Wednesday, December 28, 2011

Home » , , » Remy Ishak dan Tiz Zaqyah dalam Aduh Sayang

Remy Ishak dan Tiz Zaqyah dalam Aduh Sayang

Untuk Slot Cerekarama Sabtu ini,
31 Disember, 2011 jam 9 malam.
TV3 akan menyiarkan cerita bertajuk Aduh Sayang
yang menampilkan Remy Ishak dan Tiz Zaqyah sebagai pelakon utama.

Aku minat tengok mereka berdua ni.
Tak sabar nak tunggu Sabtu ini.
Jom tengok sikit gambar-gambar mereka dalam cerita ni nanti.

Lalok sungguh si Remy...hihi

Cantik Tiz Zaqyah di sini kan.

Amboi! Kata 2 orang anak, kenapa ada 4 di sini??

Aksi ni paling tak menahan!

Sinopsis Cerita:


Aduh Sayang berkisar tentang Nani dan Shidi, pasangan suami isteri yang dikurniakan dua cahaya mata, Fateha, 4 tahun dan Fayyad, 3 tahun. Sejak mendapat cahaya mata, Nani dan Shidi sering keletihan dan tidak bermaya ke pejabat. Kadang kala ketegangan antara mereka tercetus. Keadaan ini disedari oleh ibu bapa mereka, Latiff dan Ros. Oleh itu, mereka mencadangkan agar Fateha dan Fayyad ditinggalkan bersama mereka selama seminggu supaya mereka boleh berehat.
Nani dan Shidi bersetuju lalu Fateha dan Fayyad ditinggalkan bersama nenek dan datuk mereka. Walaupun merindui anak-anak, Nani dan Shidi kelihatan lebih tenang dan bersemangat di tempat kerja kerana mendapat rehat yang secukupnya sejak ketiadaan anak-anak mereka.
Namun, mereka dikejutkan dengan berita penjaga rumah asuhan tempat mereka menghantar anak telah ditanggap kerana terlibat dengan sindiket menjual budak…

Pelakon: Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Rahim Omar, Fatimah Abu Bakar.

SUMBER: gua.com.my

Slot Cerekarama sekarang memang banyak yang best-best kan!
Harap-harap cerita Aduh Sayang ni pun tidak menghampakan.

~ يوس ~

12 comments:

  1. erm... mesti best kan cerita nieh..... x sabar lak nak tengok.. hehe

    ReplyDelete
  2. Tq for sharing kak yus!!! Saya minat sgt2 diorg ni, so kene terpacak depan tv Sabtu ni hihi!!!!

    ReplyDelete
  3. harus tgk ni kak...mcm best je! macam kelakar pun ye tgk gmbr2nya...

    ReplyDelete
  4. memang tak sabar nak nengok citer ni, saya peminat tegar remy ishak walaupun macam2 kontroversi pasal dia, hehe

    ReplyDelete
  5. uishh x sabar nak tgk nie ;)

    ReplyDelete
  6. comel jer tgk depa berdua nih..
    hrp2 boleh layan sabtu ni..

    bila depa nak umumkan tarikh nikah depa pulak... ;)

    ReplyDelete
  7. saya sgt suka lakonan remy..wajah tiz mmg cantik.tak blh dinafikan

    ReplyDelete
  8. dah tayang ker belom?
    akak selalu miss drama melayu huhu

    ReplyDelete
  9. @Queenie
    Belum akak. Sabtu ini baru tayang. Jangan lupa tengok ya!..hehe

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...