu baru nangis...ala sgt2 tacing tau aqil ni...

    ReplyDelete
  42. Kalau saya, memang saya ngadu, anak kita, saya pun tak kisah kalau anak ditegur atau dimarah ke didenda, tapi bila melibatkan penggunaan alat seperti gunting dan pisau, mmg tak sepatutnya, kalau mendatangkan kecederaan macamana? Harap cikgu tu dapat nasihat pengawas tu baik2, ni semua nak elakkan dari berlaku perkara yang tak sepatutnya..

    ReplyDelete
  43. uish ganas nyer pengawas tu...pastikan pengawas tuh letak jawatan kak!!

    ReplyDelete
  44. Hish, dah tentu-tentu salah pengawas guna benda tajam macam tu! Amboi... kalau saya pun memang kena juga budak tu... eh, saya pulak yang emosi. Tapi betul apa, mana boleh bawa dan guna benda tajam dan berbahaya begitu pada murid lain... i believe you've excercise your rights untuk prevent perkara2 lain yang lebih berbahaya dari happen.

    ReplyDelete
  45. ya allah......
    geram pula baca entry yus nie..
    sampai ke arah situ pengawas tu bertindak..


    mmg sesuai, dan betul tindakan yus.. melaporkan berkenaan keganasan lagilah melibatkan alatan tajam..

    tahniah yus..
    berani kerana benar

    PS: dah join segmen ayu? ayu gubar bloglist terdahulu, sibuk uruskan kehidupan, ayu open buat sahabat y betul2 berminat blog mereka tersenarai di blog CR

    http://ruhayurazali.blogspot.com/2012/01/pemberitahuan-gubar-bloglist-entry.html

    ReplyDelete
  46. memang patut dilapor ke cikgu..kalau saya pon emosi juga..bahaya betul guna alat tajam camgitu..tak kiralah kesalahan ape pon, mana boleh guna alat tajam..

    ReplyDelete
  47. inilah yang sepatutnya dilakukan.. tak patut dia buat gitu.. masa sekolah dulu rasanya habis2pun pengawas leh amek namajer kalau der budak buat salah.. isyh baru jadi pengawaskan...

    ReplyDelete
  48. salam yus,klu LM pun mengamuk giler okey klu jd kes mcm ni.smpi mak bapak pengawas tu den kejar klu jd camni.huhu.jahat punya budak.buli apa ni smpi guna brg2 tajam?klu terbelah jari dek pisau tu camner?

    ReplyDelete
  49. MUNNA YG BACA NI PUN RASA NAK MENANGIS KAK... MMG PATUT KAK YUS ADUKAN PERKARA NI... TAKUT NANTI PENGAWAS TU BUAT PADA MURID YG LAIN PULA

    ReplyDelete
  50. sumpah saya geram baca n3 ni kak..kalau pengawas tu buat kat anak saya, bukan saya report je, saya terus jumpa pengawas tu...how dare!!
    guna benda tajam pulak tu!!

    semoga aqil cepat baik ye sayang...sedih pun ada baca n3 ni...nak2 bila adik beradik aqil pun tumpang sebak sekali...saya pun ikut sebak ni...huhu...

    ReplyDelete
  51. Memang patut lapor kak, takut lain kali dia buat lagi kan..kalau qema pun emo gak kak, benda tajam tu.

    ReplyDelete
  52. seram sejuk baca cite ni, actly smlm sy dah buka baca separuh sbb bz, arini sy gagah kan diri nak baca cerita selanjutnya dari blog akak ni....memikirkan keadaan anak kita di masa hadapan...mmg takut dgn sekolah2 skrg ni dgr mcm2 cerita..buli2...


    anak sy yg tadika pun dibuli oleh jiran..kena paw duit...sy risau dia belajar yg tak baik dari situ..sy risau dia pulak yg paw duit nanti bila masuk ke alam sekolah....budak2 kan cepat belajar...2 perkara yg sy risau bila pk anak2 akan bersekolah, satu --> akan dibuli atau kedua --> dia plak yg jadi pembuli...

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...