Saturday, December 24, 2011

Home » » Kecut perut sekejap dengar berita ini.

Kecut perut sekejap dengar berita ini.

Aku kini di Melaka.
Semalam waktu nak bertolak pulang ke Muar dari Senggarang,
dengarlah berita pasal banjir dan status air sungai  di radio.
Di laporkan Sg. Senggarang antara sungai yang sudah capai paras bahaya.

Alamak! Macam mana ni?
Kami dah bertolak balik Muar masa tu.
SRD relax aje, dia kata bukan kawasan kita.
Lebih-lebih lagi masa dia lalu Parit Karjo dan melalui kawasan di Sg. Senggarang,
sungai masih belum capai paras bahaya.

Hari ini sempat layari laman web Public Info Banjir.
Dapat maklumat ini dari sana.


Sg. Senggarang di Senggarang
District: Batu Pahat
masa:24/12/2011 - 19:00
Amaran: Air sungai telah melebihi aras amaran.
Penduduk di kawasan sekitar diminta berjaga-jaga.
Aras Air: 3.26 (m)      [ Graf Aras Sungai]   |   Peta lokasi ]


Baru melebihi aras amaran.
Belum melebihi aras bahaya lagi.
Moga kawasan kami baik-baik saja.
Dan kepada semua yang terlibat dengan banjir, harap berhati-hati dan sentiasa bersedia.
Siapa-siapa yang duduk BP, sana hujan lagi ke?
Tak senang duduk juga aku ni....huhu.

~ يوس ~

8 comments:

  1. Salam Yus. Harap2 semuanya ok2 sahaja di sana..

    ReplyDelete
  2. risau jugak ya klau still hujan turun kemungkinan nak banjir tu ada. Semoga semuanya selamat!

    ReplyDelete
  3. itulah yus..
    ayu pun risau nie

    hope yus dan family okey2 ya

    ReplyDelete
  4. salam kak yus..

    huhu..cma fobia ckit ngan banjir ni.. @_@
    harap2 xde xde banjur yg melanda di kawasan sekita kita..


    kat pj ni pun asik ujan sepanjang hari..walau renyai2..tp basah jugak la..

    ReplyDelete
  5. Moga semuanya terkawal dan tiada yang membahayakan.

    Apa-apapun, kena selalu dengar berita terkini dan patuhi arahan ya..

    ReplyDelete
  6. sapa yg tak riso bila sebab hal banjir ni.. moga okay2 jer Yus..

    ReplyDelete
  7. Salam Yus..
    Kat Simpang Renggam pun hujan juga...banjir kat sini hanya kawasan2 kampung jer..

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...