Saturday, February 26, 2011

Home » » Catatan ke 4 : Retinal detachement

Catatan ke 4 : Retinal detachement

Salam buat blogku yang aku kasihi,

Baru hari ini berkesempatan mencoret sesuatu. Semalam satu hari agak sibuk. Seawal 6.30 pagi sudah bertolak ke JB untuk temujanji bersama Dr di Hospital Sultanah Aminah. Aku ingatkan dapat sampai awal, tapi rupanya jalan jem teruk.

Sampai di hospital sudah pukul 9.50 pagi. Aku lewat 1 jam. Ke klinik mata di sana, buat pendaftaran dulu, beri surat rujukan dari hospital BP, dan bermulalah sessi menunggu aku. Aku ke sana bersama SRD. Semua anak-anak aku titipkan bersama emak dan ayah untuk mereka menguruskannya.

Setelah nama di panggil, bermula proses yang hampir serupa seperti di Batu Pahat. Dr Siow yang melihat mata aku. Dia cuba nak lihat bahagian retina aku yang koyak tu. Mula-mula dia tak perasan, kemudiannya baru dia nampak. Ada 3 bahagian yang koyak. Tapi dia kata dengan aku, saraf mata puan ada yang tanggal. Huh! Aku kecut perut ok.

Kemudian dia bawa aku jumpa seorang lagi doktor yang lebih pakar. Rasanya doktor ni pegawai atasan dia. Dengan doktor yg satu lagi ni, dia bincangkan tarikh paling cepat untuk mata aku di bedah. Perlu di bedah segera kata doktor. Dia bising juga kenapa baru sekarang aku perasan dengan masalah mata aku ni. Doktor pakar itu kemudiannya memberi dua tarikh untuk Dr Siow lihat selepas dia memeriksa bahagian mata aku yang bermasalah itu. Sama ada 22 Mac atau 29 Mac. Tarikh itu rasanya pegawai atasan dia tu free.

Kembali semula ke bilik Dr Siow, kata dia ulang balik apa yg doktor satu lagi beritahu aku tadi. Ada lubang pada retina mata aku. So, dia dah semak tarikh yang paling dekat dan ada kosong untuk mata aku di bedah ialah 22 Mac. Namun begitu aku harus datang pada 16 Mac untuk buat pemeriksaan lagi. Dia berikan satu surat untuk aku ke hospital BP lagi bagi membuat ujian darah, jantung dan lain-lain untuk lihat tahap kesihatan aku sebelum aku datang lagi ke JB 16 haribulan.

Begitulah kiranya serba ringkas. Sekarang apa yang merisaukan aku ialah Arif. Bagaimana dengan Arif nanti bila aku di bedah. Anak-anak yang lain SRD dah uruskan van sekolah untuk urusan pulang pergi ke sekolah. Tetapi Arif????? Dia menyusu badan sepenuhnya. Direct feeding. Tak pernah menyusu menggunakan botol.

Sepeninggalan aku ke JB semalam, emak cuba beri susu formula dan juga susu yang aku sudah perah untuk dia. Kedua-duanya dia tak nak. Dia tak mahu menyusu menggunakan botol. Hari ini pun sudah berulang kali aku cuba beri botol pada dia. Tapi dia tetap menolak. Sedih sangat tengok rupa dia. Melalak sakan. Menangis sampai nak terkeluar anak tekak. Akhirnya aku mengalah, beri juga dia direct breast feed.

Siapa ada idea bantu aku. Sekurang-kurangnya 5 hari 5 malam aku akan di tahan wad nanti untuk pembedahan itu. Sehari sebelum pembedahan dan 2-3 hari selepas pembedahan. Sudahlah di JB. Kalau di BP, bolehlah aku suruh SRD datang bersama emak setiap kali waktu melawat untuk aku bf Arif. Macam mana ye?

Aku menangis tadi. Menangis bila tengok Arif menangis. Tak tahan rasa memaksa dia menyusu dengan botol sedangkan dia tak mahu. Kalau aku beri susu formula lagilah dia menolak, ini aku beri EBM aku sediri pun dia tolak. Bagaimana ye?

Risau nanti di bedah, risau juga anak-anak di rumah. Sudahlah begitu. Bila aku tanya doktor apa kesan dari pembedahan? Boleh pulih 100% tak? Dia kata, dia tak boleh janji, sebab ada orang akan terus pulih, ada orang mungkin masih kabur pada tahap yang sama, atau lebih teruk pun ada. Bagaimana tu? Doktor pun cakap macam tu. Apa pun kita usahalah, sebab kalau tak bedah, takut berjangkit pada yang sebelah lagi. Langsung tak boleh melihat aku nanti.

Penglihatan aku makin kabur aku rasakan. Tengok pc pun tak boleh lama. Niat aku hanya nak menulis di sini. Jalan2 BW tunggu mata aku pulih sepenuhnya ye. Harap semua faham.

Oklah. Aku nak cuba latih Arif menyusu dengan botol lagi. Kalau tidak susahlah emak aku nanti. Kesiannya Arif....

~ يوس ~

16 comments:

  1. Azi doakan agar semuanya berjalan dengan lancar.. Sedih Azi dengar cerita Arif tu.. Insyallah semuanya akan dipermudahkan oleh NYA.. Take care dear..

    Hugs
    Azi

    ReplyDelete
  2. as salam kak yus,

    Alhamdulillah akak dah dapat tarikhnya..insyaAllah dengan izinNYA nnt akak akan pulih sewmula..saya doakan yg terbaik utk akak..

    baca part arif tu buat air mata saya menitis..yela kan,anak kite hampir sebaya..maybe saya cuma bole cadangkan kat akak buat solat hajat mudah-mudahan DIA berikan semangat buat arif minum susu menggunakan botol..sesungguhnya DIA yg memberi ujian nie dan pada DIA jugak lah kita mohon penyelesaiannya...

    loves from us!

    ReplyDelete
  3. salam yus..baru berkesempatan ke sini..susah hati jugak baca entri yus ni..doa moga yus tabah n cepat pulih seperti sediakala selepas pembedahan nanti..yus mesti kuat n rasanya yus mmg org yg kuat...

    ReplyDelete
  4. akak rasa..buat masa skrg..awk kene latih arif minum susu melalui botol jgk..xpe la yus..slow2 bg dia..insyaAllah lama2 nati dia akn bole kot..

    dan jika awk akn jalani pembedahan itu..akak doakan agr awk cepat baik dan lekas sembuh..insyaAllah semua akn ok..

    ReplyDelete
  5. cian nye arif..hope semue nye bjalan dengan lancar.bnyk2 kan berdoa ye kak..

    ReplyDelete
  6. semuga di permudahkan untuk buat pilihan yg terbaik..

    ReplyDelete
  7. semoga semuanya berjalan lancar utk kak yus..sedih sy baca...Insyaallah lama2 Ariff leh terima...

    ReplyDelete
  8. sabar yus... kami doa yus cepat sembuh.. moga arif pon ok minum susu botol..

    ReplyDelete
  9. Semoga segalanya berjalan lancar untuk yus.. semoga pembedahan itu adalah yg terbaik utk yus dan semoga sembuh sepenuhnya nnt.. ttg arif tu mmg kena latih juga dari skrg kan.. awal2 mmg susah sikit kot.. InsyaAllah nnt dia mahu juga.. Take care yer yus.. Kita sama-sama berdoa utk kesihatan yus..

    ReplyDelete
  10. Akak kena positive. Kami semua doakan yang terbaik untuk akak.

    Akak takde ke kawan yang BF anak dia juga. Kot bolehlah jadi ibu susuan Arif ke? Manalah tahu kalau Arif masih tak mahu juga..huhu

    ReplyDelete
  11. yus,

    kak ati pernah kena operate 2 thn lepas tau
    masa tu mmg breast feed sepenuh kat syahmi
    mmg susah sgt nak bagi susu kat baby mcm ni
    apa yg kak ati buat ialah melalui picagari yang saze 10ml
    bagilah pelan2 ..kalau botol mmg payah sangat
    itu pengalaman kitalah..
    yus terpaksa keraskan hati tu lah ye...
    kalau tak ajar lani ...susah nanti

    ReplyDelete
  12. apapun kak ati doakan
    yang terbaik utk yus
    cepat operate lagi cepat selesaikan

    kita tawakal pada Allah saja yus..insyaAllah!

    ReplyDelete
  13. yus

    akak doakan semoga semuanya berjalan lancar dan yus cepat sembuh nnti ye

    ReplyDelete
  14. Macamana retina boleh koyak, kak Yus? Sabor dan doa banyak-banyak ye Kak Yus. Fikir yang baik-baik je. Insya-Allah, dipermudahkan semuanya. (hugs..!)

    ReplyDelete
  15. @Yati
    tak tahulah mcm mana boleh koyak yati. Benda nak jadi, akak pun kurang pasti punca..huhu

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum akak,saya laila, lps membaca cerita akak ni, utk pengetahuan akak, sy pun mengalami nasib yang sama mcm akak...sy pun dibawah rawatan Dr Siow masa tu...akak ape khabar skarang? mcm mana dgn pembedahan tu? ada kesan?

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...