Thursday, July 19, 2012

Home » , » Mari berpuasa anak-anak.....

Mari berpuasa anak-anak.....

Ramadhan bakal menjelma lagi. Beberapa hari ini, anak-anak aku memang teruja bertanya mengenai puasa.

"Ibu, lagi 4 hari kita puasa kan?", tanya Abid beberapa hari yang lalu.

"Abid nak puasa penuh tak?" tanyaku pula.

"Tahun lepas Abid puasa penuh berapa hari ibu?", dia bertanya lagi.

"Ibu tak ingatlah Abid, tapi rasa beberapa hari je kot, seminggu tak sampai." jawab ku pula.

"Ok, tahun ni Abid cuba tambah beberapa hari lagi ya ibu," janji Abid pula.

Alhamdulillah anak-anak aku rasanya mudah di latih berpuasa. Aqil berjaya puasa penuh sebulan ketika darjah 2. Alia pula, darjah 1 dah boleh puasa sebulan. Abid masih dalam proses belajar.

Dari tahun lepas poster ini sudah terlekat baik di dinding bilik Alia. Tahun ini nampaknya senanglah dia melihatnya semula walau aku tahu dia sudah ingat dan hafal niat puasa dan doa berbuka puasa itu.

Alia dapat dari majalah Ana Muslim yang selalu di belinya.
Banyak tips-tips mendidik anak berpuasa boleh kita baca di internet. Google aje banyaklah cara dan tips di kongsikan. Aku nak kongsi cara aku serba sedikit. Rakan-rakan pembaca pun mungkin boleh berkongsi sama cara anda mendidik anak berpuasa di sini. Bolehlah sama-sama kita lakukan kepada anak-anak kita kan.


  • Mula-mula kenalah ajar niat puasa dulu. Kemudian tu, cuba latih perlahan-lahan, hari pertama dapat separuh hari pun dah kira berjaya bagi anak kita. Aku ajar anak-anak berpuasa seawal usia 5 tahun. Abid 4 tahun dah mula belajar. Dapat 1 hari penuh tahun itu.
  • Terapkan kepentingan bersahur kepada anak-anak. Anak-anak kita ni cepat lapar, jadi kalau tak bersahur susahlah mereka nak berpuasa kan. Ada aku baca, mereka ajar anak bersahur waktu pagi sebelum pergi sekolah. Kira waktu sarapan tu waktu sahur bagi anak-anak. Tapi aku ikut waktu sama je dengan waktu aku. Semua kena sama-sama bersahur pagi-pagi sebelum imsak tu. Rasa pelik pulak kalau anak-anak bersahur pukul 7 kononnya sebab mereka baru nak belajar.
  • Puasa adalah rukun Islam ke tiga. Anak-anak kita ni, kat tadika lagi dah hafal rukun Islam tu. Mereka memang ingat apa yang cikgu ajar di sekolah kan. Jadi kita ingatkan balik kepada mereka, puasa ni adalah rukun Islam ketiga. Wajib di laksanakan. Mereka mudah faham. Ceritakan juga kepada mereka hikmah berpuasa, selain dari dapat pahala megajar kita untuk lebih sabar dan mendidik kita lebih bersyukur. Selalu aku ingatkan mereka, bagaimana dengan orang-orang lain yang tak punya cukup makanan, macam kanak-kanak di Afrika.
  • Masak menu juadah berbuka yang mereka suka. Ini untuk menggalakkan mereka lebih seronok berpuasa, dapatlah mereka makan apa yang mereka mahu. Sebagai ganjaran mereka berpuasa.
  • Ingatkan mereka perkara-perkara yang membatalkan puasa. Bila selalu di ingatkan, nanti mereka sendiri akan memberi ingatan antara satu sama lain. Siap gaduh-gaduh pun ada...hihi. Dan masing-masing akan memberitahu aku kalau ada yang cuba-cuba curi minum atau makan. Sebenarnya tak pernah pun mereka buat begitu, cuma kerap masuk bilik air dan mula sibuk nak mandi aje tu adalah...huhu.
  • Kalau waktu tu aku uzur, tak boleh puasa, biasanya aku tak sorok pun dari anak-anak. Aku tetap bangun sahur bersama mereka, tapi mereka dah tahu bila nampak aku tak solat kan. Jadi mereka sendiri akan kata, "hari ini ibu tak puasa ya!" Tapi aku selalu akan kata, walau ibu tak puasa hari ini, ibu kena ganti puasa bila ibu dah tak uzur nanti. Lagi seronok puasa sama-sama di bulan Ramadhan, daripada puasa sorang-sorang masa orang lain boleh makan. Mereka mudah faham, dan tak pernah sibuk pun nak ikut tak puasa sebab ibu tak puasa. Lagipun, mereka cuma tahu aku tak boleh puasa, tapi tak pernah perasan waktu bila aku ada minum atau makan pun. Kenalah sembunyikan perkara tu kan. Kesian anak tu tengah puasa, kita makan depan mereka pula. Dan bila hari aku ganti puasa, mereka sendiri kata, "Ibu puasa ganti ya? Sebab ibu ada tak puasa masa Ramadhan dulu kan." Alhamdulillah senang betul mereka faham semua tu walau Abid yang baru nak masuk 6 tahun tu.Tapi kena terangkan juga, kenapa kita tak boleh berpuasa masa tu. Suka-suka tak nak puasa, itu tak bolehlah kan.
  • "Siapa puasa, baru boleh dapat beraya dan duit raya." Itu yang selalu aku cakap pada mereka, tak puasa malulah nak pergi raya lepas tu minta duit raya. Duit raya untuk orang yang berpuasa aje, hadiah sebab mereka rajin puasa. Bukan saja dapat duit raya, dapat pahala berganda dari Allah. Allah sayang, semua pun sayang.
  • Suruh mereka rehat dan tidur selepas balik dari sekolah. Sebab kalau mereka main je, mesti penat dan mulalah sibuk nak berbuka puasa. Pulak tu bila berbuka bukan nak makan, nak minum aje sebenarnya. Haus yang lebih di bulan puasa ni kan, laparnya tak sangat pun anak-anak aku ni.
Itu antara yang ingat di kepala otak ni sekarang. Bagaimana pula dengan kawan-kawan semua. Bagaimana korang ajar anak-anak berpuasa?

Moga puasa tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya dan dapat kita sama-sama mengumpul pahala berganda-ganda. Masih banyak yang kurang dalam diri ini. Sifat amarah yang masih tinggi, kurang sabar kadang tu, semuanya harap dapat aku jauhi. Berazam nak solat terawih penuh tahun ni,tapi tulah bila solat terawih di rumah selalu kadang culas.Malunya.....huhu. Nak ke masjid dengan bawa anak kecil ni macam tak yakin. Takut mereka menganggu orang lain terutamanya anak seaktif Arif. Tapi bila aku baca Tips Bawa Anak Kecil Ke Masjid di sini, aku jadi teruja nak cuba tahun ni. Ada tak kawan-kawan yang boleh kongsi dengan aku, tips bagus membawa anak-anak bersama ke masjid waktu terawih. Kongsilah dengan aku ya!


Salam Ramadhan untuk semua dan selamat menjalankan ibadah puasa.

Sekian....

~ يوس ~

15 comments:

  1. info yg bagus . Betul kena latih anak2 berpuasa seawal mungkin!

    ReplyDelete
  2. anak2 patut dr awal kita ajar puasa...cuma kene guna cara yg betul..

    ReplyDelete
  3. samala ngan anak Su..dah x sabar2 nak bposa.. asyik dok ulang baca niat posa ja..hehe..harap2 derang dpt posa sebulan la..Amin

    ReplyDelete
  4. Tq atas perkongsian ini kak yus, Insyaallah tahun ni nak ajak najwa puasa penuh, last yr dpt brp hari je, selamat berpuasa kak

    ReplyDelete
  5. terujanya nak tunggu anak-anak saya pulak besar dan mula puasa..

    seronoknya dapat ajar anak-anak puasa untuk kenal allah...

    semoga tahun ni ramadhan bawa rahmat, keampunan dan keberkatan untuk akak sekeluarga,,,
    minta maaf ya kak salah dan silap...

    ni nak share tip wardina kalau2 akak belum lihat lagi..

    http://www.youtube.com/watch?v=1VSTeTikmko

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari semalam cuba komen di blog rulza tak bolehlah. Kenapa agaknya...huhu

      video dari wardina tu dah pernah tonton tahun lepas.

      Selamat berpuasa untuk rulza dan family juga...

      Delete
  6. Kesian this year anak2 akak berpuasa tanpa akak. Akak tgh berpantang. Masak pun tak digalakkan oleh ibu akak. Maybe minta suami beli lauk / masak simple2 je ..

    Last year akak bawak semua anak g terawikh. Bila dorang letih, suruh je dorang tidur kat belakang. Alhamdulillah, Imran tu suka main2 dalam masjid tapi dia gerak aktif camne pun, mulut tetap senyap.

    ReplyDelete
  7. Entry yg bagus Yus utk mendidik anak2 boleh berpuasa.Thn nie nak terawih x tahu lg nak bawa ke x Izzyan sekali.

    ReplyDelete
  8. keseluruhannya saya bersetuju..tapi saya agak tertarik jugak dengan statement wardina beberapa ketika dulu..tak ingat ayatnya macam mana..

    puasa tu wajib..tapi mendidik anak solat pada usia 7 tahun tu paling utama..sedangkan puasa takde spesifik diwajibkan dari umur berapa..

    bukan apa..takut kita excited menggalakkan anak2 berpuasa terlupa yang lebih utama..ingatan untuk diri saya sendiri jugak..

    ReplyDelete
  9. gud tips ni kak.. selamat menyambut ramadhan utk akak sekeluarga yer.. :)

    ReplyDelete
  10. saya dah pesan kat maisara tahun ni kena belatih puasa.pagi2 tak de lagi bekal ke sekolah sebab dia kena makan awal sikit(sahur) untuk alas perut.jadi bekal tak payah bawak.tapi..

    maisara:ok..bawak bekal air je kalau macam tu...

    bersungguh2 nak bawak bekal air je.
    bekal makan tak payah bawak sebab dia nak puasa..
    aduhai...

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah..bagus anak2 kak yus ni.. :)
    semoga dpt berpuasa penuh tau..

    ReplyDelete
  12. fai start belajar puasa darjah satu.. tapi kalau ibu terlewat dan tak sahur, memang fai tak puasa... hihi..

    ReplyDelete
  13. baru nak ajar danisha pose taun ni hee..selamat berpose kak =)

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tambah silalah tinggalkan jejak yer..Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...