Wednesday, December 14, 2011

Home » , » Trip to Kerteh : Perjalanan pergi (bhg 1)

Trip to Kerteh : Perjalanan pergi (bhg 1)

Selamat pagi...

Letih belum hilang,
tapi harus segera update cerita ini sebab hujung minggu ni akan jalan2 lagi.
Selalunya kalau lambat update, aku akan terus tak update.
Kemudian tu mulalah rasa rugi, apsal citer ke sana/ke sinun tiada dalam blog ni?

Hehe...aku suka tulis untuk kenangan aku di kemudian hari.
Dan lebih meriah bila ada rakan-rakan yang sudi baca sama.
Terima kasih.

Bertolak seawal pukul 8 pagi Sabtu lalu,
kemudian singgah di gerai makan Kedai Kambing 40 hari untuk bersarapan.
Gerai makan ni terletak di Yong Peng.
SRD yang teruja sangat nak makan di situ.
Peminat kambing lah katakan.
Aku tak suka!!!!....huhu.

Papan tanda Kari Kambing 40 hari dan mata Abid sebelah aje kelihatan...haha
Lupa nak snap gambar makanan.
Aku order mee rebus pagi itu.
SRD haruslah roti canai bersama kari kambingnya.
Anak-anak roti telur dengan kuah kambing saja.
Semua rasa pelik dan bertanya,
"Kari apa ni ibu?"

Nampaknya semua macam aku tak suka kambing.
Tapi bagi penggemar kambing pasti suka.
Memang sedap lah karinya, manis.
Aku pun rasa kuahnya saja, nak lebih2 takut pening...hehe

Kebetulan di gerai ini ada motor besar warna merah yang cantik.
Arif tumpang bermain sebentar.
Tapi mula-mula dia takut sebab ada atok yang menegurnya.
Namun selepas itu tak mahu turun dia.

Suka dapat naik motor. Besar nanti jangan jadi mat rempit sudah...hehe
Ok, selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Kerteh.
Sepanjang perjalanan lupa nak snap gambar satu pun.
Hujan di pertengahan jalan masa kami berhenti makan tengahari.
Tak ingat di mana masa tu, dah sampai Chukai kot.
Lunch lambat, sampai Kerteh hampir pukul 5.
Aduh!! Penat.

Dah sampai Kerteh masa ni. Papan tanda ke Mesra Mall, shopping kompleks paling besar di Kerteh ni ...hihi.

Dan seperti gambar di entri ini, kami menginap di Kerteh Lodge.
Mula-mula masuk aje bilik dia dah terasa seperti pernah ku lihat.
Tapi di mana ya?

Bila kuingat-ingat semula baru perasan, bilik yang serupa!
Aku pernah menginap di salah sebuah bangunan yang sama.
Cuma bukan yang ini, tapi kawasan dalamnya semua sama.

Apartment yang serupa ketika aku belajar di Kerteh dulu.
1992, hampir 20 tahun jarak masanya.
Mengimbau kenangan lama.
Nostalgia.
Tiba-tiba teringat bab-bab seram di salah sebuah bilik.
Aduh! Tak mahu ingat....

Apa pun...bersambung cerita ya.
;) :)>-

~ يوس ~

37 comments:

  1. wah seronoknya yuss .. jalan saje ekekek .. yelahh cuti sek kan ..
    ieda je nie dukk umah je .. barulah ujung minggu nie nak ke putrajaya huhuh

    ReplyDelete
  2. wah g jalan-jalan kerteh pula ye kak..bestnya...take care ye kak, sekarang musim hujan.

    ReplyDelete
  3. bila baca entri sebelum ni baru tahu kakyus dah selamat pulang dari bercuti rupanya hehe
    (penangan lama tak berblog gini la)

    ReplyDelete
  4. Masa kakak ke T'ganu minggu lepas pun kakak singgah di Mesra Mall ini sebab mula tu singgah di Petronas sebelah Mall itu utk buang air, last terus masuk ke Mallnya..

    ReplyDelete
  5. balik hujung bulan ni nak gi Mesra Mall , setiap kali balik wajib singgah kat situ hihi

    ReplyDelete
  6. akk pun t,brani mkn kmbing coz hb t.mkn pdahal akk t,sakit apa2 pun he...he

    kerteh nmpak bkabus, hujan ke? yus study kt mn dlu? mrsm kerteh?

    ReplyDelete
  7. @:: Mrs.Eady ::
    akak teruja datang sini semula sbb dulu pernah belajar di sini..:)

    ReplyDelete
  8. @ieda
    cuti sekolah je pun boleh ikut ieda, kalau tak kat rumah jelah...hehe

    ReplyDelete
  9. @qemaishak
    ha'ah dah selamat pulang,mmg hujan je di sana...

    ReplyDelete
  10. @Kakzakie
    saya dua kali pusing2 mall tu kak...:)

    ReplyDelete
  11. @Anamarza
    ana orang sana ya?

    p/s: kenapa tak boleh nak komen di blog ana ya? Tak boleh taip apa2 di kotak komen tu, tak kuar?...huhu

    ReplyDelete
  12. @So Shy Lady
    ha'ah mmg mendung dan hujan saja di sana.

    ya, dulu bekas pelajar mrsm kerteh...;)

    ReplyDelete
  13. jauhnya jalan yus
    sampai ke kerteh ..tak hujan?

    kak ati suka sgt dgn kambing :)

    ReplyDelete
  14. kak rumah mak juelah akak....

    ReplyDelete
  15. saya akan jugak kambing tapi sikit je la....
    kalau banyak memang pening..
    silap2 tak bangun..:p

    ReplyDelete
  16. Cuma tinggal lebih kurang tiga minggu jer lagi sebelum alam persekolahan bermula semula



    -sigh-

    ReplyDelete
  17. Jauh perjalanan tu ... Akak pun pernah ke KT ... bestnya kat sana especially bab makanan.

    ReplyDelete
  18. Pengalaman bercuti ni berbeza-bezakan.. kebanyakannya seronok tapi kadang-kadang, wrong place at the wrong time... seram!!

    ReplyDelete
  19. Seronoknya Jalan2 ye kak, tgk Kari kambing 40hari tu mesti best ye kak

    ReplyDelete
  20. jauhnyer berjalan..... tapi mesti best pengalaman kat sana kan..

    ReplyDelete
  21. Seronoknya gi kerteh,blum spi lg sana....

    ReplyDelete
  22. smpai kerteh jer ke sis..x pergi KT?

    ReplyDelete
  23. wah cayalah, gi kerteh nek motor jerk. vrommmmmmmmmm ;p

    ReplyDelete
  24. @Ati Masrif
    hujan juga kak ati...

    oo penggemar kambing juga ya...:)

    ReplyDelete
  25. @cik Jue Aka Ibu Farisyah
    rumah mak jue di Kerteh? Ke dekat kari kambing 40 hari tu?

    ReplyDelete
  26. @pB
    betul lah kak pb. kalau dah mula sekolah, takde can nak jalan2 lagi...huhu

    ReplyDelete
  27. @wida
    suami akak malas nak ke KT. Dia dah penat, esoknya nak kerja lagi...Kerteh saja kami...jadilah...

    ReplyDelete
  28. @~aSHa~
    oo asha di Chukai ya? Tp tulah tak tahu no asha, kalau tahu boleh contact..hehe

    ReplyDelete
  29. @maszmadi
    takdelah best mana, tp satu pengalaman yg tak akan dapat di lupakan. Penat pun iya...huhu

    ReplyDelete
  30. Yus...samalah dgn akak... kalau lewat update nanti jadi malas...hehehe

    ReplyDelete
  31. jalan2 ke kerteh rupanya..

    kedai kambing 40 hari? unik namanya

    klu bwk en asben cma dtg cni mesti dia suka..penggemar kambing..
    cma??ohh tidakkk fening!

    ReplyDelete
  32. @~ yus ~kat kerteh kak..mesra mall temat lepak kalau balik kg ..hahaha

    ReplyDelete
  33. kakyong pun tak brp suka makan kari kambing... kena tgk cara org masak jugak.. stgh tu kuat bau kambing nya

    ReplyDelete
  34. @kakyong
    kan kakyong, kena pandai masak kalau kambing ni, baru sedap. Tapi di kedai tu sedap jugalah, yus rasa kuah dia je sikit..:)

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...