Tuesday, December 27, 2011

Home » , » Ra.One : Shah Rukh Khan dan Kareena Kapoor

Ra.One : Shah Rukh Khan dan Kareena Kapoor

[image dari sini]
Aku baru habis menonton movie terbaru dari Shah Rukh Khan bertajuk Ra.One.
Kalau siapa yang baca blog aku dari dulu, mesti tahu aku suka tengok filem hindi,
lebih-lebih lagi kalau heronya SRK.

Sudah lama terbiasa dengan watak SRK yang romantik,
untuk Ra.One aku macam sedikit kecewa.
Takde feel romantik sangat.
What do you expect?
Dah tentu ini filem aksi, tak kan nak over romantik kan?
Hahahaha....

Filem yang agak menarik.
Memang menghiburkan, dan kesan digital yang sangat baik!
Memang patut pun sebab pembikinan filem ini di katakan menelan belanja yang sangat tinggi.

Gandingan SRK dan Kareena ok.
Aku suka tengok budak yang jadi anak SRK dalam filem ini.
Dan paling tak sangka, yang nyanyi lagu dalam filem ini bukan orang India rupanya.






Ok, cuba korang dengar lagu di atas.
Suara penyanyi yang konon suara SRK tu.
Nama penyanyinya Akon.

Inilah Akon penyanyi lagu Chamak Challo tu. [image ehsan google]
Bila cuba cari siapakah Akon ini??
Dia adalah seorang penyanyi R&B dari Senegal dan pertama kali datang ke US ketika berusia 7 tahun.
Orang Afrika rupanya!
Aku tak pernah tahu penyanyi bernama Akon sebelum ni ya...hehe.
SRK dan Kareena bersama Akon. [image ehsan google]
Keseluruhan aku bagi 3.5 bintang saja untuk filem ni.
Takde feel macam selalu bila tonton filem dari SRK.
Satu je yang sama, SRK lucu dan Kareena cantik...hehe.
Namun satu percubaan yang bagus dari SRK.
Harus keluar dari kepompong lama, mana boleh bawa watak hampir serupa aje kan.


~ يوس ~

18 comments:

  1. wah..akon dan interframe kat bollywood lak..

    ReplyDelete
  2. sangat suka filem ni..
    akon ke yang nyanyi..
    oh..saya suka lagu lonely yang popular dulu tu..

    lonely... i'm so lonely
    i have nobody
    to call my own.
    lebih kurang gitu la lagu dia dulu..:p..

    ReplyDelete
  3. bestnya...

    nak tgk gak kak...

    ReplyDelete
  4. @diana
    diana, saya tak pernah tahu lagu Akon sebelum ni...huhu.

    Yup filem ni best juga!

    ReplyDelete
  5. @kis
    hehe, sila cari dvd/vcd dia, akak pun sama..:)

    ReplyDelete
  6. dah tgk tru astro 1st...tapi sedih tau kak, masa kami anak beranak tgk tu...tibi tak bape clear..rosak..skrg dah baru....bleh jelas tgk lubang hidung org...eheheh tapi lagu tema cite tu mmg best

    ReplyDelete
  7. owh peminat hindustan ke akak ni hehehe, saya ombak rindu pon lom tgk lagi..tgk iklan mmg mcm best jek ra one nih

    ReplyDelete
  8. @~aSHa~
    kenapa langgan astro first masa tu kalau tahu tv tak berapa clear? ke, bila Asha dah tekan nak beli je baru tivi buat hal? Apa pun oklah, dah dapat tv baru kan...hehe

    Citer tu best kan.

    ReplyDelete
  9. @ajumohit
    haha, minat aju. Tengok Kuch Kuch Hota Hai dulu masa hari pertama dia kuar kat panggung tau!

    Filem belum kuar akak dah beli kaset lagu dia dulu masa tu...huhuhuh

    ReplyDelete
  10. oh peminat SRK ye.. he..he.. dkt astro first ada juga citer ni, tp tak berminat pula nak tgk.. sbb tak minat hindustan sgt kot.. lagu akon ada juga yg saya suka..

    ReplyDelete
  11. i pun peminat srk uuu
    tapi lom kesempatan nak tgk dia :)

    ReplyDelete
  12. Akon ni femes jugak dulu, lagu dia penah gak dengaq :)

    BTW, nak gak tengok filem ni :)

    ReplyDelete
  13. sedap suara Akon nih.. x sangka nyanyi lagu hindu pulak...

    ni Yus beli ke DVD nya.. kakyong dah lama x layan hindustan.. layan drama melayu jer..

    ReplyDelete
  14. ala, x bleh bukak YT la kat sini...

    erm akon nyanyi lagu industan ker?.. sayang x bleh tgok video tu..... tp suare dia mmg sedap...
    SRK oh SRK, dia belakon romantik lg best kut dari ganas nieh..... hehe

    ReplyDelete
  15. teringin nak tgk jugak cite ni..
    sis langgan astro first ker?

    ReplyDelete
  16. @kakyong
    ya kak, yus beli dvd dia, boleh layan tengok berulang kali..:)

    ReplyDelete
  17. @wida
    tak wida, akak beli dvd dia..:)

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...