Thursday, December 15, 2011

Home » , , » Trip to Kerteh : Aktiviti | Pantai Kemasik | dan Pulang (bhg akhir)

Trip to Kerteh : Aktiviti | Pantai Kemasik | dan Pulang (bhg akhir)

Mood aku nak menulis hari ini memang kurang.
Lebih kepada nak kongsi gambar-gambar kami di Kerteh.
Apa pun, kali ini setiap gambar akan aku cuba selitkan cerita.
Tak best pula bila gambar tu bisu je tanpa aku tuliskan apa-apa...hehe.

Tujuan utama ke Kerteh tentulah atas urusan SRD di sana.
Kami ni ikut aje, jadi tak boleh nak expect dapat jalan-jalan, makan-makan yang best-best.
Apa pun, tetap enjoy walaupun penat.

Di hadapan tangga ke lobi Awana Kijal. SRD punya urusan adalah di sini.

Malam itu SRD bawa kami jalan-jalan tengok keindahan lampu-lampu di kawasan loji Petronas di Paka. Cantik kan bila malam.

Kami banyak jalan di Mesra Mall tu. Apa pun, aku dapat rembat beg tangan baru di sini..hihi. TQ abang!

Ini di hari akhir sebelum pulang. Jalan-jalan di pantai Kemasik.

Dari jauh nampak bot-bot nelayan ke bersusun di situ. Entahlah ya.

Pantai Kemasik ni ombaknya memang kuat sungguh. Kalau surfing best kot, tapi macam bahaya aje.

Tengok pukulan ombak di batu tu. Kuatkan!

Gaya anak-anak aku.

Gaya santai kami 5 beranak...aku pun join sekali.

Bersama abah tersayang @ En SRD. Abid yang ambil gambar ni.

Singgah beli kopok lekor di sini. Tak ingat di mana, Kemaman kot.

Sempat juga kami tengok kawasan di Cherating ni. Macam tak menarik aje. Apa pun sempat aku rembat suvenir di sini..hehe
Ada juga ke rumah kawan malam kedua tu di kuarters Petronas.
Kawan lama SRD.
Cantik kawasan perumahan di sana, walaupun semuanya rumah lama.
Begitulah serba ringkas aktiviti kami di Kerteh.
Takdelah menarik sangat.
Tapi dapat menemani suami kan.
Lagipun cuti sekolah, kalau dah mula persekolahan, tak dapatlah kami ikut.

p/s: minggu ni jalan2 lagi ikut SRD OS. Destinasi Shah Alam pula....:)

~ يوس ~

38 comments:

  1. Musim hujan ombak kuat tu kak yus..
    tak kisah la janji dapat jalan-jalan, best juga:)

    Dah up entri pasal threaded comment.TQ kak.

    ReplyDelete
  2. kalau tengok betul2 yus ni....



    tak sangka anak 4..
    hehehehe

    ReplyDelete
  3. duh senangnya melancong :)

    Info Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM1000, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/

    ReplyDelete
  4. seronok betul dapat jalan2 kan, lepas ni ke shah alam, nanti ke jb ikut jugak tak?

    ReplyDelete
  5. Antara tmpt wajib pergi setiap kali balik paka pantai kemasik & mesra mall :)

    ReplyDelete
  6. @qemaishak
    mungkin juga. Tapi mmg kuat betul, takut tengok...

    tq up entri itu. sama2..pertolongan kecik aje..:)

    ReplyDelete
  7. @diana
    gambar boleh menipu diana...hihi, cuba jumpa orangnya...:)

    ReplyDelete
  8. @Anamarza
    memang situlah tempat paling best pun kan...:)

    ReplyDelete
  9. skrg musim tengkujuh kat sana kan kak.. memang x sesuai la nk mandi manda.. rindu rasanya dgn keputihan pasir pantai kt ganu. huhu..

    ReplyDelete
  10. cantik kerteh waktu malam ye kak yus. pernah lalu je masa nak jalan2 ke kelantan dulu...

    ReplyDelete
  11. Yus..
    Seronok akak tengok gambar Yus dengan anak2....pandai mereka berposing ye...anak2 akak jangan haraplah...susah sangat nak diajak bergambar...

    Yus..Dapat meluangkan masa dan bercuti bersama suami dan anak2..adalah detik yang terindah dalam hidupkan..

    ReplyDelete
  12. cantik juga tmpt nie .. hurmm ieda mesra mall tuu lalu je .. selalu nak singgah x kesampaian ... :)

    ps : yus mcm mana nak buat comment pop up mcm yus nie tapi x buang thread comment tu .. :)

    ReplyDelete
  13. yus..kuat nampak ombak tu..bahaya kalau anak2 mandi laut tu yus..

    ReplyDelete
  14. skrg ni kan musim tengkujuh, sure lah ombak menghempas kuat di pantai timur..

    bestnya Yus dpt henbag baru.. rezeki tu, dpt jalan2, buahtangan pun dpt.. ;)

    ReplyDelete
  15. looks familiar.. hehee
    been there...

    =P

    ReplyDelete
  16. Yus... akak jeles tau...pi trengganu tapi tak dpt pi pantai..cik abang malasy...hehehe...

    Minggu ni akak bercuti di Muzium Negara... Jom dtg Muzium jumpa Ehsan kat sana...hehehe

    ReplyDelete
  17. bestnya dapat gi jenjalan..pernah singgah mesra mall aje..

    ReplyDelete
  18. @ct rahani
    tengok dari jauh je ct, mmg takut nak mandi pun..:)

    ReplyDelete
  19. @Izan Ishak
    cantik izan bila lalu kawasan Paka tu...:)

    ReplyDelete
  20. @azi
    yus suruh mereka posing kak, mereka pun sporting aje, adalah sikit2 tak nak kadang tu...

    betul kak azi, yang penting dapat bersama seisi keluarga..:)

    ReplyDelete
  21. @ieda
    oklah ieda, cuma sunyi juga rasa tempat tu, takdelah meriah...hehe

    p/s: yus buat macam biasa je ieda, setting tu tukar jadi pop-up windows, cuma yus buat kan auto read more pada laman utama, jadi bila orang nak baca habis dia akan klik link tu dan automatik nampak le threaded comment ni...

    ReplyDelete
  22. @Acik Erna
    memang tak kasi mandi pun acik....buadak2 ni pun takut sikit mandi air laut. Mereka tak suka air masin tu...:)

    ReplyDelete
  23. @kakyong
    hihi...kakyong perasan ya yus tulis pasal tu..:p

    handbag lama tu ada koyak sikit, so request le baru, alhamdulillah dapat..:)

    ReplyDelete
  24. @aNIe
    Yus pun jeles, akak dapat pi Pasar Payang, yus ajak husband ke sana, dia malas nak jalan ke KT, balik je kata dia...hihi.

    Tak dapat ke sana rasanya kak, yus takut drive sendiri area KL, husband pulak ada urusan...:(

    ReplyDelete
  25. @cikpuanhady
    Mesra Mall tu mmg kompleks paling besar dan meriah di Kerteh kan...

    ReplyDelete
  26. suka tgk gaya yus dan anak2 tu.. dpt ikut temankan hubby outstation pun best juga kan yus.. takdelah rindu2an.. he..he..

    ReplyDelete
  27. Kuatnya ombak Pantai kemasik masa nie yea...pergi kerteh wajib beli keropok lekorkan....

    ReplyDelete
  28. @Hanis Azla
    hehe, itu yang sebenarnya hanis, kalau di OS selalu risau kan, risau dia dalam perjalanan tu...bila kita teman, kurang sikit risau, tapi masih perlu berhati2 memandu kan..:)

    ReplyDelete
  29. @Nazayiena
    kalau tak beli mcm bukan ke pantai timur pulak kan nurul

    ReplyDelete
  30. Nak dtg Shah Alam



    jom jumpa

    ReplyDelete
  31. best kan kat paka tu kalo malam2, cantik...

    p/s: kak yus, masz try buat nak tukar bg kaler thread comment tu tp x bleh arr, dah bukak FB mbb still x boleh.. tulun2..... huhu

    ReplyDelete
  32. pantai kat tganu ombak mmg kuat..angin pun kuat. best!
    sbb tiap kali saya pegi sama je.

    ReplyDelete
  33. Wah bestnya... cantik sangat laut...

    Minggu ni Yus turun Shah Alam?

    Mehla singgah umah saya! tak jauh pun, di pinggir Shah Alam je!

    ReplyDelete
  34. tengok gambar awan kat pantai tu macam mendung jer kan? hati jadi berbelah bagi nak ke Ganu pada hujung tahun....selain pantai apa lagi yg menarik kat sana ya? iA akan ke sana di luar musim tengkujuh...

    ReplyDelete
  35. yus,
    jom join contesthttp://ourdreamsoflifecontest.blogspot.com/2011/12/sy-telah-ditag-oleh-kakyong-untuk-join.html

    ReplyDelete
  36. Kami pernah pergi ke Terengganu dan memang sukalah. Banyak tempat menarik boleh singgah :-)

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...